♛Bab 2♛

346 3 0
                                    

"What!!? Papa nak Liesha jumpa seseorang? Sape pa? Liesha busy lah, malaslah macam ni." sebenarnya, Liesha tahu yang papanya merancang untuk menemukannya dengan anak kawannya. Ini bukan kali pertama ayahnya berbuat demikian, sudah beberapa kali namun dia asyik mencari akal agar lelaki tersebut tidak suka akannya. Pernah juda dia mengubah penampilannya apabila dia bertemu dengan orang yang ditetapkan oleh ayahnya dengan menggunakan pakaian ala-ala hendak pergi ke konsert rock. Rancangannya so far semua berjaya.

"Jangan nak banyak alasan. Sampai bila kau nak membujang ni. Jangan nanti dah tua, orang dah tak inginkan kamu. Baik kamu dengar cakap papa kali ni je."tegas ayahnya.

"Okaylah pa,"jawabnya pendek sambil memikirkan helah yang seterusnya.

"Cepat sikit. Dia dah tunggu kamu kat restoran tu. Nanti papa share location kat kamu. Jaga perangai tau, jangan buat malu papa je rekomen kau kat anak kawan papa."tegur Tan Sri Sulaiman.

'Nantilah mamat mana yang bertuah sangat dapat kenal dengan aku tu nanti, siap kau. Aku rasa kau tak kenal aku lagi. Matilanak kau aku kerjakan. Hahahha!!' desis Liesha di dalam hati sambil tersenyum sinis apabila memikirkan helahnya.

Setelah Liesha siap, dia terus memandu kereta mewahnya Mercedes yang dihadiahkan oleh papanya semasa hari lahirnya yang ke 27 tahun. Dia memandu dengan laju sekali tak padan perempuan, tapi pandu macam kaki racing.

Tiba sahaja Liesha di lokasi yang telah ditetapkan, dia mencari mana pemuda yang dikatakan oleh papanya itu. Tiba-tiba, dia ternampak kelibat Nazmi di suatu sudut kelihatan sedang menunggu seseorang. Liesha lalu menghampiri Nazmi.

"Ehh! Awak pun ade kat sini jugak ehh? Awak ikut saya ke?" Tanya Liesha kepada Nazmi.

"Hello? Tolong sikit ehh! Awak yang ikut saya sebab saya yang sampai awal daripada awak. Perasan!"tengking Nazmi.

"Okay, look. Aku taknak gaduh dengan kau sekarang ni sebab aku ade masalah and aku nak mintak tolong kau sikit. Boleh kau pura-pura jadi boyfriend aku tak. Kali ni je."pinta Liesha sambil buat muka tak bersalah dia tu.

"Amboi amboi amboi, ape masalah kau tu sampai nak seret aku skali jadi boyfriend kau? Kau ingat aku kesah ke. Hell no! Jangan harap aku nak tolong kau ni."sinis si Nazmi.

"Pleaselah Nazmi, kali ni je. Nanti aku belanja kau makan ke ape ke. Okay? Tolonglah!! Aku merayu sangat."rayu si Liesha.

"Okaylah, tak..sekarang ni ape masalah kau yang kononnye serious sangat tu. Bagitau aku cepat. Aku akan tolong kau kali ni je. Terpaksalah sebab kau ni anak kawan daddy aku. Tapi aku taknak kau belanja aku ape-ape sebab nanti tak macho lah girl belanja boy."jawab Nazmi dengan nak tak nak je.

"Macam ni, papa aku suruh aku jumpa sorang mamat ni untuk jadi bakal suami aku. Tapi aku tak nak. Aku tak puas enjoy lagi, sebab tu aku nak kau  berlakon jadi boyfriend aku supaye mamat tu taknak dekat aku. Jadi, aku selamatlah dari dugaan ni. Boleh ehh?" terang Liesha dengan ringkas tapi cukup untuk buat Nazmi faham akan masalahnya.

"Sebenarnya, aku pun ade masalah yang sama ni. Daddy aku suruh aku jumpa sorang gadis dari tadi tak sampai. Dah berjam-jam aku kat sini. Kelibat dia pun aku tak nampak. Hampeh punya orang." kata Nazmi kepada Liesha.

"Habis kau kenal tak perempuan tu?" Tanya Liesha.

"Tak kenal, sebab daddy aku takde bagitau aku awal-awal." Jawab Nazmi.

"Laaa.. aku pun tak kenal mamat tu siapa"celah si Liesha

Tiba-tiba, telefon Liesha dan Nazmi serentak berdering. Ayah mereka telefon kerana ingin memberitahu siapa yang harus mereka jumpa di sana.

"Hello pa, ade ape call Liesha ni?"tanya Liesha

"Papa tak sempat nak bagitau Liesha orang yang Liesha patut jumpa ialah Muhammad Izna'azmi bin Muhammad Harun, anak kepada kawan ayah."

'Macam pernah dengar nama tu, tapi kat mana ehh?"soal hatinya.

"Okaylah pa, nanti Liesha cari kay?" jawabnya

"Awak? Sape call tadi?"tanya Nazmi.

"Papa saya. Awak? Sape call"tanya Liesha pula.

"Daddy saya, dia bagitau nama orang yang saya perlu jumpa."jawab Nazmi

"So, sape nama awek kau tu?"gurau Liesha yang membuatkan Nazmi menjengilkan matanya sebagai tanda menegur.

"Aliesha Alaina binti Sulaiman Kassim. Awak pulak sape pulak yang awak perlu jumpa?"tanya Nazmi.

'Apesal macam nama aku je? Betul ke mamat ni yang papa kata?'desis hatinya

"Muhammad Izna'azmi bin Muhammad Harun" jawabnya perlahan-lahan.

"What!! So awak ke perempuan yang daddy bagitau tu? Nama awak ape ehh? Lupa dah."tanya si Nazmi meminta kepastian daripada Liesha.

"Nama aku? Aliesha Alaina binti Sulaiman Kassim. Kenape?" Tanya Liesha seperti sudah dapat menjangkakan jawapannya.

"Alamak! What a small world. Kenape lah aku kena khawin ngan kau ni? Daddy ni kejam lah suruh saya kawin dengan perempuan sombong macam awak ni."rungut si Nazmi yg tidak setuju dengan cadangan ayahnya.

"Weihh! Kau ingat aku nak sangat ke kawin dengan kau tu. Dahlah mulut macam longkang. Suka hati dia aje panggil kita sombong."balas Liesha yang terkilan dengan kata-kata Nazmi tadi.

Pertemuan mereka rosak kerana ego masing-masing. Liesha dan Nazmi sama-sama angkat kaki blah dari tempat tersebut kerana tidak suka antara satu sama lain.

Liesha terus masuk ke dalam rumah lalu pintu dihempasnya kuat. Ibu dan ayahnya hairan dengan kelakuannya.

Nazmi juga terus masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa. Maklumlah suka memendam perasaan tanpa berkongsi dengan daddy dan mummy nya.

♛Mr. And Mrs. Ego♕Where stories live. Discover now