25 | I Love You

13K 633 51
                                    

     AWAL-AWAL pagi lagi Raysara dan Ariel sudah berdiri di tengah ruang tamu. Sekeliling diperhatikan sebelum dia berdecit. Suasana di pagi hari ini sunyi dan sepi tanpa seorang manusia. Tapak kaki pun tidak kedengaran apatah lagi bayang-bayang. Raysara memikirkan sesuatu sebelum meninggalkan Ariel lalu kakinya dibawa ke depan lif.

    "Eh! Sayang nak pergi mana?"

    "Bilik latihan. Abang tunggu situ." Jawab Raysara dan terus memasuki ke dalam perut lif. Sampai saja ke ruang bawah tanah, dia harus melintasi bilik seksaan sebelum sampai ke bilik latihan. Serta-merta mindanya teringatkan anak lelakinya yang masih dikurung.

    Niat untuk pergi ke bilik latihan dibatalkan saja. Kunci yang terletak dalam poketnya diambil. Dia membuka pintu yang terkunci itu sebelum daun pintu ditolak perlahan.

    Raysara menggigit bibir. Matanya disajikan dengan pandangan yang membuatkan dia meruntun sedih. Keadaan Eafy yang tidak sedarkan diri itu ditatap lama. Lelaki itu sudah melutut dan tangan masih digari ke atas, kepala pula disandarkan ke lengan sambil pejamkan mata.

    Raysara hela nafas. Pasti tubuh anaknya ini sudah lemah dan sakit. Raysara membawa langkah mendekati anaknya. Pipi sejuk Eafy disentuh perlahan sebelum ditepuk-tepuk kedua belah pipi itu untuk menyedarkannya. Wajah Eafy yang kelihatan pucat disentuh.

   "Wake up, Fy."

    Telinga Eafy menangkap suara Mamanya. Terpisat-pisat dia cuba membuka matanya. Tangan yang kian lenguh diregangkan apabila Raysara sudah melepaskan gari di tangan. Kepalanya dipicit perlahan. Semalam, dia terus tertidur tak ingat dunia. Ada juga dia dengar suara samar-samar dan ketukan kuat di pintu, tapi dia hanya biarkan saja. Sudahlah waktu begitu hampir tengah malam. Walaupun dia lelaki, ada juga perasaan takut pada makhluk halus.

   "Thanks. By the way, where is Lyna?" Wajah bersih mamanya dipandang. Raysara angkat bahu dengan muka kosong. Dia pun tidak tahu kerana apabila dia jejak kaki sahaja, ruang tamu semua gelap dan kosong. Mungkin anak gadisnya itu masih membuta.

   Eafy diam sahaja. Seharian dia tidak mandi dan sekarang dia rasa dirinya sudah busuk. Dengan darah di tubuh, bau hanyir darahnya yang jatuh ke lantai memasuki rongga hidung. Dia nak mandi dan bersihkan diri.

   Raysara dan Eafy sama-sama melangkah keluar daripada bilik seksaan. Mamanya itu tidak bersuara langsung untuk diajak bual. Tanya berpatah-patah perkataan, hanya dijawab sepatah dan reaksi muka sahaja. Muka yang menunjukkan bahawa Raysara tidak berminat untuk berbual dengannya. Sedikit sebanyak dia terasa dengan layanan dingin itu. Mamanya dan adiknya sudah berubah dingin. Dan Eafy berharap, kata-kata Lyna pagi semalam hanya omongan kosong. Dia tak mahu Hanis membenci dirinya!

   "Eh, mama dan papa nak pergi mana?" Soal Eafy pelik apabila pasangan itu mula melangkah ke arah pintu lif.

    "Baliklah. Kita orang datang sini nak bebaskan kamu je. Lepas ni papa nak ajak mama dating!" balas Ariel dan mendapat jelingan daripada Raysara. Eafy angguk dan menyalam kedua ibu bapanya. Senyuman manis diukir. Sebenarnya dia segan berlama di sini disebabkan dia tidak memakai baju. Dia bukanlah yang jenis show off badan dekat orang ramai.

   Usai Ariel dan Raysara hilang ditelan perut lif, lantas Eafy membawa langkah ke biliknya. Malas hendak menggunakan lif, dia hanya memanjat tangga satu per satu sehingga dirinya tiba di hadapan pintu bilik yang...terbuka?

    "Sejak bila aku masuk bilik ni?" Gumamnya sendiri. Persoalan di kepala berlegar-legar meninggalkan tanda tanya. Eafy memandang sekilas pintu bilik Hanis sebelum dia terus menapak memasuki biliknya. Eafy terlongo sekejap melihat pintu almari yang terbuka luas dan juga laci di meja sebelah katil juga terbuka. Siapa pula yang menceroboh masuk biliknya tanpa izin?

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now