BAB 7

2.3K 130 12
                                    

 "BWA BWAE BWAE." Ahza mengumam. 

 Pipinya yang tembam itu membuatkan Aliff geram lantas pipi itu dipicit-picit. Ahza membalasnya dengan tawa comelnya. Adam yang melihatnya merasa terganggu.

 "Fikir comel ke?" Soal Adam menyampah. Ahza dijelingnya sebelum kembali menghadap soalan matematik. 

 "Tahulah kau cemburu, alamakk.. Budak kecil ni kan lagi comel dan banyak peminat dari kau .." sampuk Afiq berbaur sindiran basa-basi. Ingin juga dia melihat muka cemberut Adam.

 "Mana ada! Tak kuasa aku nak cemburu dengan budak kecil ni." Nafi Adam. Bibir bawahnya digigit. 

 Memang dia sedikit rimas dengan kehadiran Ahza sejak mula lagi. Sejak Ahza 'melaburkan harta' di atas ribanya. Dan tak lupa juga ketika Ahza menyepaknya semasa memandikannya. Tanpa sedar, keluhan kecil terhembus dari bibir Adam. Sekarang pula masalahnya, semua mata-mata dalam kelasnya memerhatikan Ahza bagai ada artis di situ. Dia jadi tidak selesa.

 "Excuse me , untuk pengetahuan kauorang ni.. Budak kecil yang korang duk gelar dari tadi tu ada nama ya. Dan nama dia Ahza okey.. Ahza." Aliff mencelah di antara perbualan mereka berdua.

 "Yalah.. Nama dia Ahza." Afiq membalas lalu jarinya mencucuk pipi tembam Ahza.

  Waktu matapelajaran Matematik telah tiba apabila seorang wanita mula memasuki ke dalam kelas. Wanita itu ingin memulakan sesi mengajar tetapi perhatian anak muridnya tidak tertumpu kepadanya, malah kepada seorang bayi yang asing bagi dirinya. Dia mengeluh berat. 

 "Korang, sampai bila perhatian tu nak tumpu pada budak kecil tu. Saya nak mengajar ni." 

 Kata-katanya langsung tidak diendah membuatkan dia tersentak. 

 "Comelnya dia nih.."

 "Comelnya.."

 "Geramnya..."

 Guru itu sedikit geram lalu mengetuk mejanya dengan kuat. Semua pelajar di kelas itu mula memberi perhatian padanya. Dia memejam matanya kemudian membuka semula untuk mencari nafas yang baru.

 "Siapa budak nih?" Soalnya bernada tegas.

 "Ahza. Saya bawa dia." Pantas Aliff menjawab.

 "Kenapa awak bawa dia? Apa hubangan awak dengan dia?" Guru itu mulai curiga.

 "Dia anak saya." jawab Aliff selamba tanpa berfikir panjang.

 Pengakuan Aliff membuatkan guru itu ternganga. Keliru dengan jawapan Aliff. Adam yang mendengarnya merebahkan kepala ke meja dan menutup muka dengan buku. Afiq pula hanya menggelengkan kepala. Suasana kelas menjadi riuh. Semua mempersoalkan hubungan Aliff dan bayi di dalam dakapannya.

 "Serius lah. Kau ada anak?"

 "Watdehekk!"

 "Terbaiklah kau. Muda-muda dah ada anak."

 "Rilekslah. Kita baru 17 tahun. Hahaha.."

 Guru wanita itu memicit-micit dahinya. Dia sendiri tidak faham apa yang berlaku sekarang. Ingin saja dia datang kepada Aliff dan menghadiahkan penampar, tetapi niatnya ditahan. Takut juga apa telahannya tidak benar. 

 "Awak buat apa pada masa muda awak nih? Seriuslah dia anak awak?" Soal guru itu ragu-ragu.

 "Yalah kenapa?" Soal Aliff dengan dahi yang terjongket sebelah dengan memek muka yang tiada apa-apa salah.

 "Taklah cikgu. Aliff jumpa budak ni dekat depan rumah dia. Pastu dia jagalah budak ni.." Adam bersuara bagi meredakan suasana yang penuh dengan tanda tanya dan ingin membuang tanggapan buruk guru itu dan pelajar-pelajar lain.

Babysitter Tanpa Sengaja [H]Where stories live. Discover now