last part

6.8K 171 11
                                    

Lima tahun kemudian... 

Amira menyediakan sarapan untuk suaminya. 

“Sayang, Irdina Anessa dah menangis ni. Dia nak mamanya juga.” Jerit Kay dari dalam bilik tidur. Dia sedang bersiap ke pejabat. 

“Kejap abang!” jerit Amira dari dapur pula. 

“Jangan nangis sayang. Mama tengah masak untuk babah. “ pujuk Kay sambil mendukung anak perempuannya yang baru berusia satu tahun setengah itu. Dia menuju ke dapur. 

“Mama datang ni....” Amira menghampiri Kay tetapi belum sempat Amira mendukung Irdina Anessa, pampers anak itu sudah bocor dan terkena baju kerja Kay. 

“Oh, no! Baju kerja abang...” Kay terkejut. 

“Cepat abang. Abang pergi tukar. Hari ni kan orang atasan abang nak jumpa abang. Abang kena nampak kacak dan kemas.” Kata Amira sambil tangannya pantas menukar pampers Irdina Anessa yang baru. Barulah anak itu tidak menangis. 

“Baiklah sayang!” Kay masuk semula dalam bilik mereka. 

“Ammar Fakhri, kenapa masih tak makan lagi? Nanti lambat pergi sekolah.” Tegur Amira apabila melihat anaknya yang berusia lima tahun itu hanya kaku sahaja. 

“Nak babah suap.” Katanya. 

“Babah sibuk. Biar mama suap ye?” pujuk Amira 

“Tak nak! Nak babah juga.” Anak itu pula menangis. Amira mengeluh. 

“Sayang, mari suap Ammar Fakhri.” Jerit Amira pula. 

“Kejap sayang. Nak pakai tali leher ni.” Kata Kay. Sibuk benar mereka pagi itu. 

“Biar Mira yang buat. Abang suap Ammar Fakhri dulu. Dia kan anak babah. Nak dengan babah aje. Mamanya dah tak pandang.” Rajuk Amira hanya dibalas oleh Kay dengan ketawa. 

Selepas suapkan Ammar Fakhri, mereka berempat bersiap. 

“Abang, terima kasih jaga Mira selama ini.” itulah ungkapan yang hampir setiap hari Amira katakan sambil bersalaman dengan Kay. 

“Sama-sama kasih dan terima kasih sebab terima abang seadanya.” Balas Kay lalu mencium dahi Amira. “Hati-hati bila memandu. Sampai sekolah, mesej abang.” Pesan Kay. Kay mengunci pintu rumah dan pintu pagar. Dia menghantar ke tadika manakala Amira menghantar Irdina Anessa ke pusat asuhan. 

Semoga kebahagiaan yang terjalin ini terus berkekalan walaupun suatu dahulu lelaki itu adalah pelajar cikgu Amira.

pelajar itu suamiku[complete]Where stories live. Discover now