13

2.1K 232 1
                                    

Mereka sampai di sebuah bangunan. "Kita nak buat apa kat sini?" soal Hyeri sambil menganalisis bangunan itu

Taeyong hanya berdiam. Dia keluar dari kereta. Hueri yang tak tahu apa-apa hanya mengikuti langkah suaminya itu

Mereka masuk ke dalam lif. Taeyong menekan butang nombor 5. Hyeri hanya memerhati tingkah laku Taeyong

Pintu lif terbuka menandakan mereka sudah sampai di tempat yang dituju. Taeyong keluar meninggalkan Hyeri yang terpinga - pinga

Taeyong menoleh ke arah Hyeri. "Cepat la jalan tu" Hyeri terus berjalan ke Taeyong. Mereka menuju ke satu apartment

Taeyong membuka kunci pintu apartment itu. "Apartment siapa ni?" suara Hyeri mendatar. "Masuk jela" kata Taeyong sambil tersenyum. Hyeri menggeleng. "Taknak"

"Kau mesti nak jual aku kan?! Eom–" Hyeri hendak menjerit tetapi Taeyong menekup mulutnya. "Shuuuuuuuuuutttttt! Cuba diam" Taeyong melepaskan mulut Hyeri

"Heih.. Masuk jela dulu"

Hyeri berdecit tetapi akur dengan perintah Taeyong. "Cepat la cakap apartment siapa ni"

"Kita la"

"Kita?"

Taeyong mengangguk. Hyeri mengeluh sedikit dan melihat sekeliling. "Kenapa kau pilih yang mahal?" soalnya sambil memandang Taeyong

"Hm? Mana ada mahal" jawab Taeyong selamba. "Ye ke?" Taeyong mengangguk

"Jom sini" Taeyong menarik tangan Hyeri. Mereka berada dihadapan sebuah bilik

[Hyeri pov]

Taeyong menarik aku ke hadapan sebuah bilik. "Harap kau tak pengsan" ucap Taeyong sambil tersenyum. Aku memandangnya hairan

Dia membuka pintu bilik tersebut dengan luas. Banyak gambar-gambar aku dan Taeyong disusun di atas lantai

"Apa semua ni?" soal aku masih lagi hairan sambil menapak ke dalam bilik tersebut. "Aku buat semua ni... untuk bantu kau pulihkan ingatan kau"

Aku memandang Taeyong. "Aku nak kau ingat semula siapa aku dan apa hubungan kita sebelum ni" ucap Taeyong sambil bersandar dipintu

Aku memandang semua gambar yang berada di atas lantai itu. Satu persatu aku lihat. Dari gambar semasa kami kecil, hingga sekarang, semuanya ada

Aku mengambil gambar semasa kami kecil. "Ini..."

<<Flashback>>

"Yongyong ah"

"Hm?"

"Bila besar nanti, Yongyong nak tak kawin dengan Yeri?"

"Mestilah nak"

"Walaupun Yeri tak cantik?"

"Kenapa Yeri cakap Yeri tak cantik?"

"Sebab.. Kawan - kawan Yeri selalu cakap Yeri hodoh dan gemuk.."

"Jangan dengar apa yang diorang cakap, sebab Yeri tetap cantik kat mata Yongyong"

"Hehe"

<<End flashback>>

"Akh" aku memegang kepala ku. "Gwaenchana?" soal Taeyong. Aku mengangguk

Aku mengambil gambar seterusnya. Gambar aku yang  Taeyong ambil masa aku duduk di bawah pokok bunga sakura

<<Flashback>>

"Yeri ah pandang sini"

"um?"

Klik!

"Wahh areumdawo.."

"Yah.. Ape ni"

"Haha"

"Taeyong ah.."

"Hm?"

"Kalau satu hari nanti, if Yeri tak ingat Taeyong, apa yang Taeyong akan buat untuk bagi Yeri ingat pasal Taeyong?"

"Ish apa cakap macam tu.. "

"Jawab je la.. "

"Hm.. Taeyong akan cuba sedaya upaya untuk buat Yeri ingat kat Taeyong.. Tak kisah la apa cara sekali pun yang penting Yeri akan ingat Taeyong balik"

<<End flashback>>

Kepala aku makin sakit

"Hyeri ah gwaenchana?!" aku pegang tangan Taeyong

Semua memori mula bermain di fikiran aku

"Erh" aku memegang kepala aku

"Argh"

Semua kenangan tu meresap sekali gus dalam otak aku

<<Flashback>>

"Mana dia ni..."

"Heih.. Aku balik sendiri jela macam ni"

PIN PIN!!

"ARGH—"

SKREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETT

BUMM!!

<<end flashback>>

"Aku dah ingat semuanya" aku memandang Taeyong. "Aku dah ingat semuanya..."

"Syukurlah.." ucap Taeyong sepatah. "Kepala kau.. Sakit lagi?" soalnya. "Sikit.."

"Hm jom la kita balik rumah eomma" Taeyong membantu aku untuk bangun

[END POV]

"Eomma" laung Hyeri sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah. "Lambat balik.. Kamu berdua pergi mana?" soal Puan Lee

"Pergi apartment yang Taeyong baru beli" jawab Hyeri. "Apartment?" Hyeri mengangguk. "Bila fikir balik.. Takkan la nak duduk dengan eomma dan appa je.. Takut kami menyusahkan pulak nanti" terang Hyeri

"Hm.. Ape pulak menyusahkan.. Hm takpe la kalau macam tu.. Bila kamu berdua nak pindah situ?" soal Puan Lee. "Hujung minggu ni"

"Ye lah.."

"Eomma, appa.. Hyeri..." ucapannya tergantung. Puan dan Tuan Lee masing-masing memamdang Hyeri sedia untuk mendengar apa yang hendak dikatakan Hyeri

"Hyeri.. Dah ingat semua benda" ucap Hyeri sekali lafaz. "Betul ke??" soal Puan Lee sedikit terkejut. Hyeri mengangguk

"Syukurlah.." Puan Lee menghembus nafas lega

"Kami masuk tidur dulu ye, eomma.. Lagipun dah lewat ni" ucap Taeyong. "Geurae" Puan Lee hanya tersenyum

Taeyong dan Hyeri bangun lalu masuk ke bilik mereka

Tbc

Hallooooo maap lama menghilangggggg.. Rasanya buku ni dah bersawang kat library anda huehue bukan saje update lambat, idea tak selalu ada... Fhm? Heuheu dh papaii🙆🌸




Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now