MISTERI MAKCIK PENJUAL KEROPOK

2.1K 51 10
                                    

Misteri makcik sipenjual keropok..

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tiba..tiba..Tok tok tok..kedengaran bunyi ketukan dipintu disebuah apartment di Singapura. Bila buka pintu kelihatan seorang makcik yang memegang 2 bungkusan plastik merah yang penuh dengan keropok kering. "Anak nak beli keropok?" Sebenarnya aku tak nak sebab memang keropok ada je kat rumah aku ni sebab aku ni hantu keropok. Tapi oleh kerana sebab kesian aku pun belilah.

"Err boleh lah makcik..bagi 3 bungkus" kataku. Makcik tu senyum. Pakaiannya lusuh. Mukanya berkedut seribu. Aku kesian sebab terfikir2 kenapalah anak dia biarkan mak dia meniaga tengah2 malam macam ni.tak kesian ke.sedih..

Lepas bayar makcik tu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Aku sempat snap photo makcik tu..kesian weh..rasa nak je suruh tidur rumah aku ni..

Lepas tutup pintu aku pun mulalah rasa mengantuk. Bila dah tutup semua lampu dan mula rebahkan badan kekatil tiba2 aku dengar suara orang menjerit2. Aku sampai terbangun terkejut. Eh tu suara jiran aku tu Si Senah.

Dalam beberapa saat pintu rumah aku diketuk kuat. Macam nak roboh. Dah kenapa?
Bila buka pintu je si Senah, jiran aku meluru masuk rumah aku. Mukanya pucat lesi. Kalau toreh dengan pisau memang macam mayat mukanya tu😂

"Kenapa ni Senah?" Soal aku. Dia tercungap2 masih terkejut. Aku menenangkannya dan ambil segelas air beri dia minum. Lebih kurang 10 minit macam tu barulah dia berani sikit bercerita. Katanya ada hantu datang jual keropok depan pintu rumahnya. "Hah??!" Aku menyoalnya semula siapa??

"Hantu!" Jeritnya takut2. Hantu berambut panjang berwajah hodoh dan memegang 2 beg plastik merah. Dalam bungkusan tu ada keropok. Katanya mula2 tu hantu tu seorang makcik berpakaian lusuh datang jual keropok. Apabila Senah tak nak beli keropoknya, makcik itu berlalu pergi. Bila Senah tutup pintu, sekali lagi makcik tu datang tapi kali ni bertukar jadi hodoh. Berwajah hodoh berpakaian putih macam pontianak dan terdapat bungkusan yang sama macam makcik tadi pegang. Hantu itu tercegat depan pintu rumahnya. So Senah yang terkejut terus rebah menjerit sambil menutup mukanya dengan tangan. Senah tinggal seorang waktu tu. Jadi dia takda pilihan lain terus lari dari situ kerumah aku.

Pelik jugak aku, tak kanlah hantu pulak jual keropok? Aku periksa atas meja aku keropok yang aku beli tadi. Eh..takda??aku mimpi ke??rasanya aku betul2 beli tadi. Aku tunjukkan gambar yang aku snap tadi. Gambar tu memang ada. Tapi tetiba jadi kabur?? Malam tu Senah tidur rumah aku. Dia menggeletar sampai tertidur. Hampir seminggu dia demam menggigil.

Aku pulak, sebenarnya masih bingung. Aku cuba2 menyiasat dan tanya orang2 lama area tu. Ada seorang makcik kat kedai runcit bawah tu aku ambil peluang borak2 pasal benda ni.

Makcik tu tersenyum je bila dengar cerita aku dari mula sampai ke kes Senah.

"Ooo makcik tu ye..kamu kena ganggu ke??patutlah kecoh haritu ada suara orang menjerit2"

Aku tanya lagi "Siapa makcik tu?"
"Kalau kamu dengar orang ketuk2 pintu rumah tengah2 malam, tak beri salam, jangan lah buka. Tu semua mainan syaitan. Time tu lah makcik tu datang 'jual keropok'. Dia tu dulu makcik yang duduk sekitar kawasan ni dan ada tuntut ilmu salah. Jadi dia menjelma jadi hantu bila dah meninggal. Siapa yang tak beli keropoknya dia akan marah dan bertukar jadi macam pontianak tu tapi masih pegang plastik merah biasa."

Bila aku tunjukkan gambar makcik tu,dia hanya mengangguk. " Nasiblah kamu beli" ujarnya. Seram pulak bila dengar cerita makcik kedai ni. Syukurlah aku tak nampak dia bertukar wajah. Aku tak takut. Sebenarnya aku kesian dengan makcik tu. Tak rasa seram ngan makcik tu. Tapi pelik jugak.. mana perginya keropok2 tu ye?? Aku benar2 ikhlas beli tau....huhuhu..

MISTERI PARANORMALWhere stories live. Discover now