Bab 38

26.7K 1K 32
                                    

Arisya berhenti di sebuah tasik, dia memandang kosong ke tengah tasik yang tenang. Dia melabuhkan duduk di kerusi batu yang berada di situ. Handsock yang dipakai dibetulkan sedikit begitu juga keadaan tudung yang senget. Sesekali kedengaran keluhan dari bibir merah itu. Keluhan yang berselang-seli dengan tangisan kecil.

" Astaghfirullahalazim, aku dah tinggikan suara dekat umi dengan abah tadi. " Arisya menunduk, memandang pula tikar rumput semulajadi yang dipijaknya.

Arisya menekup wajah, matanya sembab kerana terlalu banyak mengalirkan air mata. Air mata mengalir lagi tanpa henti.

" Menangislah sepuas hati kalau tu je cara yang boleh buat kau tenang tapi make sure bila dah tenang, kau takkan menangis atas sebab yang sama.. " tutur satu suara lembut mengejutkan Arisya. Arisya menoleh, kelihatan Razif sedang menghampirinya dengan senyuman manis.

Arisya diam sahaja seakan Razif tidak wujud di situ. Dia diam memerhatikan keadaan tasik yang tenang di hadapan mata.

" Kenapa senyap? Dah tak nak bercakap dengan aku? " soal Razif berdiri berhadapan dengan Arisya namun gadis itu masih senyap dengan pandangan kosong diberikan pada Razif.

" Buat apa ikut saya? " dingin sahaja suara Arisya bertanya, pandangan kosong kini bertukar menjadi dingin. Mata bundar itu menikam anak mata Razif yang masih tersengih.

" Hobi. " balas Razif selamba, Arisya mengetap bibirnya geram.

" Ok. Pergilah cari hobi lain, kacau saya buat apa? Pergilah kumpul setem ke main congkak ke lambung batu seremban ke ada jugak faedah. " jawab Arisya tanpa nada, dingin sahaja percakapannya.

" Suka hati akulah. "

" Kau buat apa je dua tahun ni? " soal Razif masih memandang Arisya yang menunduk dengan air mata bersisa.

" Kerja, start new life, new business, kenapa nak tahu? Mana Sofiyah awak tu? " soal Arisya pula masih bernada dingin.

" Kau tak nak tahu apa yang dah jadi selama kau tak ada? " Razif membuka bicara, kali ini nadanya lebih serius dari biasa. Mata tak lepas memandang wajah Arisya.

" Tak nak. "

" Okey. "

" Betul kau dah tak nak balik rumah umi? " soal Razif memandang wajah Arisya yang masih bersisa tangisan.

" Saya balik sana pun tak guna, abah dah halau saya. Abah tak mengaku saya ni anak dia so awak expect saya akan tayang lagi muka dekat situ? Supaya senang nak makan penampar macam tu? " bidas Arisya kasar, suaranya parau dan kemudian esakan kecil kedengaran.

" Abah cuma salah faham tu je. Kau balik eh? Minta maaf, cakap elok-elok dengan diorang. " pujuk Razif sebelum melabuhkan duduk di sebelah Arisya.

" Buat apa? Saya dah minta maaf lagipun buat apa lagi saya nak balik sana? Cukuplah saya menyusahkan semua orang, umi, abah dengan awak. Saya dah cukup terluka. Saya cuba perbetulkan keadaan tapi alih-alih ini yang saya dapat? Saya dah penat dengan semua ni. " kata Arisya menangis perlahan. Razif memandang simpati gadis itu.

" Baliklah Razif, awak tak sepatutnya ikut saya. Baliklah, saya tak nak tengok muka awak. Saya malu dengan awak pasal keluarga saya. Sudahlah, baliklah Razif. Baliklah Razif. Ba-.. " Arisya melorot jatuh, Razif terkejut lalu memangku kepala Arisya yang terkulai lemah.

" Arisya.. " panggil Razif namun gadis itu seperti pengsan terus Razif menyentuh dahi Arisya. Arisya demam ni! Dahi dia panas sedikit!

Tanpa berfikir panjang, Razif mencempung tubuh Arisya sebelum berlalu ke Audi R8 yang dinaikinya. Beg tangan Arisya yang berada di dalam Nissan Almera di ambil sebelum mengunci pintu kereta dan meninggalkan Nissan Almera itu disitu. Terus Audi R8 miliknya memecut laju meninggalkan kawasan tasik.

Rumahnya dituju, 15 minit berlalu akhirnya mereka sampai di perkarangan rumah yang pernah didiami oleh Arisya dulu. Tubuh Arisya dicempung masuk ke dalam bilik Arisya. Usai meletakkan Arisya, Razif berlalu ke dapur.

