Perjumpaan Kali Pertama

531 16 1
                                    

Januari 2015 (Malaysia)

Bilik aku dah macam kapal pecah dengan barang merata tempat. Hari ini ialah hari pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Aku diterima masuk sekolah berasrama penuh (SBP) ambilan Tingkatan 4. Macam big deal sangat je cara aku cakap, bagi aku memang pun. SBP ni dikira antara sekolah2 yang top dalam Malaysia.   Sebelum ni aku banyak main2 so bila aku  tengok betapa kecewa ibu bapa aku terhadap aku ketika mengambil keputusan UPSR, hancur hati aku. Abang dan kakak aku masing2 berjaya membuat ibu bapa aku bangga. So aku bertungkus lumus ketika PMR supaya aku tidak lagi nampak muka kecewa mereka.

Eh. Lupa pulak nak kenalkan diri. Nama aku Daniel Rania Hanis, nama glamour Dani. Umur aku 16 tahun dan aku anak bongsu dari empat beradik. Aku ada dua abang dan sorang kakak. Beza aku dengan abang2 aku sangat jauh so aku tak berapa rapat dengan diorang, jumpa pun sekali setahun, tu pun time raya. Kakak aku pulak hanya tua dua tahun dari aku. Dia sangat manja mengalahkan aku, macam aku pulak kakak. Dia selalu mengadu masalah kat aku dan minta pendapat aku. Aku bukan jenis yang suka meluahkan perasaan aku so aku jadi tukang dengar kakak aku je. Aku juga jenis tak ambil tahu hal orang, jika orang nak bagitau aku dengar je tapi memang aku tak kan korek or paksa orang tu cite.

Everyone think they know me. Diorang hanya tahu apa yang aku nak diorang tahu. Senyum dan tawa aku, aku sendiri tak pasti adakah aku ikhlas. Aku sentiasa rasa aku berada dalam hidup orang lain. Orang disekeliling aku, tiada sorang pun sedar apa yang aku alami. Hidup aku setakat ni ialah memuaskan hati orang lain dan mengelak dari masalah. So sekarang ni aku tengah mengemas barang aku untuk pendaftaran.  Yang tertanya2 kenapa nak kena kemas barang bagai. Nama lagi berasrama penuh so semua student kena dup dalam asrama la. Yeay!!, dengan nada menyampah.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi dan aku baru sahaja siap memasukkan barang aku yang last ke dalam beg. Pukul 6 ibu kejut untuk solat dan dari waktu itu sampai sekarang aku sibuk mengemas. Aku mengambil tuala dan terus ke tandas untuk mandi. Aku tak nak lambat nanti membebel tak sudah ibu. Selesai sahaja aku mandi, aku menyarung singlet dan seluar pendek. Memang aku berpakaian begitu bila berada di dalam rumah. 

Aku mengosok rambut aku dengan tuala untuk mengeringkan. Rambut aku pendek je macam lelaki tak payah guna hair dryer bagai. Rambut aku tak pernah melepasi paras bahu. Kenapa rambut aku pendek? Sebab rambut aku ikut ayah aku, ayah aku pulak ikut arwah tok aku. Itu yang orang kata la. So rambut aku kerinting pusing2 macam tu dan sangat serabut bila panjang so aku sentiasa kerat bagi pendek. Bukan aku je yang serabut, ibu yang tengok pun serabut, dia la yang selalu jadi tukang gunting rambut aku.

Aku ke depan untuk sarapan dan nampak ayah sedang sarapan sambil membaca akhbar sementara ibu di dapur. Buat apa lagi tah kat dapur tu. Aku mengambil pinggan dan cedok nasi goreng kampung yang digoreng oleh ibu dan menuang segelas air milo. Belum sempat aku menyuap nasi ke mulut ayah bertanya.

"Dah siap kemas barang ke dik?"

"Dah yah." selesai saja jawab aku menyuap nasi ke mulut.

"Pukul 10 japgi kita gerak, dua jam jugak nak sampai ke sekolah tu."

Aku hanya mengangguk sambil meneruskan makan. Sekolah baru aku tu masih lagi dalam negeri yang sama tapi agak di penghujung so nak sampai ke sana memakan masa dua jam. Ayah ingin bertolak awal kerana mereka perlu pulang kembali disebabkan esok adalah hari bekerja. Kedua-dua ibu bapa aku adalah cikgu, mereka sangat pentingkan pelajaran. Siap je makan aku ke bilik untuk tukar baju. 

