Bahagian 16

585 32 32
                                    

Encik Karim membuka matanya. Tubuhnya terasa sakit dan lenguh. Dia melihat keadaan sekeliling. Ini bukan rumahnya.

“Ayah? Alhamdulillah ayah dah sedar” kata Aisyah yang menangis gembira.

“Ayah kat mana ni?” soal Encik Karim

“Ayah kat hospital” balas Aisyah yang mengesat air matanya

“Mana mak kamu?” soal Encik Karim yang cuba untuk bangun

“Ayah janganlah bangun. Rehat je. Mak kat surau. Kejap lagi ada la tu” balas Aisyah yang menghalang Encik Karim dari bangkit.

Tiba-tiba Encik Karim teringat tentang Aiman. Mereka berdua sepatutnya dalam perjalanan ke butik perkahwinan.

“Mana Aiman?” soal Encik Karim

Aisyah terdiam. Dia sendiri terlupa tentang abangnya itu. Barulah dia sedar sudah berapa hari mereka tidak berjumpa. Ke mana hilangnya Aiman?

Pintu bilik dibuka dan Puan Fatimah masuk ke dalam. Alangkah gembiranya dia melihat Encik Karim telah sedar.

Dia segera mendekati suaminya terbaring lemah lalu mengucup dahi lelaki tersebut. Air matanya gugur tanda gembira.

Kini keluarga mereka lengkap semula.

***

Aliya memukul-mukul steering  keretanya. Hatinya sakit melihat kemesraan antara Fikri bersama wanita yang tidak dikenali.

Siapa wanita itu? Apa hubungan mereka? Kenapa mereka berpelukkan?

Semua persoalan itu mencucuk minda Aliya dan membuat hatinya semakin sakit. Dia merasakan seperti ditipu dan dikhianati.

Telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama Fikri sebagai pemanggil. Aliya tidak mempedulikan jeritan telefonnya dan kembali melayan perasaan sehingga panggilan tamat.

Sekali lagi telefon berbunyi dan Aliya mulai rimas.

“Kenapa telefon?” soal Aliya yang akhirnya menjawab panggilan tersebut

Fikri tergamam mendengar suara Aliya yang kedengaran kasar dan tegas

“Aik, salah ke saya telefon?” soal Fikri yang cuba bergurau

“Tak salah. Yang salah tu bila awak peluk perempuan seksi” perli Aliya

“Apa yang awak cakap ni?” soal Fikri yang binggung

“Masih tak nak mengaku? Saya nampak awak dengan seorang perempuan seksi berpelukkan” balas Aliya

“Awak salah faham..” kata-kata Fikri terhenti pabila Aliya menamatkan panggilan

“Aliya, kenapa kau terlalu mudah ikut perasaan? Aku belum sempat jelaskan” kata Fikri yang kecewa
dengan sikap terburu-buru Aliya

Aliya meneruskan perjalanannya ke hospital. Buat masa ini hanya keluarganya sajalah yang boleh menghilangkan rasa sakit dihati.

***

Fikri pulang ke rumahnya selepas bertemu dengan May. Puas dia memujuk May untuk meninggalkan dunia seni tapi May tetap berdegil.

May sudah berubah dan bukan orang yang sama. Jika dahulu, May masih mendengar nasihat Fikri tapi kini tidak lagi.

Kusut kepala Fikri memikirkan tentang kedua perempuan yang disayanginya itu. Aliya dan May. Kenapa mereka begitu rumit untuk difahami.

Sebaik saja membuka pintu rumah, dia terhidu bau pisang goreng dari dapur. Fikri melangkah ke dapur dan melihat Mak Jah sedang sibuk mengoreng.

“Ehh.. Dah balik? Mak Jah goreng pisang ni” sapa Mak Jah

“Wahh sedapnya Mak Jah. Ermm..mak mana?” soal Fikri

“Mak kamu ada kat bilik tengah tidur. Penat barangkali” balas Mak Jah
Fikri mengangguk perlahan.

“Biar saya kejut mak, boleh makan pisang sama-sama” balas Fikri yang kemudian menapak ke bilik tidur ibunya.

Pintu bilik dibuka. Gelap. Fikri membuka lampu bilik dan mendekati ibunya yang lena.

“Mak, bangunlah kita makan pisang goreng nak? Mak Jah masak sedap tau” pujuk Fikri yang berada di sebelah Ibunya.

Tiada jawapan. Fikri cuba mengoncang lembut tubuh ibunya namun tetap tiada respon. Fikri mulai gelabah.

Tubuh ibunya sejuk. Hati Fikri mula tak enak. Dia memeriksa nadi ibunya.

“Ya Allah!! Mak Jahhh!!” jerit Fikri

***

“Apa yang kamu dah buat?!” tegas Puan Fatimah pada Aliya yang menikus.

“Sampai hati kakak buat macam tu kat abang Aiman” kata Aisyah pula

Lidah Aliya kelu. Dia tidak mampu membalas kata-kata mereka. Dia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan besar dengan menghalau abang kandungnya sendiri.

Kini Aiman benar-benar melarikan diri dan tidak dapat dikesan. Pada mulanya mereka tercari-cari keberadaan Aiman dan Aliya hanya berdiam diri.

Tapi setelah melihat Encik Karim menangis kerana kehilangan Aiman, Aliya tidak sanggup lagi menipu. Dia mengaku bersalah dan menceritakan apa yang berlaku.

Encik Karim juga turut terdiam. Siapa sangka anak perempuannya sanggup berbuat demikian? Sungguh dia kecewa.

“Aliya minta ampun mak, ayah” pinta Aliya

Encik Karim hanya berdiam diri sementara Puan Fatimah pula menangis. Baru saja dia gembira dengan kesihatan suaminya kini dia diserang duka semula.

Aliya tidak sanggup melihat ahli keluarganya bersedih. Sedikit penyesalan terbit di hati.

Dia melangkah keluar dan meninggalkan keluarganya di hospital. Hatinya benar-benar kecewa dengan segala yang berlaku.

Dia telah dipaksa berkahwin dengan Azmeer, Fikri berlaku curang dengan gadis seksi dan kini kehilangan abang Aiman membawa duka pada keluarganya.

Semuanya terlalu berat untuk dipikul.

Aliya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Fikri. beberapa minit menunggu namun panggilan tidak dijawab.

Dia mencuba sekali lagi dengan air mata yang mengalir deras di pipi. Namun tiada jawapan.

Sementara itu, Fikri telah menetapkan telefonnya dalam keadaan silent ketika dia sedang memandikan jenazah arwah ibunya.

Sayu hatinya tatkala melihat wajah wanita itu terbaring kaku. Dia cuba sedaya upaya menahan air matanya dari gugur.

“Tak guna kau Fikri, patutlah bila ajak kahwin tak mahu rupanya dah ada perempuan lain” maki Aliya

Sekarang dia merasa tersisih dan bersendirian. Panggilan telefon tidak dijawab oleh Fikri dan Aliya menyangka jejaka itu sedang leka berfoya-foya.

Dia kemudian meneruskan pemanduannya ke lokasi yang tidak diketahui dengan beg yang penuh dengan barang peribadi.

Dia ingin pergi

Bersambung..

MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADANWhere stories live. Discover now