♛Bab 5♛

383 1 3
                                    

3 bulan telah pun berlalu. Kini tiba masanya untuk Nazmi dan Liesha berkahwin. Liesha berasa gementar sekali walaupun kawin tanpa rela. Dengan sekali lafaz dia sudah pun bergelar seorang isteri kepada lelaki yang dia tak suka.

Malam pertama mereka dimulai dengan rasa kekok dan sepi. Katil mereka cantik sekali dihiasi dengan kelopak-kelopak bunga mawar.

Nazmi terus menyalin pakaiannya di hadapan Liesha tanpa menghiraukan kehadirannya.

"Weh, kenape kau salin pakaian di depan aku ni? Kau tak malu ehh show body kau tu kat aku?"sambil menutup rapat matanya.

Nazmi tak mengendahkan sedikit pun ape yang dikatakan oleh Liesha. Apa nak kesah? Dia kan suami Liesha. Takde nya family Liesha nak bawa parang kalau dia usha Liesha punye!

"Nanti awak tidur bilik sebelah. Aku nak tidur sorang-sorang."Liesha memandang anak mata Nazmi untuk mendapatkan jawapan. Dia berharap agar Nazmi ikut kehendaknya.

"Of course lah aku tidur sebelah. Takde makne aku nak tidur dengan kau."selamba Nazmi melortarkan kata-kata yang sengaja dilontarkannya kepada Liesha.

Nazmi berlalu keluar tanpa menutup pintu bilik Liesha."ohh! By the way good night Mrs. Ego. Mimpi buruk ehh."Nazmi memberikan senyum sinis kepada Liesha.

'Buat sakit hati je mamat ni'
"Good night too Mr. Ego. Mimpi buruk jufak ehh"bidasnya juga.

Sedang sedap Liesha tidur, tiba-tiba...

Drumm..dumm..dummm..!!!

Bunyi guruh telah mengganggu tidurnya. Liesha sangat takut akan guruh. Dia tidak dapat tidur semula. Dia telah memejamkan matanya rapat-rapat namun tidak dapat. Setelah kejadian yang menimpa atoknya dipanah petir dalam perjalanan ke dusun mereka, Liesha trauma dengan bunyi guruh. Kejadian 6 tahun lalu seperti baru sahaja berlaku.

Tokk..tok..tokkk..!!!

Nazmi terkejut dengan bunyi yang mengganggu tidurnya. Dia bangun lalu pergi membuka pintu biliknya. Alangkah terkejutnya Nazmi apabila melihat kelibat Liesha di hadapan pintunya dengan muka yang pucat dan tergagap-gagap.

Liesha terus meluru masuk dan melompat ke atas katil Nazmi lalu disarungnya selimut dari hujung kaki hingga hunjung kepalanya.

"Ehh! What are you doing in my room?" Nazmi menyoalnya sambil menutup pintu biliknya.

"Ta..ta..takut"tergagap-gagap Liesha menjawab pertanyaannya itu. Seakan-akan tidak berdaya untuk berkata apa-apa.

"Awak? Awak okay ke tak ni? Macam tak ok je."lembut sekali suara Nazmi kali ini. Mungkin kesian dengan perlakuan Liesha.

"Bo..boleh saye tidur dengan awak malam ni? Saya takut guruh."

Terkebil-kebil Nazmi dengan soalan Liesha"Okay, tapi malam ni aje. Aku benarkan kau tidur sini pun sebab aku kesian dengan kau aje." Poyo sungguh jawapan Nazmi kali ni.

♛♛♛♛

Tett..tett..tett...! Bunyi jam biliknya berbunyi menunjukkan pukul 6 pagi.

Perlahan-lahan Nazmi membuka matanya. Dia merasakan yang dia sedang memeluk seseorang iaitu isterinya. Dia tidak mengalihkan kepala Liesha dan hanya membiarkan gadis itu terus dipeluknya. Tidak sampai hati Nazmi ingin mengejutkan gadis itu.

Tiba-tiba, Liesha bangun dari tidurnya. Dia terasa berat sekali badannya kerana tak boleh bangun disebabkan tubuhnya dipeluk erat oleh Nazmi. Dia cuba menolak namun tidak boleh menggerakkan tubuh Nazmi yang sasa itu. Dia tiada cara lain dan terus memukul kepala Nazmi dengan bantal.

"Kenapa awak ni pagi-pagi dah pukul orang?"sambil memegang bantal yang dihalakan Liesha ke kepalanya.

"Kau ingat aku ni bantal kau? Yang kau peluk aku ni apsal?" Liesha memandang tajam anak mata lelaki itu. Nazmi hanya buat selamba mengalihkan badannya ke arah lain. Dia tidak mahu bertengkar pagi-pagi buta ni. Takut nanti kecoh. Dia kenal sangat perangai Liesha tu yang tak mau mengalah. Ego sangat.

"Aku nak pergi bilik aku jap, nak mandi. Kau cepat siap. Aku nak masak." Liesha terus berlalu pergi ke biliknya yang hanya berada di sebelah saja.

"Hermm"

♛♛♛♛

"Naz, Liesha mummy dan daddy ade benda nak bincang dengan kamu dua." Datin Syuhaida mengajak Nazmi dan Liesha duduk bersama mereka.

"Ape dia mummy?" Nazmi ingin tahu ape yang ingin dibincangkan oleh orang tuanya dengan mereka.

"You two, nak honeymoon kat mane?" Dato'Harun menyoal mereka tentang hal yang belum dibincang dan tak akan dibincangkan oleh mereka.

"Saye ikut aje daddy. Mane-mane pun boleh." Jawab Nazmi sambil memandang isterinya.

"Mummy cadangkan korang pergi ke London. Kat sana banyak tempat korang boleh pergi."cadangan yang bernas namun Liesha tidak memberi apa-apa komen sebab dia selalu pergi ke overseas termasuk pergi ke negara matahari terbit.

"Liesha? Ok tak dengan cadangan mummy."tanya mak mertuanya.

"Hah? Err ok." Jawab Liesha teragak-agak.

"Okay. Kalau macam tu, korang dah boleh pergi minggu depan. Semua daddy yang bayar. Take your time there okay?"

"Ok"mereka menjawab serentak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

♛Mr. And Mrs. Ego♕Where stories live. Discover now