8 | Menyesal

14.9K 552 14
                                    

Pandangan tajam terhala pada wajah Hanis yang menunduk. Senyuman senget, malah sinis tidak menghiasi bibirnya tatkala ini.

"Kemas rumah ni. Lantai mop, baju kotor dekat dobi pun basuh jugak. Masakkan lunch untuk semua. Kau jangan nak malas. Aku nak keluar jumpa parents aku." Arah Eafy tegas. Kemudian, dia berlalu ke arah lif. Punat G ditekan. Lantas dia mencari kereta miliknya di parking lot tersebut.

Hanis tersenyum hambar.

Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya. Mini dobi di tingkat satu dituju. Kakinya melangkah satu per satu anak tangga sehingga dia berhenti di tempat yang dituju. Jelas pada pandangan, Carla yang berada dalam dobi itu. Tangan gadis itu lincah memasukkan bajunya ke dalam mesin basuh. Tidak perasan langsung akan kewujudan Hanis.

"Hei Carla, tak apa. Biar aku buat." Hanis cuba menarik baju kotor dari pegangan Carla. Namun, cepat-cepat Carla merampas semula dengan wajah yang bertukar bengis.

"Baju aku, kau tak payah sibuk! Menyemak aje muka kau ni." Carla merengus kasar. Dengan kadar segera, dia menyumbat semua baju-baju kotornya ke dalam mesin basuh. Dia ingin berlalu dari sini! Jijik tatkala melihat wajah polos Hanis.

Amarahnya makin meluap-luap.

Hanis sekadar tersenyum nipis. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang sambil tangan diramas lembut. "Maaf." Ucap gadis itu perlahan. Dia melangkah pula ke arah baju-baju kotor yang bertimbun. Mungkin ini baju mereka semua. Fikirnya.

Carla masih tidak berpuas hati. Matanya mengerling Hanis tajam. Dia ingin berlalu pergi, tetapi lain pula jadinya apabila kakinya melangkah ke arah Hanis. Bahu Hanis ditolak kasar.

"Aku nak kau tahu satu benda." Carla berkata tenang. Tangan kanan diseluk ke dalam poket seluar.

Hanis masih terpinga. Dia tidak melawan apabila Carla menolak bahunya. Malah, dia sudah mendapat pelbagai perbuatan kasar daripada Carla. Sudah acap kali diperlakukan begitu. Dirinya sudah redha!

"Tahu apa?"

"Sebab kau..." Kata-kata Carla tergantung. Dia cuba menahan perasaan bengang yang memuncak. Pandangan helang terhenti pada wajah Hanis yang masih kebingungan.

"Aku dengan Lyna, gaduh! Sebab kau!" Tengkingnya di hadapan muka Hanis. Suara itu bergema di dalam markas Catch sehingga memasuki gegendang telinga ahli Catch. Mereka terkesima.

Hanis hanya menunduk dengan perasaan yang bersalah. Kedua belah tangan diramas.

"Ak- aku tak ada niat pun nak buatkan korang gaduh. Aku minta maaf." Ujarnya perlahan. Cukup suara itu boleh sampai ke pendengaran Carla.

"Tak ada niat? Heh, kau memang.." Dengan pantas, rambut Hanis dicengkam kasar. Sebelah tangan lagi mencekik gadis itu. Hanis meronta-ronta untuk dilepaskan tatkala dia tidak merasai oksigen lagi. Tangan Hanis cuba meleraikan cengkaman tetapi kekuatan Carla kali ini memang tidak boleh dilawan oleh gadis yang lemah seperti dia.

"Carla!" Satu suara memanggil gadis bertocang dua itu. Carla mendengus geram. Segera kedua belah tangan ditarik lalu jari-jemari diletupkan. Langsung tidak mempunyai perasaan yang bersalah setelah melakukan hal demikian.

Hanis menarik nafas dalam. Cuba mengawal pernafasan dengan betul.

"Kau nak bagi dia mati ke apa?" Furqan mengambil langkah mendekati dua gadis tersebut. Mukanya berkerut menandakan dia sedang geram dengan perlakuan Carla terhadap Hanis. Mata Carla ditatap tajam.

"Kalau aku cakap, aku memang nak bagi dia mati. Apa kau nak buat?" Carla cuba menarik tali. Dia tersengih sinis apabila tepi dahi Furqan sudah timbul urat hijau. Begitu juga di kekura tangan lelaki itu.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now