♕Bab 3♕

300 1 0
                                    

Syarikat Na'az Holding kecoh dengan gosip tentang seorang PA yang melarikan duit berjumlah RM 2.9 juta duit syarikat mereka. Kini syarikat Nazmi semakin lingkup. Nazmi semakin buntu untuk memikirkan cara untuk menyelamatkan syarikat mereka daripada lingkup serta merta.

Ayah Nazmi call Nazmi untuk berbincang tentang syarikat tersebut. Nazmi menceritakan segala masalah Syarikat Na'az Holding kepada ayahnya serta merta.

"Daddy pun buntu memikirkan masalah ni. Apesal lah PA Naz tu ambil duit syarikat sebanyak tu. Ape gaji dia tak cukup ke papa beri selama ni."kata Dato'Harun kepada anaknya.

"Entahlah daddy. Susah nak cari pekerja yang amanah zaman ni. Semuanya mata duitan. Menyusahkan betul lah. Kalau nak, mintak je lah, tak payah nak curi bagai. Buat malu aje nama syarikat."luahan hati Nazmi kedengaran marah sangat.

Keesokkan harinya, Tan Sri Sulaiman dan Dato'Harun pergi bermain golf berdekatan dengan Vila mereka.

"Dato, dengar kata syarikat Dato ade masalah. Ape masalahnye? Manalah tahu kutt kutt saya boleh tolong, kita kawan dah lama..ape salahnya aku tolong. Aku ikhlas ni."cadang Tan Sri Sulaiman.

"Biasalah, pekerja zaman sekarang susah cari yang betul-betul amanah. Duit kat syarikat aku kena rembat dengan PA anak aku tu. RM 2.9 juta lesap macam tu aje. Sekarang ni syarikat tu dah nak lingkup. Dah berpuluh tahun aku bangunkan syarikat tu dengan titik peluh aku sendiri. Aku taknak lah ia hanya lingkup macam tu je."jelas Dato'Harun kepada sahabatnya itu.

"Kenapa kau tak cakap awal-awal. Aku boleh melabur kat syarikat kau. Lagipun syarikat aku tu dapat banyak untung setiap tahun. Aku boleh aje tolong kau."cadang Tan Sri Sulaiman kepada Dato'Harun.

"Terima kasihlah Man, aku tak tau macam mana nak balas jasa kau."jawab Dato'Harun dengan penuh rasa syukur.

Keluarga Nazmi datang tanpa memberitahu yang mereka ingin ke rumah keluarga Liesha. Tan Sri Sulaiman terkejut dengan kehadiran Dato'Harun di depan rumah mereka.

"Asalammualaikum Tan Sri."sapa si Dato'Harun

"Waalaikumusalam. Ehh, jemputlah masuk."arah Tan Sri Sulaiman kepada keluarga Nazmi.

"Ehh, Datin Syuhaida pun ade sekali! Jemput lah masuk.. jangan segan. Buat macam rumah sendiri"tegur Puan Sri Aida.

"Ye,baiklah. Terima kasihlah ye sebab sudi terima kehadiran kami disini."jawab Datin Syuhaida.

"Mak Jah! Tolong buat minuman untuk tetamu kita ni."arah Puan Sri Aida kepada pembantu rumah mereka yang telah bekerja dengan mereka selama 10 tahun.

"Sebenarnya kami kesini ada hajat besar."kata Dato'Harun memulakan bicaranya.

"Oh ye ke, ape hajatnye? Macam besar je bunyinyer."tanya Tan Sri Sulaiman.

"Kami ni nak datang merisik anak Tan Sri, mungkin ni je cara nak balas jasa Tan Sri."kata Dato'Harun.

"Ehh elok sangatlah tu. Sebenarnya saya memang bercadang nak jodohkan anak bertuah saya tu, tapi setiap kali gagal aje."kata Tan Sri Sulaiman.

"Mana anak awak? Tak nampak dari tadi. Oh ya ape nama anak you tu ehh? " Tanya Datin Syuhaida.

"Ohh, Liesha namanye .Ade aje kat dalam bilik dia tu."jawab Puan Sri Aida.

"Liesha suka buat ape bila waktu lapang?"tanya Datin Syuhaida lagi.

"Liesha usually suka memasak, shopping dan berkelah."jawab Puan Sri Aida.

"Ohh, elok sangatlah tu. Rajin"kata Datin Syuhaida.

Setelah sampai di rumah, Dato'Harun dan Datin Syuhaida memanggil Nazmi Untuk memberitahu bahawa mereka telah merisik Liesha untuk digandingkan dengan Nazmi.

"Naz, mummy dan daddy dah ada kata sepakat bahawa kami nak jodohkan kamu dengan Liesha. Kamu kenal kan? Anak Tan Sri Sulaiman yang telah tolong daddy kamu bangunkan syarikat itu semula."beritahu ibunya kepada Nazmi.

"Mummy!! Ape ni! Kenape Naz jadi mangsa nak kena kawin dengan perempuan sombong tu.? Ishh Naz taknak lah."bantah Nazmi.

"Habis, kalau bukan kamu nak kena kawin, takkan mummy pulak kena kawin? Agak-agaklah."marah ibunya pada Nazmi.

"Tapi kenapa kena kawin dengan perempuan tu mummy? Takda perempuan lain ke? Naz tak cinta dia lah mummy!"bentak si Nazmi kepada ibunya.

Ayah Nazmi pula mencelah"Naz, Tan Sri dah tolong melabur kat syarikat kita tau. Kena lah balas jasa mereka. Dah jangan degil. Buat je ape yang daddy suruh Naz buat."

"Masalahnye, nak ke Liesha kawin dengan Naz ni daddy. Dahlah sombong, berlagak pulak tu."alasan sering diungkapkan oleh Naz.

"Belum cuba, belum tau Naz"jawab ayahnya selamba lalu meninggalkan ruang tersebut. Tak ingin dia dengar alasan anaknya itu. Makin menjadi-jadi.

'Aduhai, kenape lah aku kena kahwin dengan perempuan tu. Matilanak lah aku lepas ni. Kalau tak kerana daddy berhutang budi dengan ayah dia, takde nye aku nak kahwin dengan dia tu.'

♛Mr. And Mrs. Ego♕Where stories live. Discover now