»08

696 109 9
                                    

Teh yang telah Jisoo sediakan, Jin hirup perlahan.Tangannya yang memegang sudu dan garfu menari di atas pinggan.Mee yang juga menjadi menu sarapan, lantas disuap kedalam mulut.

"Haaa Jihyo , duduk dulu makan baru pergi kerja."

Mata Jin mula tertumpu ke arah adik iparnya setelah mendengar suara isterinya memanggil jihyo.

" Haa?ok.Urmm , unnie mungkin hyo balik lambat sikit hari ini.Mungkin malam."

"Kenapa pula?"

Jin sudah mula membuka mulut.

"Ermm Hyo ada urusan hari ni."

"Jangan lewat sangat balik , tak baik gadis macam kamu balik lewat.Kalau perlu , oppa boleh tolong ambilkan."

"Ya , Hyo.Oppa boleh ambilkan hyo nanti."Jisoo yang tidak tahu niat sebenar suaminya itu senang senang sahaja menyokong.

"Ehh , tak perlu.Hyo dah besar , tak perlu risaukan hyo."

Jin yang mendengar mengetap gigi.Lepas peluangnya.

"Ermm okaylah.Hyo dah lambat. Bye unnie , oppa!"

Jisoo dan Jin hanya memandang pemergian jihyo.

♡ ♡ ♡

Mingyu yang menghantar Hannah ke sekolah itu melilau lilau matanya memandang sekeliling.Mencari sesuatu.Atau mungkin seseorang?

Hannah memandang hairan appanya.Sudah hampir tiba di hadapan kelas tapi kepala langsung tidak pandang ke depan.Jalan tak pandang depan! Nasib saja tadi tidak jatuh dalam longkang.

Semakin lama,semakin hampir mereka dengan pintu kelas.Dan ,

//papp//


Sudah Hannah jangkakan semua ini akan terjadi.Sengaja dia tak mahu beritahu Mingyu ada pintu di hadapan.Jadinya , belanggarlah kepala mingyu dengan pintu itu.

"Hannah ! Kenapa tak beritahu appa ada pintu ?"

"Haikk?Dah berapa kali appa hantar Hanna , baru sekarang appa perasan ke yang sebelum masuk ke kelas hanna , akan ada pintu dulu ?"

"Ehh sejak bila Hannah pandai jawab macam ni?"

"Hehehehe Hannah gurau lah appa.Hannah tengok appa macam sibuk cari sesuatu.Apa yang appa cari?"

"Erkkk appa cari unnie cantik Hannah.
Hannah ada nampak ? " Mingyu malas nak menipu takut Hannah akan ikut dia menipu bila besar nanti jadi dia berterus terang saja.

"Tak.Daehan pun tiada.Tak datang mungkin."

"Ouh okaylah.Dah pergi masuk.Belajar elok elok ye sayang appa."

Hannah melambaikantangan kecilnya ke arah mingyu. Kim Mingyu sekadar tersenyum kearah anaknya sebelum melangkah kembali menuju kearah keretanya.

Sesampai didalam kereta, Mingyu mengeluh perlahan. Mata masih melilau kearah kawasan sekolah.
" agak-agak, kenapa dia tak ada harini? "
Mingyu berkata seorang diri.

" eh? kau kenapa, gyu? time dia ada kau rasa rimas, ni dia tak ada kau tercari pula. nak kena sepak ke kau ni? "
Lagi sekali Mingyu membebel pada diri sendiri.

Akhirnya, setelah agak lama didalam kereta dan langsung tidak bergerak, Mingyu memulakan pemanduannya. Pasti sahaja ketempat kerjanya. Hari ini dia perlu ada semasa interview untuk jawatan kosong dipejabatnya.

Kim Mingyu itu cukup terkenal kerana dia seorang yang kacak dan bekerjaya. Bekerjaya tahap dia mempunyai syarikat dia sendiri. Namun, satu sahaja sudah lama tidak Mingyu rasai.

Iaitu kasih sayang dari isterinya.

♡♡♡

" selamat pagi, encik kim "
Ramah pekerja Mingyu menyapa. Setiap kali ditegur, Mingyu akan membalas dengan segaris senyuman saja.

" encik kim, sekarang ada seorang gadis dalam pejabat encik untuk interview tu "
Mingyu sekadar mengangguk sebelum terus memasuki pejabatnya. Langkah Mingyu terhenti apabila melihat susuk tubuh seseorang yang sangat dia kenali.

Gadis itu sedang duduk membelakanginya tapi dari segi gaya dan warna rambut, sudah Mingyu tahu siapa.
" Jihyo? "
Lantas Jihyo berpaling kearah Mingyu. Senyuman Jihyo mati untuk seketika.

" apa awak buat dekat sini? bukan ke awak dah ada kerja? elok pula tu kerja awak "
Soal Mingyu setelah dia duduk berhadapan Jihyo. Gadis itu tersenyum.
" saje. saya nak tukar kerja lah "

" takkan lah ni pasal proposal awak yang awak kata kena tolak tu? "
Soal Mingyu lagi. Sambil itu jemarinya menyelak-nyelak resume yang dibawa oleh Jihyo. Resume untuk mengandungi semua maklumat tentang diri Jihyo.

Maklumat peribadi mahupun bukan peribadi.

" bukan lah. cuma saya dah taknak kerja dekat situ. merimaskan "
Jawab Jihyo perlahan. Apabila mata Mingyu bertembung dengan matanya, segera Jihyo larikan pandangan.

Dan sikap Jihyo yang satu itu buatkan Mingyu berasa curiga dan dapat dia rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis dihadapannya itu.
" awak kenapa, jihyo? macam ada masalah saja. bagitahu lah saya "

Pujuk Mingyu, mengambil berat. Jihyo mengeluh perlahan sebelum membalas tatapan mata tajam Mingyu.
" bekas kekasih saya-- dia bekerja disitu semula. jadi, saya tak suka sebab dia kacau saya "

Akhirnya Jihyo membuka cerita. Sebelah kening Mingyu dibuat terangkat.
" oh? cakap saja lah awak dah ada teman baru. mesti dia berhenti ganggu awak "
Tenang Mingyu memberi cadangan.

" so, tak adalah awak sampai nak kena tukar tempat kerja bagai ni "
Sambung Mingyu lagi. Jihyo pantas menggelengkan kepalanya.
" saya dah cakap yang saya dah ada teman lelaki baru, tapi dia tak percaya "

Balasan Jihyo itu terus saja membuatkan otak Mingyu ligat memikirkan sesuatu. Dahi Jihyi berkerut apabila Mingyu tersenyum sinis kepadanya.

" easy. cakap saya teman lelaki awak. kita keluar makan bersama bila lunch supaya dia nampak yang awak betul-betul ada teman baru "
Jihyo terdiam mendengar rancangan Mingyu itu. Dalam diam dia berasa bahagia.

" tapi--kita tak boleh lama. sebab masa lunch saya akan jemput Hannah dan makan tengahari dengan isteri saya di rumah "
Terus kebahagiaan Jihyo mati mendengar Mingyu menyebut tentang isterinya.

" tak perlulah, encik Kim. saya pergi dulu. cakap saje lah awak sebenarnya taknak saya kerja disini, kan? "
Tanpa menunggu kata balas, terus saja Jihyo keluar dari pejabat Mingyu.

Mingyu dibuat mati kata. Batang hidungnya dipicit-picit perlahan.
" aku ada salah cakap ke? "
Soalnya sendiri.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now