Feeling

391 15 1
                                    

Tergamam aku melihat adegan di hadapan aku. Apa hubungan mereka berdua ni. Aku tengok reaksi Fiq selamba je, macam benda tu adalah normal. Terbit rasa tidak senang di hati aku apabila melihat betapa mesranya Hana dan Kira. Aku nekad ingin tahu apa yang sedang berlaku, aku tarik Fiq ke tepi dan soal siasat dia.

"Wei Fiq. Aku tengok mesra semacam je Kira ngan Hana tu siap kiss pipi lagi. Ada pape ke diorang tu."

Fiq buat muka dan pandang aku dengan body language yang mengatakan 'really dude'.

"Kau tak tau ke yang Kira ngan Hana tu sepupu. Diorang memang rapat. Apa yang kau tengok tu tak pelik la. Diorang membesar bersama, dah macam sepasang suami isteri hubungan diorang. Satu sekolah tahu tapi Hana hanya manja ngan Kira je. Kau tak kan nampak dia macam tu kalau Kira takde."

Aku menarik nafas lega lepas mendengar penjelasan dari Fiq. Wait. What!! Aku lega dapat tahu mereka sepupu. Adakah aku suka terhadap Hana. Tak mungkin la, aku tak kenal pun dia. Apa feeling yang sangat ganjil bagi aku ni.

"Dani..Dani..DANI!!!", panggil Kira banyak kali bila aku tak menyahut panggilan dia.

Aku hanya pandang dia dengan senyum yang tak bersalah. Pada masa yang sama aku mendengar satu tawa yang sangat menusuk jiwa aku. Tawa tu dimiliki oleh non other than Hana.

"Kau termenung apa la Dani. Aku panggil pun tak perasan. Ni aku nak kenalkan kau pada cousin kesayangan aku Hana.", kata Kira.

"Kau tak payah kenalkan Kira. Dia dah kenal si Hana tu, siap soal siasat ngan aku lagi.", perli Fiq.

Merah muka aku bila Fiq cakap macam tu dan Kira pun pandang aku dengan muka penuh makna. Aku menumbuk perut Fiq kerana geram dengan mulut lepasnya tu. Hilang reputasi cool aku yang aku cuba pamerkan. Hana disebelah Kira hanya menunduk muka ke bawah sambil dia memeluk sebelah tangan Kira.

"Hai. Kita..juumpa..laaagi.", kata aku tergagap2 sambil menghulurkan tangan tuk berjabat dengan Hana tanda perkenalan. What!? I am a 'gentelwoman' kay so of coz la hulurkan tangan.

Hana mengangkat mukanya dan aku terpegun melihat matanya yang bersinar dan bagaikan dia dapat melihat diri aku yang sebenar. Dia kemudian menghulurkan tangannya dan aku menyambut kemudian menghadiahkan satu ciuman di tangannya sambil courtesy kepadanya. Semua mata yang melihat terbeliak terhadap apa yang mereka saksikan. Aku sendiri pun tak pasti apa yang membuat aku membuat sedemikian. Kemudian bunyi deheman seseorang mematikan scene yang sedang berlaku. Cepat2 aku melepaskan tangan Hana dan memandang ke tempat lain.

"Amboi lama kau pegang tangan anak dara orang siap cium lagi", kata Kira selepas dia mengeluarkan deheman tadi.

"Erm....", hanya itu mampu aku kata sambil aku menggaru leher yang tak gatal.

"Kira, dah la tu kacau Dani. Kesian dia. Good to see you again.", bela Hana dan mengukir satu senyuman kat aku yang memang buat aku melting.

"Same." - Dani

"Hana pergi dulu tau Kira. Ada kerja, nanti kita catch up lagi." - Hana

"Busy betul kesayangan Kira sorang ni, susah betul nak jumpa." - Kira

"Kira pun sama la nak kata Hana. Kira jangan nak nakal2 tau nanti Hana jeles." - Hana

"Mana ada. Kira ni budak baik la." - Kira

"Budak baik la sangat. Kira kan Prince Charming sekolah ni. Ramai peminat." - Hana

Aku yang menyaksi kemesraan Kira dan Hana merasa sakit hati. Why??? I also don't know. Hana memeluk Kira sekali lagi sebelum meminta diri untuk beransur. Beberapa langkah kehadapan, Hana berpaling ke belakang.

"See you around Dani." - Hana

Sejurus daripada itu Hana menghilangkan diri. Kira dan Fiq disebelah aku menyorak macam binatang di zoo.

"Kau minat Hana eh, Dani." - Kira

"Mana ada la." - Dani

"Tak payah nak tipu la Dani." - Fiq

"Aku tengok Hana tu pun macam ada minat kau jugak je. Aku bagi green light kalau kau nak pursue" - Kira

"Merepek apa korang ni. Aku perempuan, dia pun perempuan."- Dani

Aku pun berlalu pergi meninggalkan Kira dan Fiq. Dalam pikiran aku, aku masih berdebat dengan diri sendiri betul ke apa yang aku rasa ni adalah 'suka'. Perasaan itu sangat asing bagi aku kerana aku memang tak pernah paham akan feeling yang bernama 'SUKA'.

A/N

Lama aku tak update sebab tak ada idea macam mana nak teruskan cerita ini. Mula2 aku ingat nak cerita tentang kisah hidup aku tapi takut boring sangat. So jadilah tak update langsung, lagipun aku busy dengan belajar jugak. Pahtu tambah cuti winter pulak, memang sakan la aku bercuti. First time snowboarding, macam2 emosi ada. Nak nangis ada, tak puas pun ada, nak give pun ada. But above all that I did not regret it.

P.S. :Kepada sesiapa yang membaca cerita aku yang tak seberapa ni sila la komen idea kat aku skit2.



SELAMATKAN AKUWhere stories live. Discover now