2+ first meet?

1.6K 147 18
                                    

× juyeon pov

"Oppa kat mana? Oppa dekat kedai jam . Kenapa? " kataku melalui telefon.

Ada dua orang perempuan memasuki kedai itu dan salah seorang dari mereka menarik perhatian aku. 

"Jangan cakap yang oppa beli hadiah untuk yena ! Oppa ! Kan orang dah cakap jangan beli! " marah adikku. 

Suara dia boleh buat aku pekak sebelah telinga.  Mujurlah sayang adik aku sorang ni. 

"Saya nak yang tu ye" aku menunjuk pada jam couple itu. 

"Dah tu . Nak oppa beli apa? Teddy bear? Cliche lah " terangku sambil memandang sekilas gadis disebelah ku ini. 

"SIRHEO~! YENA NAK ICE CREAM !" Jeritnya lagi. 

Aku tergelak kecil kerana terhibur dengan perangai yena yang banyak sangat karenah nya.  Ada ke hadiah birthday nak ice cream?

"Jeogi . Saya nak yang tu " perempuan disebelahku bersuara sambil menunjuk pada kotak jam pilihanku. 

Penjual itu memandangnya dengan muka serba salah. 

"Minta maaf sangat cik tapi ni yang terakhir . Dah ada yang nak beli" ujar penjual itu. 

Entah kenapa aku rasa macam kesian pula kat budak tu sampai manyun.  Kecewa betul tu. 

Tak apalah . Saya tak jadi beli " balas ku lalu menunduk kemudian keluar dari kedai itu. 

"Arasseo . Oppa beli aiskrim okay? Jumpa kat rumah nanti" jelasku sebelum mematikan panggilan. 

Sesiapa pun gadis tadi, aku harap aku akan jumpa dia lagi. 

Kini aku berjalan ke kedai kek dan kemudian membeli sedikit aiskrim untuk yena. Alang alang nak tunggu senja,  aku berjalan jalan sekejap. 


Seperti biasa kami akan menyambut hari jadi yena di rumahku dan hanya kami berdua pun dah memadai. 

√√√

Aku memandu ke lorong belakang.  Aku selalu menggunakannya untuk balik ke rumah . Lagipun senja macam ni jalan luar sesak . Baik aku lalu kat sini tapi hati ni ada sesuatu tak kena .  Seperti ada sesuatu yang tak baik akan berlaku kerana aku dah mula tak sedap hati. 

Dalam perjalanan aku ke rumah , tiba tiba aku nampak ada manusia tengah piggy back seorang perempuan jauh di hadapan. Dia nampak berhati hati sangat sampai tengok sekeliling nya seperti takut takut ada orang nampak mereka.

"Ada benda yang tak betul ni. Baik aku turun." kataku pada diri sendiri. 

Pada mulanya takut juga nak munculkan diri . Manalah tahu lelaki tu sebenarnya dukung yeochin dia , malu aku nanti. 

Tapi bila aku dah berhampiran, aku cam muka perempuan tersebut dan dia ialah gadis kedai jam tadi. Dia keluar dengan kawan perempuan dan bukan lelaki. 

Lelaki itu memasuki ke dalam rumah usang kemudian menutup pintu.  Aku mendekati rumah tersebut tetapi aku tak dapat buat keputusan nak masuk atau tak.  Kalau dia namchin gadis tadi,  kenapa dia masuk sini?  Gadis itu pun keihatan seperti tak sedarkan diri. 

"Masuk jelah" aku mengarah diri sendiri dan akhirnya masuk ke sini. 

Segalanya nampak menyeramkan dan suram.  Apa lelaki tu buat dekat sini?  Aku dah nampak apa yang diorang buat.  Lelaki tu ikat tangan dan kaki gadis itu yang sedang duduk di atas kerusi.  Sah ini kes penculikan. 

sweet pervert💕Where stories live. Discover now