32| Jentikan hati

11.6K 598 14
                                    

   Megat Rahim menamatkan panggilan dari orang suruhannya. Dengan hanya mendengar berita kemasukan Balqis ke hospital sahaja sudah boleh membuat hatinya senang. Mudah sahaja untuk membuat perempuan itu goyah. Tidak lama lagi dia pasti dapat menghapuskan waris itu dari muka bumi ini.

   Kepalanya sudah merancang 1001 cara untuk mengganggu malah menyakiti Balqis Batrisya itu. Suami itu pula? Dia ada rancangan lain untuk Mikael Amrin. Mungkin perniagaan lelaki itu akan menjadi taruhan, mungkin.

   Yang pasti dia mahukan Balqis Batrisya, waris pada Sharifah Qistina itu hilang dari muka bumi ini. Dengan adanya kewujudan darah keturunan itu, hidupnya akan tergugat.











   Tolong!

   Tolonggg!!

   Jangan pergi!

   Jangan!!

   Mata yang lelap itu terbuka apabila sekali lagi bayangan itu menghantui tidurnya. Sejak insiden dia kemalangan hari itu, mimpi ngeri itu kerap kali muncul. Malah semakin kerap pula hingga membuatkan dia mula takut untuk memjamkan mata dan tidur pada malam hari.

   Balqis beralih tidurnya dan mengiring menghadap Amrin di belakang, panik hatinya apabila kelibat suami itu tidak kelihatan. Cepat-cepat dia duduk untuk mencari kelibat suaminya. Sebaik melihat Amrin yang sedang bersujud di tikar sejadah itu, perasaan takutnya mula surut.

   Pergerakan solat Amrin itu ditenung membuatkan hatinya terdetik perasaan serba-salah. Suatu ketika dahulu dia pernah begitu. Pernah bersolat. Malahan tidak pernah ditinggalkan solatnya sewaktu zaman remajanya. Entah di mana silapnya, dia kini sudah tidak lagi bersolat seperti sebelum ini.

   Adakah itu dikira sebagai dia sudah keluar dari agama Islam? Hatinya semakin terdetik perasaan bersalah dan takut. Dia tahu perbuatan meninggalkan solat itu adalah berdosa, tetapi tidaklah sehingga dia berniat untuk keluar dari Islam. Tidak pernah sekalipun terfikir walhal terlintas di kepala dan hatinya begitu.

   "Qisya?" Balqis terkejut saat namanya dipanggil Amrin.

   "Ohh hahaha, sorry. Terkejut eh?" Sesudah melipat sejadah, Amrin terus duduk di sisi Balqis.

   "Sorry..." Ujar Amrin sambil tangannya membelai lembut rambut dan kepala Balqis.

   "Awal bangun. Terjaga eh? Ke mimpi tadi."

   "Dua-dua."

   "Dahh, tidur. Takpe, abang ada sini." Balqis kembali berbaring membelakangi Amrin. Kepalanya masih sarat dengan persoalan tentang solat dan Islam.

   Adakah benar dengan meninggalkan solat dia sebenarnya sudah terkeluar dari agama Islam? Bagaimanakah seterusnya? Apa yang patut dilakukan sebenarnya?

   Memandangkan hari itu merupakan hari cuti umum, Balqis bermalasan dengan bersarapan dalam keadaannya yang masih belum mandi dan wangi. Jam 8.50 baru dia bangun sebentar tadi. Mendengar bunyi kuali dan sudip yang berlaga dari dapur membuatkan dia lapar lalu turun ke dapur tanpa sempat mandi terlebih dahulu.

   Bau haruman nasi goreng buatan Amrin pagi itu berjaya membuka seleranya. Sejak dia keluar dari hospital, Amrin kerap-kali memaksa untuk makan makanan yang lebih berat seperti nasi kerana risaukan kesihatan dirinya.

   Apabila ditolak, pasti sahaja akan dibebel lelaki itu. Dia tidak keberatan untuk mengambil nasi, tetapi sudah terbiasa dengan habit pemakanan tanpa nasi. Justeru itu membuatkan dia sedikit canggung apabila dihidangkan nasi 2 kali sehari oleh Amrin.

   "Ha, dah turun. Meh makan. Abang masak nasi goreng butter, sesuai untuk breakfast." Balqis mengambil tempat di kaunter table top menunggu makanannya dihidang Amrin.

Till the EndWhere stories live. Discover now