Sepapan panadol diambil bersama segelas air masak, sempat juga dia mencapai tuala bersama air putih. Namun sebelum menuju kembali ke bilik, Razif duduk di kaunter dapur sambil mencari sesuatu.

Cara-cara memasak bubur ayam.

Ditekan di carian Google, Razif membaca satu persatu resepi yang ditulis sebelum mula menyediakan semangkuk bubur buat Arisya.

Dua puluh minit berperang di dapur akhirnya semangkuk bubur siap terhidang di atas dulang. Dulang di angkat naik ke tingkat atas. Razif mengatur langkah dengan cermat agar tidak terjatuh.

Pintu dikuak perlahan, Razif memandang postur badan Arisya yang masih kaku. Masih nyenyak tidur mungkin, Razif menghampiri tubuh itu. Dulang diletakkan di atas meja sisi. Sesekali Razif senyum melihat riak polos Arisya yang sedang tidur.

" Arisya.. "

" Arisya.. " berkerut-kerut wajah Arisya sebelum bangun dari lena. Dia memandang keadaan sekeliling.

" Kenapa saya ada dekat sini? Apa jadi tadi? " soal Arisya melihat Razif yang duduk di sisi tubuhnya. Razif senyum tipis.

" Kau demam sebab tu aku bawak kau datang sini. Makanlah ni aku buat bubur. Tak tahulah sedap ke tak. " Razif menggosok belakang leher, telinganya memerah.

" Aduh! "

" Asal? " soal Razif dengan nada risau melihat Arisya memegang kepala.

" Sakit kepala, saya kalau nangis banyak sangat memang akan sakit kepala. Awak ada panadol tak? " tanya Arisya, niat untuk bangun terbantut saat terasa kepala memberat.

" Ada, makan dulu. Tak elok makan ubat masa perut tengah kosong nanti lagi sakit. " pesan Razif lalu dulang diletakkan di atas katil. Mangkuk putih bersih itu dihulurkan pada Arisya yang masih terbaring.

" Tak nak, tak ada selera. Saya sakit kepala. Letak je lah situ nanti-nanti saya makan. Bak panadol. " ujar Arisya masih terbaring, Razif mengeluh kecil.

Mangkuk diletak kembali di atas dulang sebelum dia menghampiri Arisya. Mukanya didekatkan ke wajah Arisya yang terkejut, Razif tarik segaris senyuman lalu belakang tubuh Arisya dipegang erat. Belakang tubuh Arisya ditolak sikit, menyuruh gadis itu bersandar. Bantal di ubah supaya Arisya lebih selasa dan Arisya hanya diam seakan terpukau dengan perilaku Razif.

Kepala Arisya diusap perlahan sebelum tersenyum memandang wajah gadis itu. Mangkuk kembali di angkat, bunyi sudu berlaga dengan mangkuk memecahkan suasana sunyi dan canggung antara mereka berdua. Razif mendekatkan sudu pada bibir Arisya. Dibuat isyarat menyuruh Arisya membuka mulut.

Sudu selamat mendarat di dalam mulut Arisya, Razif senyum lagi. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut Arisya. Semuanya berlaku tanpa sebarang bunyi seakan mereka berbicara melalui hati. Habis juga semangkuk bubur itu. Air kosong disuakan pada mulut Arisya.

Hanya tiga tegukan sebelum Arisya menolak lembut tangan Razif yang memegang gelas kaca jernih.

" Kenyang? " soal Razif, Arisya mengangguk.

" Come, makan ubat pulak. " dua biji panadol diletakkan di atas telapak tangan Arisya sebelum menghulurkan gelas berisi air yang bersisa.

" Terima kasih. " ucap Arisya, lelaki itu hanya tersenyum.

Razif bangun menghampiri Arisya yang masih bersandar, postur bantal itu diubah kembali. Dengan lembut dia merebahkan badan Arisya. Sempat tudung yang dipakai Arisya dilucutkan sebelum dibaringkan tubuh itu kembali.

" Nanti takut panas, lagipun tak selesakan tidur pakai tudung. Sebab tu aku bukakan lagipun jangan risau kita masih sah suami isteri. " lembut sahaja bicara Razif menjengah gegendang telinga.

Selimut ditarik paras dada Arisya lalu mengusap lembut kepala Arisya sebelum Razif bangun bersama dulang.

" Aku hantar pergi dapur, cuci semua. Kau rehatlah dulu. " Razif senyum sebelum meninggalkan bilik Arisya.

Arisya senyum tipis.

Kenapalah lelaki sebaik itu bukan miliknya? Haih..

Dari jutaan bintang
kanda paling gemerlapan
Dari segenap jejaka
kandalah yang paling menawan.

***

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now