39| Dingin Rindu

13.1K 692 113
                                    

   Sudah 2 hari Amrin dilihat berbeza. Suaminya itu tidak lagi banyak bercakap seperti biasa. Senyuman yang sentiasa terlorek buatnya juga sudah hilang. Hairan Balqis melihat perubahan suaminya.

   Apakah ada yang tidak kena? Atau suaminya itu punyai masalah di pejabat? Dia yang sudah terbiasa dengan kemesraan Amrin terus merasakan harinya tidak lengkap dengan kedinginan suaminya itu.

   Suaminya masih menghantar dan mengambilnya dari pejabat, tetapi dalam perjalanan mereka tidak berbual walau sedikit pun. Dia mahu juga bertanya tetapi bimbang dimarahi. Tidak pernah melihat Amrin yang diam dan dingin sebegitu.

   Selain itu, ada juga dia menghantar whatsapp pada Amrin untuk memancing lelaki itu. Sengaja dia bertanya keadaan lelaki itu. Baikkah di pejabat? Banyak kerjakah? Malah, dia juga ada bertanya suaminya mahu makan apakah apabila di rumah nanti tetapi tiada satu pun dibalas Amrin. Hanya blue tick yang diterima.

   Keadaan Amrin benar-benar membuatnya tidak senang duduk seharian di pejabat. 

   Aku ada buat salah ke?


   Jam 6.00 petang Amrin tiba di luar lobi. Balqis masuk ke dalam kereta dengan senyuman manis. Starbucks frappe yang dibeli buat suaminya dihulurkan dengan seikhlas mungkin.

   "Nah, air untuk awak. Saya tak tau awak suka apa, so saya beli Chocolate Cream Chip frappe je."

   "Letak situ." Ujar Amrin dengan menjuih bibirnya pada cup holder di antara tempat duduk pemandu dan penumpang.

   Balqis agak terkesan dengan balasan Amrin tetapi hanya dituruti arahan suaminya itu. Amrin terus memandu keluar pergi dengan senyap. Wajahnya kosong memandang jalan di depan.

   Balqis terus memalingkan wajahnya memandang ke luar tingkap. Malas mahu pedulikan Amrin yang tidak sudah dinginnya itu.




   Jam 11.25 malam baru Amrin naik ke bilik. Balqis yang baring membelakangi pintu masih belum tidur. Dia hanya diam dan menutup mata, berpura-pura tidur. 

   Kedengaran keluhan Amrin saat lelaki itu membaringkan diri di sebelahnya. Apabila sudah yakin Amrin selesa dengan baringannya, Balqis berpusing menghadap suaminya itu.

   Amrin yang baring terlentang itu membuka matanya seketika sebelum berpusing membelakangi Balqis.

   "Awak... Awak kenapa?" Soal Balqis perlahan.

   "Awak?"

   "Tidur la." Ujar Amrin dengan nada suaranya yang tidak berperasaan.

   "Awak ada masalah ke? Nak share dengan saya?" Soal Balqis mula memancing Amrin untuk bercakap dengannya.

   "Ke... Saya ada buat salah kat awak?" Balqis bangun dari pembaringannya lalau dia bersila menghadap Amrin yang masih membelakanginya itu.

   "Cakap la, kenapa ni? Awak diam je."

   "Saya buat salah kat awak ke? Betul eh? Saya buat salah apa? Cakap la."

   "Awak..."

   "Boleh diam tak? Apa yang nak dibising-bising malam-malam ni? Orang suruh tidur tu tidur je lah. Tak faham bahasa ke??" Amrin mula meninggikan suara pada Balqis. Cepat-cepat dia bangun dari baringnya lalu keluar dari bilik.

   Terangkat bahu Balqis apabila mendengar dentuman pintu bilik Amrin. Air matanya sudah mula bertakung, bila-bila masa sahaja akan gugur ke pipi.

Till the EndOnde histórias criam vida. Descubra agora