3+ aku bukan pervert

1.6K 141 73
                                    

+ jiwon pov

Lelaki tadi dah keluar dari bilik air.  Mata aku dari tadi tak lepas pandang dia.  Kenapa dia nampak charming sangat dengan rambut basah ? Cara dia keringkan rambut tu ! Haih lemah iman aku. 

'Sedarlah jiwon ! Kau dah ada tunang !' Bisik hati kecilku. 

Ehem ehem aku acah batuk. Lelaki itu memandangku lalu meletakkan tuala dilehernya. 

Dia mendekatiku sambil menyelakkan rambut kebelakang. 

'Jiwon . Kau kuat . Kau kuat. ' aku cuba pujuk diri untuk tak pandang dia. 

Lelaki ni berdiri depan aku sambikl pandang aku dengan pandangan series.  Aku memaling ke arah bertentangan dengan lelaki itu  .

Kemudian dia datang betul betul dekat dengan aku.  Dia melutut sebelah kaki sambil melihat aku. Pandangan dia menyeramkan aku. 

"Mwo .. Mwohaseyo?" soalku dengana nada bergetar. 

Aku tak tahu aku takut dengan pandangan dia atau sebab dia dekat sangat dengan aku sekarang.  Dia menjeling ke kesana seolah olah mahu menyuruhku sesuatu. 

"Wae .. Waeyo?" soalku lagi dah makin menakutkan pula sekarang. 

Aku memandang ke sana dan nampak ada sebuah katil.  Wait!  Dia nak apa sebenarnya?

"Awak nak saya tidur atas katil? " soalan ku itu dijawab dengan anggukannya. 

"DENGAN AWAKK??? AWAK YAKIN KE AWAK NI BUKAN PERVERT?" soalku hampir menengking .

Lelaki itu mengeluh dan mencapai tangan kanan ku. 

"Wait wait wait! Awak... Awak ni pervert kan? Baik awak mengaku?" tangan aku dah shaking sebab takut. 

Muka hensem tapi pervert.  Apa ni?

"Dengar sini . Aku penat hari ni . Baik kau naik je katil sebab aku nak tidur atas sofa ni . Sebelum aku yang angkat kau baik kau pergi sekarang" jelasnya dengan muka series. 

Aku menelan air liur.  Malulah pula sebab fikir bukan bukan. 

"Saya okay jelah tidur atas sofa . Awak janganlah serba salah nak bagi saya tidur sini . Lagipun saya memang selalu tidur atas sofa dekat rumah" terangku sambil tepuk tepuk sofa macam orang bodoh. 

Sebenarnya nak cover malu. 

"Jangan degillah . Aku tak tidur atas katil" dia bangun semula lalu mencekak pinggang. 

"Kenapa awak beli katil sedangkan awak tak tidur atas dia? Rumah lawa , katil besar . Tidur atas sofa? Cannot brain lah awak ni" bebelku taknak mengalah. 

Aku taknak dia rasa tak selesa dengan aku.  Tu je.

"Kau memang sengaja nak ambil kesempatan dalam kesempitan. Kau nak aku dukung kau kan?" kemudian lelaki itu mengeluh. 

"Aniyo ! Saya cuma taknak awa... " tak sempat nak habiskan ayat, dia dah angkat aku .

"Dah puas hati kau?" lelaki tu campak aku atas katil macam aku ni bantal .

Aku menyelak rambut ke belakang kerana serabut .

Dia boleh rilek baring atas sofa lepas lempar aku atas katil? What the-

Abaikanlah . Janji aku selamat, dapat tidur, dapat perlindungan sudah .

"Nasib hensem " omelku lalu melelapkan mata .

sweet pervert💕Where stories live. Discover now