part 3

5K 141 0
                                    

Amira menanti depan rumah...

Mana pelajar aku ni? Tak apa la. Tunggu lagi. Aku melihat diriku di cermin tingkap yang gelap itu. Ternampak imej ku di tingkap tersebut. Okey ke aku pakai macam ni? Aku berfikir.

Tiba-tiba tangan aku dicekup dari belakang dan ada suara mengarahkan aku.

"Buka pintu rumah kau!" dengan pantas aku membukanya. Aku lihat wajah lelaki itu. Ini orang yang mabuk semalam.

"Aku nak balas dendam apa yang berlaku semalam. Malam ni tak ada sesiapa akan selamatkan kau. Kau akan kahwin dengan aku." lelaki mabuk semalam berkata. Kahwin? Kenapa pula? Aku pula yang keliru. Lelaki itu sudah membuka bajunya.

"Kahwin?" aku berkata.

"Aku dah telefon JAIS. Sekejap lagi dia akan datang sini dan tangkap kita berdua. Lepas tu kita akan kahwin." Kata lelaki itu. Hampir lemah seluruh tubuh aku apabila mendengar rancangan lelaki jahat itu.

"Tidak!" aku tak nak. Aku dah berangan yang suami aku tu kacak. Baik. Beriman. Kaya tapi yang itu tengok rezeki la. Aku tak nak kahwin dengan pemabuk ni.

Aku melawan. Yang penting aku kena keluar dari rumah ni. Aku cuba menolak tubuhnya yang tidak berbaju itu. Tetapi tubuh aku pula yang tertolak dan rebah atas sofa yang ada di ruang tamu itu. Tanpa memasang lampu kami bergelut sesama sendiri.

"Hoi!" suara Kay.

Lagi sekali Kay datang selamatkan aku. Aku menangis.

"Oh, kau yang pukul aku semalam. Kali ni kau tak kan lepas!" kata lelaki itu. Dia cuba tumbuk Kay tapi Kay pantas mengelak. Tetapi malang tidak berbau, semasa Kay mahu menumbuk lelaki durjana itu, dia tergelincir.

Lelaki itu mengambil kesempatan menindih tubuh Kay lalu koyakkan baju Kay. Dia bagaikan ada rancangan baru. Selepas itu, lelaki itu mencapai bajunya dan terus keluar dari rumah tersebut.

"Kay, kau tak apa-apa?" soal aku. Aku bimbang kalau dia terluka atau cedera.

"Aku tak apa-apa. Lain kali berhati-hati." Saat itu mata aku dan dia saling berpandangan. Bercambahlah benih cinta dalam hati aku untuk si Kay. Pelajar aku sendiri.

"Saya keluar dulu..." kata aku. Kay sudah berkerut dahinya. Aku membuka pintu utama. Alangkah terkejutnya aku melihat sekumpulan orang berkopiah dan songkok.

"Kami dari jabatan pencegah maksiat. Kami dapat laporan yang ada bukan muhrim di dalam rumah ini."

Lagi sekali aku mahu pengsan dan kali ini aku benar-benar pengsan. Duniaku gelap.

pelajar itu suamiku[complete]Where stories live. Discover now