009

1.8K 284 35
                                    

Hari ke-16

Peperiksaan akhir tahun telahpun berakhir dan semua pelajar gembira bahawa mereka telah bebas daripada berjaga dari tidur hingga tiga hingga empat pagi untuk belajar.

" Yeah! It's time to party! " Jerit Haechan dengan gembira apabila mereka semua sedang berehat ketika waktu rehat. Yang lain semua menyuruhnya diam kerana dia sedang bising.

" So, apa pelan kita since exam dah habis... " Kata Jeno, memakan rotinya yang dia telah beli dari kantin sekolah.

" Jom kita pergi pantai! " Cadang Chenle dengan gembira. Beria sungguh dia nak ke pantai.

" Well, kita kena pelan juga sebelum ke pantai. Lagipun, none of us know how to drive. " Kata Renjun dan Chenle terus memuncung bibirnya dengan merajuk yang dikatakan comel oleh Jaemin.

" Apa guna Mark hyung jadi kawan kita.. " Kata Jisung dan Chenle setuju dengan pendapat Jisung. Mark sudah mempunyai lesen kereta maka, mereka bolehlah pergi ke pantai.

" Macam tu ya korang anggap Mark hyung..kesian dia nanti. " Kata Jaemin, kesian akan Mark. Mesti Mark merajuk kalau dia dengar nie.

" Kita dah ada pemandu but duit pulak? Siapa nak sponsor pulak? " Kata Haechan.

" Tak pa, duit semua Chenle handle-kan. " Kata Chenle dengan bangga yang membuat yang lain sorak.

" It's all set. Harap pelan kita ke pantai jadi. " Kata Jeno dan semua setuju.

" Ha, Jaemin apa kata kau ajak Jihae sekali... " Kata Haechan yang membuat Jaemin terkejut.

" Dia nak pi ka? Entah-entah dia tak nak. " Kata Jaemin, merasai keraguan untuk mengajak Jihae menyertai pelan mereka kerana Jihae seorang introvert dan rela meluangkan masa cutinya dengan membaca buku.

" Cuba ja lah. Mana tau dia nak spent time cuti dia dengan kau. " Kata Jeno, mula mengejek Jaemin tentang hubungan dia dengan Jihae dan Haechan serta sekali untuk mengejek Jaemin. Renjun pula merasa sedikit keseronokan kerana Jihae akan menyertai mereka dan ini mungkin peluang dia untuk rapat dengan Jihae.

" Okay okay, aku akan ajak dia. Just stop tersengih macam kera boleh tak? Tak elok kay... " Kata Jaemin untuk memberitahu Jeno dan Haechan suruh berhenti asyik mengejek dia.

" Kau ajak dia atau tak, aku bagitau eomma kau yang kau guna kad kredit dia untuk beli diamonds kat Free Fire. " Kata Haechan, mengugut Jaemin supaya dia ajak Jihae.

" Okay! Main ugut pula. Macam budak-budak. " Balas Jaemin dan Haechan tergelak besar. Tak sangka Jaemin begitu penakut.

Sekolah berakhir akhirnya setelah enam jam berada di sekolah dan semua pelajar pulang ke rumah mereka. Seperti biasa Jaemin akan berjalan balik rumah dengan Jihae.

Ketika itu, Jihae sedang bersembang dengan rakannya sementara menunggu ketibaan Jaemin di pagar sekolah kerana Jaemin sering berjalan keluar sekolah dengan rakan-rakannya sehingga ke pagar sekolah.

Apabila sampai ke pagar sekolah, rakan-rakan Jaemin menolak Jaemin ke Jihae dan memesan dia untuk ajak Jihae ke pelan mereka kalau tidak, Haechan akan bertindak.

" Well, aku balik dulu. Bye Dahee. " Ucap Jihae kepada rakannya apabila dia ternampak Jaemin telahpun sampai. Mereka berdua berjalan balik ke rumah Jihae.

Seperti biasa, mereka akan berborak tentang hari mereka kepada sesama sendiri, bagaimana Jihae tak boleh fokus ketika kelas Cik Do kerana terlalu bosan dan Jaemin dengan masalahnya asyik ditangkap oleh Encik Kim kerana sering meniru dalam kuiz mereka.

" Um, Hae, cuti nie Hae ada pelan tak? " Soal Jaemin, memberanikan diri untuk menyoal soalan itu. Jihae berhenti seketika untuk memikirkan jawapan.

" Nope. Hae tak ada apa-apa pelan cuti sekolah nie. Wae? Nana nak ajak keluar ka? " Soal Jihae kepada Jaemin pula.

" Ya, Nana dengan friends nak ajak Hae ke pantai, enjoy kat sana. It's okay pasal duit semua. Kawan Nana akan sponsor-kan. " Balas Jaemin.

" Sure tapi okay tak kalau Hae bawa sekali adik Hae? Eomma takkan bagi Hae keluar selagi Hae bawa sekali adik Hae. " Kata Jihae, menambahkan sedikit syarat kepada pelan mereka.

" Okay ja. Nanti Nana bagitau bila, pukul berapa and berapa hari kita akan ke pantai. " Kata Jaemin sebaik sahaja mereka berdua di depan rumah Jihae.

" Okay, jumpa esok? " Jaemin angguk kepalanya dan Jihae berlalu pergi masuk ke dalam rumahnya setelah mereka sampai. Jaemin sendiri tak tahu kenapa dia berasa gembira yang Jihae akan ke pantai dengannya.

to be continued...

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now