1+ my poor love

3.3K 176 108
                                    

× jiwon pov

Malam ni aku tidur dalam bilik younghoon oppa lagi.  Dua tiga menjak ni aku tak dapat tidur lena, tak sedap hati. Oppa pulak dari tadi asyik pegang phone.  Aku teringin nak tahu apa yang dia chat dan siapa orang itu. 

"Oppa~" aku yang berbantalkan tangan kirinya menoleh untuk memandangnya. 

"Mm?" Matanya masih ralit melihat phone. 

Aku teringin nak capai phone tu dari tangan dia.  Aku mengeluh. 

"Bila kita nak kahwin?" soalku selamba sambil memeluk tubuhnya. 

"Kahwin? Jiwon-ah . I told you already . Oppa tak bersedia lagi . I'm sweet twenty one" jelas nya,  masih lagi memandang phone. 

Aku dah tak tahan dengan perangai tunang aku ni.  Phone tu lagi penting dari aku ke? 

Aku kemudiannya duduk di atas katil itu.  Aku mengeluh dan menyilangkan tangan. 

"Huh" aku merajuk. 

Baru sekarang oppa nak letak phone.  Dia juga duduk disebelah ku sambil memeluk bahuku. 

"Kenapa ni sayang . Hmm?" Dia memandang wajah ku yang sedang berpaling dari melihatnya. 

"Ani ! Kenapa tunangkan kita awal awal sedangkan lambat lagi nak kahwin?" Rungutku sedih. 

Aku mencebik kerana hampa.  Younghoon oppa memegang tanganku dan membuatkan aku pandang dia. 

"Jiwon-ah . Awak tu muda lagi okay? Takkan nak bazirkan kehidupan remaja awak semata mata nak kahwin dengan oppa?" Soalnya. 

"Oppa . Oppa sendiri tahu yang saya memang nak habiskan hidup saya untuk oppa . Kalau tak , saya tak tinggal dengan oppa macam ni . Baik saya sambung belajar dekat luar negara " omelku sakit hati. 

Oppa menggeleng. 

"Buat apa nak sambung belajar? Nanti awak jadi pewaris syarikat appa awak jugak " ujarnya dengan penuh yakin. 

Mujur comel kalau tak dah lama aku minta putus. 

"Saya nak balik lah kalau macam ni" aku masih lagi merajuk .

Younghoon oppa mengeluh. 

"Arasseo . Oppa hantar ok? " dia langsung tak halang aku nak balik. 

"Tak payah . Saya balik sendiri" aku menuruni katil dan memakai selipar. 

Oppa sempat rentap tangan aku. 

"Jangan degil . Biar oppa hantar . Lagipun oppa nak keluar ni" rentapan tadi menjadi pegangan tangan yang erat. 

Oppa bawa aku keluar dari rumah sambil berpegangan tangan sehingga kami masuk kereta. 

√√√


Aku suruh oppa turunkan aku jauh sikit dari rumah sebab aku nak hiruo udara luar katanya.  Padahal merajuk lagi.  Lagipun rumah oppa dengam rumah eomma appa dekat je.  Tak jauh sangat. 

Sedang berjalan tu,  aku perasan macam ada yang sedang mengekori aku dari belakang.  Aku dah mula takut jadi aku lajukan langkah.  Disebabkan aku berjalan tanpa melihat ke hadapan kerana takut, aku terlanggar seseorang dihadapan. 

"Argh !" aku terjerit kerana tersembam ke belakang. 

"Eh ! Cik okay? " lelaki itu tolong aku bangun. 

sweet pervert💕Where stories live. Discover now