Bab 4 (03)

2.3K 114 6
                                    

Dear viewers, don't forget to hit this 🌟 button or leave your comment here.
Thank you.
❤❤❤

~~~

SELESAI makan malam itu, Ummar duduk semula di meja makan. Sengaja nak berbual-bual dengan Dalili. Sebelum ini hanya sekali sahaja dia berbual panjang dengan Dalili. Jadi inilah masanya.

“Lili, boleh abang tanya sesuatu?”

Akhirnya Ummar buat keputusan untuk bertanya sendiri dengan Dalili tentang apa yang berbuku di hati dia. Sejak hari pertama pernikahan mereka lagi persoalan itu hadir tanpa jawapan yang jelas. Kemudian dia terus terlupa.

“Tanyalah,” balas Dalili yang baru siap membersihkan meja makan. Dia duduk semula di tempat tadi. Menanti Ummar bersuara.

“Sebelum tu abang minta maaf kalau pertanyaan abang ni perkara sensitif bagi Lili.”

Apa maksud Ummar? Soalan apa yang lelaki itu mahu ajukan kepada dia?

Gulp! Dalili cuak.

“Tak mengapa. Tanyalah.”

“Dari lepas pernikahan kita lagi abang nak tahu, kenapa nama dalam surat beranak Lili berbintikan Abdullah. Kalau abang tak salah nama ayah, Mahad kan?”

Dalili dah agak dah. Pasti Ummar akan pelik mengenai perkara itu. Dari awal lagi dia dah mula risau tentang hakikat yang satu ini. Dan akhirnya, risau dia tiba ke kemuncak.

Bersediakah dia mendedahkan dirinya yang sebenar? Bagaimana kalau dia jujur pada Ummar, dirinya dibenci? Dalili mula bimbang.

“Abang rasa abang dah salah soalan. Tak apa kalau Lili tak mahu balas pertanyaan abang.” Ummar tidak mahu memaksa, tapi bohong kalau kata tak ada sikit rasa kecewanya.

“Banyak yang abang tak tahu tentang Lili.” Perlahan sahaja suara yang keluar.

“Kalau Lili sudi berkongsi, abang sedia jadi pendengar. Abang tak paksa Lili. Kalau Lili nak terus berahsia, itu hak Lili. Cuma abang nak Lili tahu yang abang akan sentiasa ada untuk setiap masalah yang Lili lalui. Bila-bila masa Lili nak luah, abang ada.” Ummar senyum.

Dalili renung muka tenang suaminya. Dia sedar sejauh mana dia simpan pun, lama-kelamaan Ummar akan tahu juga. Lebih baik dia berterus-terang sekarang. Supaya tidak timbul masalah lain di kemudian hari.

“Sebenarnya Lili bukan anak ayah Mahad. Hamidah pun bukan mak kandung Lili.” Perlahan sahaja nada suara Dalili. Kedengaran seperti sebuah keluhan.

“Maksudnya?”

Lama Dalili jeda. Teragak-agak sama ada perlu atau tidak dia berterus-terang. Tapi dah alang-alang terlanjur Ummar bertanya, takkan dia nak simpan rahsia pula?

“Lili? Lili okey ke?”

“Kalau Lili berterus-terang, mahu lagi ke abang anggap Lili perempuan yang baik?”

Berkerut muka Ummar. Tidak berapa faham dengan kata-kata Dalili. Dia bukannya pandai menelah ayat-ayat tersirat ni. Dia pelajar akaun, bukannya pelajar sastera. Jadi ayat-ayat berbunga ini sememangnya bukan makanan dia.

“Lili tak cerita, macam mana abang nak tahu Lili wanita yang baik atau tidak.”

Dalili hela nafas berat. Duduknya di atas kerusi diperbetulkan.

“Lili datang dari benih tak suci. Lili kotor. Darah Lili tercemar dengan kekotoran. Lili bersihkan macam mana pun, darah yang mengalir dalam badan Lili ni tetap darah yang terpalit kehinaan.”

Ummar terpana sejenak.

“Maksud Lili?"

Dalili menghela nafas berat. Wajahnya suram. Elok rasanya dia berterus-terang sekarang. Bagaimana penerimaan Ummar, terserah kepada lelaki itu. Dan dia dah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Lili bukan lahir macam orang lain.”
“Maksud Lili?” Berkerut muka Ummar, kurang jelas apa yang Dalili tuturkan.

“Lili dilahirkan dari benih haram. Lili wujud tanpa ikatan sah kedua ibu bapa Lili. Jadi mak dan ayahlah yang ambil dan besarkan Lili sejak kecil,” luah Dalili jujur. Menerangkan duduk letak perkara sebenar.

