Chapter 6... (Edited)

1.6K 113 14
                                    

Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!

⚡⚡⚡⚡⚡

Gempa's POV...

Haihhh... Penat betul lah aku rasa sekarang ni. Untunglah adik-beradik aku sebab cuti sekolah dah mula. Aku ni yang SPM pun belum habis lagi. Dahlah balik dari sekolah terus kena masak. Lepas tu kena pulak pergi hospital. Dah balik rumah, kena layan tetamu lagi. Semua tu tugas aku untuk hari ni. Tapi nak buat macam mana lagi kan? Itu dah memang tugas aku sebagai abang sulung yang bertanggungjawab untuk menjaga adik² aku. Aku tak bolehlah nak harapkan orang lain. Kalau dulu aku tak ada rasa terbeban sangat sebab Hali ada. Dia selalu tolong aku. Hehe... Aku ingat lagi dulu kalau dia dah start bebel, sampai ke hari esoknya pun tak sudah. Hali ni sebenarnya baik hati dan penyayang tapi, dia bukannya nak mengaku semua tu. Maklumlah, Tsundere dia tu tak boleh bawak bincang.

Sementara kat sekolah pulak, dialah yg paling popular kalau nk dibandingkan dgn Fang dan Abang Kaizo masa dia senior kami di sekolah menengah dulu. Sampai ke satu tahap ada pelajar² perempuan tubuhkan fanclub untuk Hali sebab mereka nak tunjukkan yang mereka benar² menggilai dia. Tapi bila tuan punya badan dapat tau hal tu, lain pulak yang jadi. Hali mengamuk satu sekolah woi! Habis semua orang yang ada fanclub tu takut pada dia Selepas kejadian itu, fanclub tersebut dibubarkan atas kejayaan Hali menjadi Mr. Horror yang membuat satu sekolah takut dengannya.

Paling aku tak boleh lupa ialah masa Taufan form 1 dulu. Dia sesi petang sementara aku dan Hali sesi pagi. Walaupun Taufan ada kuasa, tapi dia tak berani nak melawan dengan orang yang telah membuli dia. Taufan selalu merungut lapar bila balik sekolah kerana duit belanja nya di curi pembuli. Bila aku tanya Taufan, dia langsung tak nak mengaku. Sampailah Hali sendiri yang bertanya. Taufan memang cukup takut dengan Hali masa tu kerana dia tengah bad mood. Setelah Taufan akui yang dia di buli, esoknya kat sekolah, Hali terus cari pembuli Taufan dan memberi amaran pada mereka supaya jangan ambil duit Taufan lagi dengan wajah menyeramkan plus handsome dia tu.

The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!) Where stories live. Discover now