Bab 32

23.1K 1K 67
                                    

Arisya senyum sahaja menghantar pemergian Razif di muka pintu. Entah kenapa dia rasa hari ini dia perlu jadi isteri yang baik. Dia akan cuba ok sila support Arisya! //buka banner//

Sila jangan melalut.

Razif menyisip cawan berisi Nescafe sambil memandang Arisya pelik. Tak pernah-pernah Arisya hantar dia sampai ke muka pintu tiba-tiba saja harini siap salam cium tangan bagai. Ada nak bodek apa-apa ke macam mana ni?

" Sila jaga diri ya wahai Encik Razif. " pesan Arisya dengan senyuman menghiasi bibir. Razif hanya angguk perlahan.

" Kau pergi studio pukul berapa hari ni? " soal Razif sambil tangan sibuk memperbetulkan kedudukan jam tangan.

" Pukul 9 kot, tak pasti. " balas Arisya sedikit gugup.

" Oh okey, aku balik lambat maybe lepas dinner sebab petang aku kena attend meeting dekat Seri Kembangan and terus dinner dengan Dani. " beritahu Razif, Arisya menganggukkan kepalanya tanda faham dan sudah biasa dengan situasi itu.

" Okey, bye. Assalamualaikum. Jaga diri. " Arisya terus melambai pada BMW yang mula  keluar dari garaj rumah.

Selesai sahaja menghantar Razif ke muka pintu, Arisya terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke tingkat atas di mana biliknya berada. Arisya senyum hambar memandang pintu bilik Razif yang senantiasa tertutup. Memang dia tak pernah tahu macam mana rupa bilik lelaki itu entah-entah dia simpan senjata api tak sebab tu tak bagi masuk? Eh husnudzon sila.

Arisya terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia memandang sekilas ruang bilik yang dihias dan dikemas elok-elok oleh dirinya. Okey part hias tu Razif, part dia kemas dengan jaga elok-elok bilik ni.

" Saya sayang awaklah Razif.. " ujar Arisya perlahan, hanya didengari dirinya sahaja.

Arisya buka pula ruang almari, kelihatan sebuah bagasi siap berdiri elok di balik pintu gelangsar almari. Arisya tarik bagasi berwarna putih bercorak bunga itu, sekali lagi bibir dipaksa mengukir senyuman yang hambar dan janggal.

" Dah sampai masanya Razif, hari yang awak tunggu-tunggukan dah hampir tiba.. "

" ...saya bukan siapa-siapa nak bantah cakap awak. Saya dah janji nak jadi isteri paling baik untuk awak hari ini jadi.. "

" ... Razif Amirul, saya nak awak tahu saya dah officially ha kau officially kau eceh okey officially jatuh cinta dekat awak.. "

" ...dah tahap kronik agaknya haha. " Arisya berpura-pura ketawa.

" Jadi untuk tak buat saya rasa lagi sakit hati saya rasa saya kena pergi sebelum tarikh esok. " kata Arisya sendiri memandang siling bilik, menahan air mata dari menitis jatuh.

" Saya kena pergi. "

Arisya tarik luggage, tudung yang tergantung elok di dalam almari dicapai. Tudung bawal siap di pin itu disarung lalu di selempang pada bahu sebelum menyarungkan cermin mata miliknya. Cermin yang tergantung elok dipandang.

" Kau ni cengeng la Risya. Razif dah warning jangan jatuh cinta tapi kau buat jugak jadi makanya kenalah ubatkan sendiri. "

Arisya pandang keadaan sekeliling bilik dengan pandangan sayu, akhirnya tanpa diduga air mata jatuh menitis di pipinya. Arisya terduduk di atas bagasi, terhenjut-henjut bahunya menangis tanpa bunyi. Esakan Arisya kedengaran kuat seketika kemudian. Arisya menangis di hadapan muka pintu. Berat betul hatinya ingin meninggalkan rumah ini.

" Dah Arisya, kau kena kuat. " pesan Arisya pada diri sendiri, air mata diseka perlahan sambil memandang lagi bilik itu sebelum perlahan tombol pintu ditarik.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now