part 2

5.2K 154 0
                                    


Kay lepak di belakang bangunan;

Cikgu tu? Kenapa hati aku berdebar kencang. Sejak semalam lagi aku rasa macam ni. Perlahan-lahan tangan kanannya memegang dadanya. Merasai denyutan jantungnya yang laju. Aku tak sampai hati nak biarkan perempuan tu pulang sendirian.

Aku masih bersandar di bangunan tu. Dengar kata, cikgu tu baru sahaja posting. Mesti umurnya 23 tahun. Dan aku pula baru 19 tahun. Beza umurku dengan dia empat tahun. Ish yang aku sibuk duk kira umur tu kenapa? Aku bukan suka pada cikgu tu pun.

Baik aku balik kelas. Masa dalam perjalanan aku balik semula ke kelas. Aku terserempak dengan cikgu tu. Dia pandang muka aku. Aku cuba buat selamba. Cool gitu. Tapi padahal hati aku ni bila-bila masa sahaja boleh terkeluar.

"Kay..." panggil cikgu tu. Apa ye nama cikgu ni? Lupa nak tengok. Aku pun melihat nametag yang dia pakai. Nur Amira. Simple aje nama dia.

Langkah aku terhenti dan hanya memandangnya.

"Terima kasih selamatkan cikgu semalam." Aku lihat dia macam teragak-agak sahaja nak berkata. Cakap pun tak pandang aku. Malu ke?

Tiba-tiba fikiran nakal ku datang. Aku tersenyum dalam hati.

"Semalam? Apa dia cikgu?" sengaja aku pura-pura lupa. Wajah Amira menjadi merah. Alahai, kenapa wajah ini begitu menarik minatku?

"Eh, bukan awak ke semalam?" Amira sudah gelabah.

"Saya tak cakap pun semalam bukan saya." Aku cuba berlalu pergi. Makin lama aku tengok perempuan ni, makin geram pula. Dosa tau!

"Saya belanja awak makan malam ni untuk balas jasa awak. Tempat sama semalam." Ajak Amira.

"Okey." Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku dan aku terus pergi. Dalam hati tak payah nak kata. Air terjun kesukaan aku pun boleh wujud untuk menggambarkan perasaan gembiraku. Jumpa malam ni Amira!

pelajar itu suamiku[complete]Where stories live. Discover now