Bab 1

29.3K 1.3K 155
                                    

Arisya melucutkan sandal Fila putihnya lalu disusun elok. Salam diberi sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Arisya mengeluh melihat kelibat ayahnya yang berada di ruang tamu lalu tubuh tua itu didekati.

" Assalamualaikum abah. " Arisya menunduk menyalami tangan si ayah yang beriak kosong.

" Walaikumsalam. " Encik Azri menjawab salam anaknya sebelum kembali membaca surat khabar.

" Orang pergi dapur kejap. " perlahan suara Arisya. Malas mahu berlama-lama di situ dia terus menuju ke dapur.

Riuh rendah kedengaran suara orang bersembang semasa sendiri. Bukan dia tidak kenal suara siapa. Siapa lagi kalau bukan abang dan adiknya?

" Assalamualaikum. " tegur Arisya berlalu ke peti sejuk.

" Eh akak? Bila sampai? Tak dengar bunyi kereta pun? " tanya Puan Asyikin memandang anak dara tunggalnya itu.

" Mana nak dengar kalau sibuk dengan anak kesayangan dia. " omel Arisya perlahan cukup setakat dia sahaja yang mendengar kalau umi atau abah yang dengar memang sudah melayang penampar pada pipinya.

" Akak, umi tanya kan. " kali ini adiknya, Harraz Idlan mencelah. Memandang wajah si kakak yang beriak kosong.

" Orang baru sampai. " itu sahaja jawapan yang keluar, dia malas nak cakap banyak. Datang pun sebab terpaksa, beria umi mengugut dia.

" Ok hari ini umi masak favorite food anak-anak umi. Dekat abang umi masak ayam masak merah. Raz punya umi masak, masak lemak ketam. Ni anak dara umi, umi masak keli berlada. Betulkan favorite Risy? " tanya Puan Asyikin. Arisya memandang tidak beriak wajah tua uminya.

Sungguh, dia tak pernah suka ikan keli. Bila pula masak keli berlada menjadi kegemarannya? Oh umi, keli berlada tu makanan paling Arisya tak suka. Malah ikan keli boleh sebabkan dia kegatalan dan dia ada alergik terhadap ikan keli. Arisya senyum segaris sebelum berlalu pergi.

Umi ingat semua makanan kegemaran adik dan abangnya tapi dia? Umi tak pernah nak ingat. Stop Arisya, benda ni normal. 24 tahun kau hidup kau hadap perkara yang sama sahaja.

Tak payah emo, benda macam ni normal. Umi dengan abah memang pilih kasih. Arisya berlalu ke laman belakang. Taman mini milik uminya yang sentiasa cantik dan bersih itu dipandang. Buaian gantung di bawah pokok mangga itu dituju. Itu port kesukaan, tenang sahaja berada di laman belakang. Habis hilang sakit hati.

Sedang seronok menikmati perasaan, abang sulungnya datang menghampiri dengan membawa sesuatu. Harris Haslan mendekati sambil tersenyum segaris.

" Mengada sia engkau, aku tahu kau tak suka ikan keli. Nah. " Aiskrim sandwish jenama Walls itu disua di hadapan wajah adiknya.

" Kau ni sibuk ah, blah ah. " marah Arisya, spoil la mangkuk ni tapi aiskrim sandwish yang dihulurkan dia ambik juga. Bengong!

" Eleh, blah blah ambik juga. Tak payah merajuk ah. " balas Harris lalu meluku kepala Arisya dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

Arisya mendengus.

Umi memanggil dari dalam rumah untuk makan selepas sejam Arisya melepak di luar. Arisya masuk ke dalam rumah, kelihatan ruang makan sudah penuh dengan manusia.

Umi tersenyum ke arahnya, Arisya duduk di sebelah Harris. Puan Asyikin di sebelah Harraz dan Encik Azri di hujung meja. Wajah abahnya sentiasa tegas dan garang. Wajah tegas itu beriak tenang mengangkat tangan membaca doa.

Usai doa diaminkan, mereka mula makan. Harraz yang paling gembira dapat makan makanan kegemarannya. Puan Asyikin bangun, selera suaminya dilayan penuh kasih. Dicedok juga buat dua orang anak lelakinya sampailah pada anak daranya, Puan Asyikin mencedok lauk ikan keli. Arisya senyum sumbing.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now