Ummar agak terkejut dengan penjelasan isterinya. Beberapa minit dia mendiamkan diri. Mencernanya dalam kepala.

“Lili tahu siapa ibu bapa kandung Lili?”
Dalili menggelengkan kepalanya.

“Tapi Lili tahu ibu kandung Lili kawan baik mak. Dia meninggal lepas lahirkan Lili. Bapa kandung Lili, Lili tak tahu. Yang Lili tahu mereka tak pernah ada ikatan yang sah. Lepas ibu kandung Lili hamil dia lari tinggalkan ibu Lili.” Dalili menghela nafas.

“Lili tahu abang terkejut. Tak apa kalau abang nak tanam kebencian pada Lili. Sebab Lili tahu orang macam Lili ni memang tak layak nak bergaul dengan sesiapa pun. Tak siapa yang sudi terima orang yang kotor dan hina macam Lili. Dah tertulis dengam jelas yang Lili ni ahli neraka.” Sugul wajah Dalili.

Ummar masih terdiam membisu. Lama dia perhatikan tampang Dalili yang sangat polos. Entah mengapa ada juntaian mutiara yang jatuh dari pelupuk matanya.

“Ke... Kenapa abang menangis? Maaf kalau abang rasa Lili dah menipu abang. Bukan niat Lili tak mahu berterus-terang, cuma Lili belum punya ada kekuatan nak ceritakan perkara sebenar.” Sudah Dalili jangka dengan perkara ini.

Tiada yang sudi mendekatkan diri dengan insan kotor sepertinya. Benarlah seperti telahan masyarakat sekeliling, orang-orang sepertinya hanya layak merempat di tepi-tepi longkang mahupun bawah jambatan.

Negara yang penuh dengan undang-undang ini tidak pernah menerima golongan sepertinya. Entah-entah bumi juga tidak rela dipijak oleh manusia kotor sepertinya.

Ummar bangun dari tempat dia duduk. Mendapatkan Dalili. Tangan isterinya diraih sebelum dia mengambil tempat di kerusi berbelahan dengan gadis itu.

“Lili, siapa kata Lili kotor? Siapa cakap Lili hina? Mereka yang bercakap tu sebenarnya tahu tak apa yang sebenarnya mereka cakapkan? Tahu tak yang mereka sendiri dah tunjuk akal mereka setakat mana. Orang yang akalnya panjang tak jadikan hak menghukum sebagai hak mereka. Siapa kita manusia ni nak menghina orang lain? Dah yakin sangat kita sempurna serba-serbi?” Ummar melepaskan geram. Sakit pula hati dia.

Ummar paling tak suka bila manusia cuba merendah-rendahkan orang lain hanya kerana mereka rasa tak suka apa yang ada pada seseorang itu. Dari mana mereka belajar menjatuhkan hukum pada seseorang adalah hak mutlak manusia?

Ummar menarik nafas dalam-dalam, kemudian dilepaskan perlahan-lahan.

“Abang bersyukur Tuhan jadikan Lili hak milik abang. Abang gembira kerana Allah masih beri peluang untuk abang buat kebaikan dalam hidup abang. Tak terkira dah rasa gembira abang ni. Rupanya inilah hikmah atas perkahwinan kita. Tuhan masih sayangkan abang. Tuhan utus Lili sebagai dugaan dan ujian untuk abang. Tuhan takkan beri ujian jika dia tidak sayangkan hamba-Nya,” sela Ummar lagi. Senyuman kecil terbit di hujung bibir.

Sebak tangkai hati Dalili mendengar kata-kata Ummar. Sepanjang hayatnya, inilah kali pertama dia merasakan kehadirannya diterima. Inilah kali pertama ada yang menyambut gembira dengan kehadirannya.

“Terima kasih kerana menerima Lili seadanya.”

Ummar menggeleng.

“Tak ada apa yang patut diterima kasihkan, Lili. Abang juga manusia biasa yang banyak kekurangannya. Abang tahu perjalanan kita baru bermula. Mungkin dugaan di masa akan datang lebih besar. Kita tak tahu. Semuanya susunan Allah.”

Ummar menarik nafas panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan.

“Apa yang abang nak Lili tahu, belakang abang ni ada untuk Lili berpaut. Bila Lili susah hati, pautlah belakang abang. Sekurang-kurangnya abang ada untuk jadi penyelamat Lili bila kita sama-sama tersungkur ke bawah.”

Dalili menganguk lega. Lapang dada dengan kata-kata Ummar. Sekarang dia semakin yakin Ummar merupakan lelaki yang Allah kirimkan untuk dia sebagai pelindung.

Tulus Aku Menikahi Dirimu [TERBIT]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