022

1.6K 246 29
                                    

" So, kamu tinggal di Lorong 24? "

" Yeah, kami baru pindah sini sebulan lepas. " Balas Renjun kepada soalan Puan Nam. Mereka semua; Jihae, Jaemin, Renjun, Puan Nam dan Jihoon sedang makan petang bersama.

" Ahh! Family Huang yang baru pindah tu ehh. Kenal kenal. " Kata Puan Nam dengan gembira. Seronok dapat berborak dengan Renjun.

Jihae manakala sedang beri Jihoon makan tapi dia tidak mahu dan mahu Jaemin beri dia makan.

" Tak nak noona bagi makan. Nak Daemin hyung bagi makan. " Kata Jihoon dengan comel.

" Tak pa, mai Nana bagi dia makan. " Kata Jaemin dan beri makan Jihoon yang gembira apabila Jaemin bagi dia makan. Jihae mampu jeling pada budak tu, mengada.

" Baguslah Jihae ada kawan yang boleh teman dia waktu cuti sekolah nie. Tak lah duduk main game ja kat rumah. "

" Eomma~ " Rungut Jihae dengan comel. Jaemin mengatakan comel dan Renjun cuma senyum sahaja. Jihoon pula terasa jijik bila Jihae buat comel.

" Sejak bapa dia meninggal dunia, dia bukan budak periang yang makcik kenal selalu dan menjadi lebih introvert daripada extrovert. " Kata Puan Nam, menceritakan tentang kisah kehidupan Jihae.

" Wow, Jihae seorang extrovert? Daebak! " Kata Jaemin dengan riang dan Jihae terasa malu apabila ibunya mendedahkan kehidupan lamanya kepada dua jejaka itu.

" Ya, dia jadi hyper bila bapa dia balik. Saya ingat lagi dia pernah terjatuh sebab dia beria-ia sangat bila bapa dia balik kerja. " Kata Puan Nam dan kedua-dua Renjun dan Jaemin tertawa manakala Jihae cuma menyembunyi dirinya dalam tangannya.

" Tapi dia jadi pendiam lepas bapa dia meninggal dunia. Saya terpaksa bagi dia berhenti sekolah untuk dua tahun sebab saya tak mampu nak bayar duit yuran sekolah dia. " Sambung Puan Nam lagi.

" Sepanjang tahun dia tak pi sekolah, dia duduk di rumah. Sama ada dia belajar, main game, cuba buat kerja rumah yang saya tak sempat nak buat atau jaga Jihoon. " Kata Puan Nam dan dua jejaka itu mampu angguk saja kepala mereka.

" Lepas saya dapat kerja yang mendapat gaji yang secukupnya, saya bagi Jihae masuk sekolah menengah hinggalah sekarang. Tapi, dia masih tak buka hati dia untuk berkawan dengan budak-budak lain di sekolah. " Puan Nam meneruskan perbicaraan tentang kehidupan Jihae.

" Saya rasa gembira yang dia dapat berkawan dengan kamu berdua. Terima kasih sebab jadi kawan dengan dia. " Kata Puan Nam dan mereka berdua kata terima kasih sebab mampu beri Jihae bersekolah semula.

" Who wants dessert? Ada kek coklat. " Kedua-dua adik-beradik Nam menjawab dengan riang dan pergi ambil kek tersebut.

" Korang nak juga tak? " Soal Jihae sebelum Jihae pergi. Mereka berdua berkata tidak, beri alasan bahawa mereka sudah kenyang.

" Suit yourself, nanti kalau minta, pergi ambil sendiri. " Kata Jihae dan terus pergi ambil. Renjun dan Jaemin cuma tertawa kecil dengan apa yang Jihae kata tadi.

" Thanks sebab tolong Jihae masak tadi. Korang berdua terbaik lah! " Kata Jihae dan peluk mereka berdua. Mereka berdua balas pelukan Jihae.

" No problem. "

" Nana banyak tolong Jihae kan tadi? "

" Hey, aku lah banyak tolong. Kata budak yang tak reti bezakan bawang putih dengan bawang merah. " Jihae tertawa melihat mereka berdua ini asyik bertengkar dari tadi. Aish, macam budak-budak ja diorang.

" But really, thanks sangat-sangat. Bukan sebab masak ja, untuk semua yang korang dah buat; jadi kawan Jihae dan juga bf Jihae. " Kata Jihae.

" Eomma cakap benda betul tadi. Jihae jadi pendiam lepas appa meninggal dunia. Jihae rasa terperangkap dan keseorangan bila mula sekolah haritu. And tak ada confident nak berkawan dengan sesiapa pun, takut nanti kena tikam dari belakang. " Kata Jihae lagi.

" Tapi lepas jumpa korang, terasa macam dunia kesunyian Jihae menjadi ceria seperti dulu balik. Thanks sangat-sangat. " Jihae berikan pelukan erat kepada mereka berdua. Lama juga dia peluk mereka.

" Well, korang patut balik. Nak malam dah. Bye. " Kata Jihae dan kedua-dua mereka melambai tangan kepada Jihae sehingga kelibat mereka berdua hilang dari premis rumah Jihae.

" She's a keeper. Kau rasa kau boleh kah nak teruskan challenge kau? " Soal Renjun kepada Jaemin apabila mereka lepak di taman yang berdekatan dengan kawasan perumahan tersebut.

" Aku sendiri tak tau, Injoon. Aku takut dia sakit hati kalau aku break dengan dia tapi aku juga tak nak kalah. Kau tau kan macam mana Haechan dengan Jeno nanti, asyik memerli aku ja. " Kata Jaemin, susah hati tentang cabaran mereka itu.

" Kalau aku dalam tempat kau sekarang, aku dah lama lupakan pasal challenge tu. Aku dengan hati terbuka terima seadanya, biar ja diorang perli aku. Aku balik dulu lah, pandai-pandai kau fikir. Kau kan ada lagi dua bulan, fikir masak-masak yea, wahai rakan ku. " Kata Renjun dan pulang ke rumahnya, meninggalkan Jaemin berseorangan.

💫

new update! dalam satu malam dah capai 25 votes 😂 aq x patut letak votes, haih. anyways, enjoy new update~

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now