BAB 1-AWAK SAYANG SAYA TAK?

14.8K 59 2
                                    

Sambil sedang kami menikmati makanan di sebuah restoran kegemaranku, mulut ku tiba-tiba ringan untuk bertanyakan soalan kepada teman lelakiku yang berbunyi,

"Awak sayang saya tak?"

Suapan terakhirnya tertangguh. Dia memandangku kemudian berkata,

"Mestilah sayang. Kalau tak, saya tak bawak awak datang sini."

"Ok, kalau macam tu make sure perasaan sayang awak ni akan kekal sampai la kita kahwin."

"Anything for you Zalikha."

Aku jadi teruja bila kata-kata tu keluar dari mulut Hafiez. Sudah hampir 4 tahun aku couple dengan dia. From crush, sampai la kami couple. Kami start couple sebaik sahaja kami tamat SPM (lol). One thing yang aku pasti, kami dah plan baik dah yang kami dua nak kahwin bila kami reach umur 25.

Langit dah mula kelihatan oren. Hafiez membayar makanan kami, dia hantar aku balik rumah.

***

"So, esok you nak keluar tak?" Tanya Hafiez sambil menurunkan tingkap kereta.

"I nak rehat la esok. Isnin, kita gi dinner sama-sama."

"Ok, I rak lu. Pape you roger. K?"

"Yela."

Kereta Hafiez meninggalkan kawasan perumahan aku. Aku masuk je rumah, terus aku nampak mama dengan papa tengah duduk dekat sofa.

"Zalikha nur imani binti Ahmad razak." Panggil mama.

"Ya ma."

"Meh dok sini." Papa menepuk tempat duduk disebalahnya.

"Ye. Ada apa pa, ma?"

Mama dan papa memandang antara satu sama lain.

"Awak la cakap." Kata mama kepada papa

"Sebenarnya, papa dah carikan bakal suami untuk Zalikha." Papa memegang bahuku

"WHAT?!"

TANGGUNGJAWABWhere stories live. Discover now