»07

665 110 0
                                    

“ hannah berhenti berlari! nanti jatuh sayang! ”
Mingyu menjerit sedikit kuat sambil mengejar hannah yang sedang berlari. Mingyu tersenyum melihat Hannah yang juga tersenyum riang. Sungguh kebahagiaan anak perempuan Mingyu itu adalah kebahagiaan dia.

Namun senyuman Mingyu mati apabila Hannah melanggar seorang perempuan yang berjalan dengan langkah yang lemah longlai. Pantas kaki panjang Mingyu menuju kearah mereka.

“ cik. cik tak apa-apa ke? maafkan anak say-- jihyo? awak buat apa dekat sini? ”
Mingyu sedikit terkejut melihat Jihyo yang nampak tidak terurus. Perlahan kepalanya mendongak memandang Mingyu dan Hannah.

“ encik Kim? hannah? ”

“ unnie cantik! kenapa unnie nampak sedih je ni? ”
Ujar Hannah lurus. Iyalah, budak kan? Manalah dia reti menipu atau berbasa basi.  “ hannah, pergi main buaian dekat sana. hannah pandaikan? ”

Hannah mengangguk sebelum berlari menuju kearah buaian yang ditunjuk Mingyu. Mingyu pula kembali memandang Jihyo yang berada dihadapan nya. Pandangan mata mereka bertaut agak lama.

“ jom, duduk dekat bangku tu ”
Tanpa rasa teragak-agak, Mingyu mencapai tangan Jihyo lalu ditarik gadis itu kearah sebuah bangku.
“ jadi.. awak kenapa? ”
Soal Mingyu seraya mengambil tempat bersebelahan Jihyo.

“ saya kenapa apa? ”
Soal Jihyo semula. Cuba membuat lawak padahal hatinya sedang menangis. Mingyu berdecit sinis.
“ konon tak tahu. kenapa awak macam ni? tak terurus, nampak sedih ”

Jihyo menarik sedikit senyum.
“ risau juga ya awak pada saya ni? ”
Mingyu menjeling Jihyo apabila Jihyo seolah-olah perasan.
“ kalau orang lain pun, pasti akan risau tengok awak sekarang ni. risau ada orang gila kacau mereka nanti ”

Jihyo memuncungkan bibirnya apabila mendengar perlian dari lelaki pujaan hatinya itu. Mingyu tertawa melihat wajah masam Jihyo itu. Sejujurnya, hati lelakinya agak terusik. Dalam diam dia memuji kecomelan Jihyo sebelum kepala digelengkan beberapa kali.

“ jawab soalan saya, jihyo ”
Kata Mingyu lagi. Sungguh dia ingin tahu kenapa gadis yang selama ini nampak ceria, boleh berkeliaran ditaman dengan wajah yang betul-betul nampak kecewa dan tidak terurus.

Jihyo melepaskan keluhan berat sebelum dia membalas pandagan mata Mingyu yang memang dari tadi telah memandangnya.
“ saya ada masalah ditempat kerja. sebab tu saya macam ni ”
Jawab Jihyo dengan nada sayu.

“ masalah apa? janganlah pendam. awak perlu sekurang-kurangnya cerita masalah awak dekat seseorang ”
Nasihat Mingyu lembut. Entah apa demamnya sampai dia boleh memberi nasihat percuma kepada perempuan yang selama ini dia rasa kewujudannya merimaskan.

“ proposal yang saya buat, boss saya reject mentah-mentah. katanya proposal saya tu bukan idea yang segar dan tak akan laku ”
Mingyu hanya diam mendengar apa yang Jihyo katakan.
“ dan proposal musuh saya pula yang terpilih ”

Mingyu menahan senyum.
“ dah besar pun nak ada musuh bagai? awak betul-betul tak matang ”
Kata Mingyu tanpa rasa bersalah. Jihyo memandang Mingyu tajam. Sakit pula hatinya dengan lelaki tu.

“ eeee! awak tak akan faham! ”
Jihyo kemudian terus berdiri. Belum sempat dia melangkah pergi, pergelangan tangan nya dipegang Mingyu lembut. Tanpa dijangka, buat pertama kalinya Jihyo lihat Kim Mingyu tersenyum kepadanya.

“ life's always tough and rough. chin up and cheer up ”
Kata-kata yang mudah namun amat bermakna kepada Jihyo. Buat seketika, mereka kekal sebegitu. Membalas pandangan dengan rasa yang berbeza-beza.

♡♡♡

“ awak dan hannah kemana tadi, gyu? ”
Soal Roseanne saat melihat suaminya sudah menanggalkan baju untuk masuk kedalam bilik mandi.
“ saya bawak dia ke taman. dah lama tak pergi sana ”

Roseanne sekadar menganggukan kepala.
“ lain kali awak ikutlah kami sekali. macam berpiknik? kitakan dah lama tak keluar sekali ”
Sambung Mingyu lagi. Aktiviti menanggal pakaian nya terhenti sebentar.

Mata Mingyu fokus memandang Roseanne yang sedang sibuk dengan telefon nya diatas katil.
“ awak dengar tak apa saya cakap ni, roseanne?”
Soal Mingyu apabila Roseanne hanya diam.

“ ya saya dengar. tapi maaflah. saya sibuk. awak ajelah layan hannah tu ya ”
Tanpa rasa bersalah Roseanne membalas jawapan yang menunjukkan seakan-akan hannah itu hanya anak Mingyu seorang, bukan anak dia.

Dan jawapan Roseannd itu mendatangkan dengusan geram Mingyu. “sampai bila awak nak jadi macam ni, Rose? awak macam tak ada tanggungjawab. tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang isteri ”
Kata Mingyu, menahan perasaan bengang nya.

“ ceraikan saya, gyu. tak cukup teruk lagi ke perangai saya ni untuk buat awak lepaskan saya? ”
Nampaknya, soalan dibalas soalan. Pandagan mata Tajam Mingyu terus menikam pandangan mata tidak bersalah si isteri.

“ saya tak akan ceraikan awak. sebab nanti hannah akan terkesan. tolonglah, roseanne. berubah lah. mana awak yang dulu? ”

“ she's dead ”
Senang Roseanne menjawab sebelum dia kembali fokus kepada telefon nya. Mingyu tahu sangatlah apa yang sedang Roseanne lakukan didalam telefon dia tu. Pasti saja sedang berchatting dengan lelaki entah mana-mana.

Sungguh Kim Mingyu sudah penat dengan perangai isterinya itu yang makin hari makin teruk.
“ jihyo jauh beza dari roseanne. lagi baik dari roseanne dan layanan jihyo pada hannah pun mesra saja ”
Perlahan Mingyu berkata.

Senyuman nipis mula bergayut pada bibirnya yang terukir cantik. Bibir yang menjadi punca mata gadis yang bernama Jihyo itu tidak boleh berhenti memandang.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now