30

7.4K 271 3
                                    

TELEFON yang tak berhenti berbunyi diangkat Ariq secara tak rela. Siapa pula yang call dia pukul 3.00 pagi ni? Ariq memandang wajah Andra yang elok terletak di lengannya...lena benar.

"Hello?"

"hello! Ariq... Ni aku... KN" sapa KN dengan suara cemas.

"ha! Apahal? Cemas semacam" risau dibuatnya.

"masak kita Riq! Levine"

Berderau darah panas Ariq mendengar nama tersebut. Dah apahal sebut nama makhluk tu?

"Kenapa dengan tak guna tu?" tanya Ariq menahan geram.Matanya sempat mengerling Andra yang sedang elok terlena di sebelahnya.

"Dia dah bergabung dengan tiga group dekat KL. Dia bergabung dengan Flat Cobra weh! Bahaya ni! Group kita sekarang semua dah gerak Taiwan tiga hari lepas. Hanya ada 30 orang je lagi Riq"

Ariq memejamkan mata kejap.

"Siapa target mereka?"

"Andra"

Allah! Ariq terngadah. Levine memang nekad kali ini.

"Aku minta maaf Riq. Ni semua salah aku. Aku tak jaga budak betul-betul. Sekarang kita kena chaw Riq. Kau kena tinggalkan Andra buat sementara waktu. Sama juga dengan aku!"

Ariq menelan liur. Terasa kesat di situ.

" Sampai bila kita kena pergi?" tanya Ariq penuh harapan harap tak lama. Dia tak mahu tinggalkan Andra lama-lama.

"sampai mereka tak cari kita lagi. Ingat Riq. Andra adalah target mereka. Sorokkan Andra."

Ariq mengangguk. Mula terasa cemas namun dapat di kawal.

"kita gerak esok!" putus Ariq.

"baik!"

ANDRA mengetap bibirnya rapat. Menahan air mata dari mengalir.Namun matanya tetap merenung tajam Ariq yang segak memakai t-shirt hitam dan jaket kulit berwarna coklat.

Ariq yang perasan akan pandangan Andra mendekati isterinya.

Dahi Andra dicium.

"sampai hati" getus Andra geram. Geram-geram pun.. Tu saja yang terluah.

Ariq menghelakan nafas berat. Nampak sangat yang Andra menahan sebaknya. Ini kali pertama mereka akan berjauhan selepas hampir 3 bulan mereka bernikah. Kandungan Andra pun sudah menginjak ke dua bulan.

Ariq melutut di hadapan Andra sambil memegang tangan kecil Andra lalu dicium tangan isterinya. Menyalurkan rasa sayang pada Andra.

"Kenapa kena pergi? Sampai hati awak! Saya tengah pregnant tau. Saya perlukan perhatian awak. Kalau saya rindu macam mana? Kalau saya tak boleh tidur bila awak tak ada kat sebelah saya macam mana? Kalau..ummp!"

Jari Ariq menyentuh lembut bibir Andra.
"sayang.... Sorry. Ariq terpaksa buat ni. Kita kena berkorban buat masa sekarang" kata Ariq perlahan.

Andra diam membisu.

"Ariq minta maaf sebab kita kena lalui semua ni. Ini untuk kebahagiaan kita juga nanti. Musuh Ariq dah mula mencari. Siapa je yang okay kalau ketua pasaran gelap dah nak cuci tangan kan? Ini bahagian saya sayang... Macam yang awak cakap. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya kena kuat berdaya selamatkan keluarga kita.Ni mungkin kifarah untuk mencuci dosa lama saya...kan?" ujar Ariq tenang.

"Tapi Andra nak ikut... Kalau boleh Andra nak dua-dua hadap sama-sama. Kalau Ariq sakit... Biar saya rasa sekali. Tak nak lah macam ni. Awak suami saya tau..." Air mata Andra tak dapat ditahan lagi. Makin laju air matanya mengalir. Bibir pula terjebik-jebik. Tangan Andra sibuk bermain dengan jemari Ariq.

Ariq tersenyum nipis sambil menyeka air mata Andra. Andra semakin manja. Ini yang semakin cinta ni!

"saya dah janjikan nak lindungi awak kan? Saya akan sentiasa lindungi keluarga kita. Saya tak boleh bayangkan kalau janji saya yang satu ni tak dapat saya tunaikan..." pujuk Ariq.

"Tapi awak pun dah janji nak bersama dengan saya sentiasa. Ada dengan saya. Ni nak tinggalkan saya pula. Saya tak boleh kalau tak ada awak..." rengek Andra. Rasa sedih tak boleh dibendung lagi. Biarlah orang nak cakap dia mengada.

"sayang... Please... Ariq minta kali ni je. InsyaAllah tak lama sayang. Siapa je settle all this nonsence saya balik sini. Saya balik sebelum awak bersalin... Awak tinggal sini dengan mak dan abah ya?" Ariq tak putus asa memujuk.

Mata Andra yang berair itu memandang tepat anak mata Ariq lama. Wajah ini yang bakal dirinduinya. Kedua pipi Ariq dicium Andra bertalu-talu. Tak nak Ariq pergi!!!!!

Ariq tersenyum lalu membalas ciuman di bibir Andra. Tau yang Andra suakar nak melepaskan dia pergi. Sama juga dengan dia... Ingat senang ke nak tabahkan hati tinggalkan si jantung hati ni.

"Sayang... Incase kalau Ariq tak balik..." Ariq mula memberi andaian. Dia kena! Macam-macam boleh jadi masa dia bertempur nanti.

Andra mula tak senang duduk. Kaki Andra mula menghentak lantai. Ariq menahan kaki Andra. Takut tercedera pula isterinya nanti. Protes lah tu!

"Ni saya tak suka ni! Awak mesti balik."

"sayang... Dengar dulu.."

Andra menunduk. Dia tak ada pilihan lain selain mendengar.

" Ampunkan Ariq. Selama kita berkahwin kalau Ariq ada buat sayang sakit hati, Ariq minta maaf ya? Halalkan ilmu yang Andra dah bagi kat Ariq ya? Jaga baby kita. Ajar dia jadi anak yang baik. Jangan biar dia jadi macam Ariq."

Andra mencebik laku menggeleng perlahan. Tak mahu mendengar.

"Ariq nak Andra sentiasa happy. Jangan nangis macam ni. Nanti anak kita jadi cembeng pula. Andra kuat kan? Lagi kuat dari Ariq.." sambung Ariq lagi.

"Semua benda Ariq dah siapkan. Ariq dah tinggalkan harta untuk Andr dan anak kita. Cukup lah untuk menyara hidup Andra. Kereta dan rumah pun Ariq dah sediakan. Semua itu dijaga rapi oleh KN."

Andra mengangguk lemah.

"last... Ariq nak minta Andra doakan Ariq ya? Doakan suami awak ni?" senyum Ariq sambil mencuit hidung Andra yang dah merah. Comel!

"Ish! Saya peduli apa? Awak akan balik dan mesti balik. Full stop! Saya sendiri akan cari awak kalau awak lambat pulang... Faham?"

Ariq tertawa kecil. Kalau dah andra tu... Memang degil!

"Saya pun minta ampun. Saya banyak sakitkan hati awak. Halalkan makan minum saya ya? Saya sayang awak..." Andra terus memaut leher Ariq dan memeluk badan sasa suaminya.

"Ariq saya... Pasti akan balik. Saya yakin!" bisik Andra dalam pelukan mereka.

Ariq membalas pelukan andra.

Berharap ini bukan pelukan terakhir...

Aku Pilih Ketua Penyamun (COMPLETE ✔️)Where stories live. Discover now