Aku menyarung baju kurung putih dan kain biru serta tudung putih. Kasut berwarna hitam aku bimbit bersama dengan beg aku keluar dari bilik dan letak di depan rumah. Ayah meletakan beg aku kedalam kereta dan terus memulakan enjin kereta. Hanya ibu dan ayah je yang akan hantar aku kerana kakak aku sudah melanjutkan pelajaran dan tidak dapat cuti. Aku bukan kisah pun sebenarnya. Tak lama lepas tu ayah pun gerak meninggalkan rumah.

2 jam kemudian

Aku sedar dari lena bila aku rasa kereta sudah tidak bergerak. Aku memang kalau naik kenderaan bergerak lama2 tambah ngan aircond pulak memang lena la. Aku tengok ke luar tingkap, menampakan kami dah sampai ke sekolah baru aku. Aku keluar serentak dengan ibu dan ayah. Sekitar sekolah berselerak dengan pelajar dan ibu bapa. Aku tengok ada yang sedang gembira, ada yang sedih. Yang tu mungkin anak manja, tak pernah berpisah dengan parents. Macam la aku ni pernah, sedap je cakap kan. Tapi aku lagi suka kalau berjauhan dari parents ni. Bukan aku tak sayang diorang, dah memang aku macam tu. Tak pandai aku nak terangkan macam mana. Pandai2 korang la paham.

Ayah bertanya kepada salah seorang pelajar di mana tempat pendaftaran, dan pelajar tersebut tunjuk ke arah dewan makan. Kami pun bergerak ke kaunter pendaftaran. Sampai je kami ke meja tersebut, cikgu yang bertugas menanya nama aku.

"Assalamualikum, saya Cikgu Tina. Boleh cikgu tahu nama kamu apa?"

"Waalaikumusalam, nama saya Daniel Rania Hanis."

"Okay. Ni fail kamu. Dalam fail tu ada segala maklumat yang kamu perlu tahu. Jika ada yang tak paham boleh tanya salah seorang daripada volunteer yang bertugas."

"Terima kasih cikgu"

Aku pun berjalan keluar dari dewan makan sambil membaca isi fail tersebut. Dalam tu lengkap segala maklumat. Nama kelas aku, rumah apa, bilik mana dan juga buku peraturan. Leka aku berjalan sambil membaca kertas ditangan aku, aku tidak perasan akan seorang manusia didepan aku. Kami berlanggar dan aku terjatuh ke atas manusia tersebut kerana hilang keseimbangan diri. Manusia tu pula sedaya upaya cuba untuk menahan diri dan berat aku dari jatuh ke belakang.

"Maaf. Awak tak apa-apa?". Aku mengangkat kepala apabila mendengar suara yang merdu tu. Apabila aku melihat mukanya dan lebih penting lagi matanya, aku merasa sesuatu yang dah lama aku pendamkan. Lama juga aku merenung matanya sampailah dia berkata lagi membuat aku tersedar.

"Awak boleh diri elok2 tak. Saya tak mampu nak tampung berat awak."

"Sorry2. Saya salah, tak tengok jalan tadi. Terima kasih kerana tangkap saya tadi."

"Awak pelajar baru kan. Tingkatan 1 ke tingkatan 4?"

"Macam mana tau saya pelajar baru?", tanyaku. Dia senyum sebelum menjawab soalan aku. 

"Tu kat tangan tu apa. Hanya pelajar baru je pegang.". Aku pun tersenyum malu. Kenapa la bodoh sangat soalan aku tanya.

"Ye tak ye jugak. Saya tingkatan 4, tak kan la tingkatan satu pulak. Muka matured macam ni."

Manusia tersebut ketawa kecil mendengar jawapan aku. Lawak ke apa yang aku cakap tadi. 

"Sama dengan saya la kalau macam tu. Ada apa2 soalan boleh tanya saya. Saya minta diri dulu, saya ada tugas kena siapkan.", katanya sambil memegang tangan aku yang berada kanan kiri aku. Perbuatannya membuat aku kaku seolah ada elektrik mengalir ditempat yang dipegang olehnya. Kemudian, dia melepaskan tangan aku dah berlalu pergi. Sebelum dia pergi sempat aku menanya nama dia.

"Nama awak apa?"

"Hannah Naziha Widad, boleh panggil saya Han."

A/N: Panjang pulak chapter ni. Please don't judge. Aku baru nak berjinak dalam penulisan ni. Lgpun bahasa melayu ni aku tak berapa sangat. Sebab tu tungang langgang ayat aku. Aku akan cuba buat cite ni menarik.


SELAMATKAN AKUWhere stories live. Discover now