48

1.6K 155 51
                                    

8.00am

Ring~ring~

Button hijau di tekan

"Hello Hyeri, Taeyong dah sedar"

"Kejap lagi aku sampai"

Panggilan ditamatkan dan dia segera bersiap. Hyeri menuruni tangga dengan laju

"Yeri nak pergi mana?" soal puan Lee yang keluar dari dapur. "Hospital" balas Hyeri sambil memakai kasut

"Buat apa? Bukan ke Yeri baru keluar semalam?" puan Lee pelik. "Yeri ada hal sekejap kat sana. Yeri pergi dulu" pipi puan Lee dicium sekilas

Hyeri memandu dengan laju menuju ke hospital. Hatinya berasa lega apabila Jeno memberitahunya yang Taeyong sudah sedar

Kereta diparkir dan Hyeri segera berlari ke wad yang menempatkan Taeyong

"Taeyong!" sapanya apabila dia masuk ke dalam wad. Air matanya mula bergenang di tubir mata

Jeno yang tadi bersembang dengan Taeyong bangun dan beredar dari situ

Hyeri segera berlari ke katil Taeyong dan memeluk kuat tubuh suaminya itu. Dia melepaskan tangisnya. Taeyong terkesima namun dia tersenyum segaris

Perlahan-lahan dia membalas pelukan Hyeri. Tangannya mengusap belakang badan isterinya itu

"Shhh shh janganlah nangis" pujuk Taeyong ingin menenangkan Hyeri. Tetapi makin kuat Hyeri menangis

Taeyong tergelak kecil. Dia membiarkan Hyeri menangis di dadanya sehingga Hyeri reda

Hyeri mengangkat muka memandang Taeyong apabila dia sudah tenang. Pandangan dialih pula ke perut Taeyong yang berbalut

Balutan itu diusap. Taeyong hanya memerhati sambil tersenyum

"Yeri mintak maaf sebab.. Yeri tak dapat nak jaga anak kita dengan baik.." ucap Hyeri sambil tersedu-sedan. Kepalanya diusap Taeyong

"Bukan salah Yeri.. Oppa yang salah. Sepatutnya oppa jaga Yeri dengan anak kita tapi.. oppa abaikan korang"

Hyeri menangis lagi tetapi tidak seperti tadi

Kedua tangan Taeyong memegang muka Hyeri. Ibu jari menghapus air mata. Pipi Hyeri dielus lembut

"Dah, jangan nangis. Pasal anak kita boleh usaha lagi, okay?" Hyeri mengangguk. Dia kembali memeluk tubuh Taeyong

Taeyong tersenyum. Dia sungguh rindukan Hyeri

skip

Tok tok

"Noona" panggil Jeno sambil mengetuk pintu bilik Minyoung

Dari semalam Minyoung tidak keluar bilik

"Noona, keluarlah makan. Kalau tak kesian kat diri, kesianlah kat anak dalam perut tu" pujuk Jeno

Senyap.

"Haih suka hati kau la" Jeno mula mengorak langkah ingin pergi tetapi bunyi kaca pecah dari dalam bilik menghentikan pergerakannya

"Minyoung?" panggilnya lagi. Tombol pintu dipulas tetapi dikunci dari dalam

"Minyoung jangan buat kerja bodoh!" dia sedaya upaya cuba membuka pintu itu

Badannya dihentak berkali-kali ke pintu. Hentakan ke-6 baru pintu terbuka

Terlihat Minyoung yang sedang duduk di atas lantai sambil memegang serpihan kaca. Hanya menunggu masa untuk dibenamkan ke kulit

"Minyoung!" Jeno segera merampas kaca tersebut dan dibuang ke tepi. Tangan Minyoung dipegang

"Apa kau buat ni?!" Minyoung tidak membalas dan hanya menangis

"Kau ingat dengan buat macam ni benda akan settle ke?" Jeno merenung Minyoung tajam

"Tolonglah Minyoung.. Jangan ambil jalan penyelesaian macam ni. Fikir pasal anak tu"

"Kau tak faham.. Kau tak faham macam mana sakitnya aku" balas Minyoung

"Ya, memang aku tak faham sebab aku takde kat tempat kau. Tapi tolong jangan buat tindakan bodoh"

Minyoung memandang Jeno

"Bukan ada orang kisah pun" Jeno meraup wajahnya

"Takde orang kisah? Habis aku? Papa? Mama? Kitorang ni buka sesiapa pada kau?" Minyoung diam. "Sejahat mana pun kau, seburuk mana pun kau, kau tetap kakak aku, Minyoung" Jeno menikam anak mata Minyoung

Dia bangun dan keluar dari bilik itu meninggalkan Minyoung yang kembali menangis

skip

Hyeri membantu Taeyong membersihkan diri. Dia membersihkan kawasan luka Taeyong

Hyeri menarik nafas sebelum memulakan kerjanya. "Boleh buat ke ni?" soal Taeyong yang perasan akan riak Hyeri

"Apa? Tak percaya Yeri ke?" Taeyong tergelak kecil. "Bukan tak percaya.. cuma Yeri nampak nervous. Cuci luka je pun" balas Taeyong

Hyeri menjelingnya. Dia mula menyapu kain basah itu di atas luka tetapi segera berhenti apabila Taeyong terjerit kesakitan

"Sorry sorry!"

"Slow-slow la sayang" Hyeri menjadi malu apabila Taeyong memanggilnya dengan nama panggilan itu. Dia menyambung semula kerjanya dengan lembut

Selesai memakaikan baju Taeyong, dia duduk di tepi suaminya

Hyeri merenung wajah Taeyong

"Kenapa pandang oppa macam tu?" Hyeri tersengih. "Rindu"

"BAHAHAHAHHAHAHAHAH arkk" Taeyong memegang perutnya. "Ha gelak lagi. Orang serious dia memain ha padanla" balas Hyeri

"Haha okay okay sorry" Taeyong menghabiskan sisa tawanya

Taeyong segera menarik pinggang Hyeri sehingga dia terduduk di ribanya

"Oppa pun rindu Yeri" bisik Taeyong di telinga Hyeri

"Ehem ehem" Hyeri segera bangun apabila doktor yang merawat Taeyong berdehem. "Mesra sungguh sampai saya masuk pun kamu tak perasan ya"

Taeyong tergelak manakala Hyeri menggosok tengkuknya kerana malu. Mukanya memerah

"So Taeyong, kalau takde apa esok awak dah boleh keluar" ucap doktor itu selepas dia memeriksa Taeyong. "Baiklah, terima kasih doktor"

"Sambunglah apa yang kamu buat tadi" ucap doktor itu sambil gelak dan beredar dari wad itu

Taeyong memandang Hyeri kemudian gelak semula

Hyeri memukul bahu Taeyong. Taeyong mengaduh sakit

"Oppa la ni! Hmph!"

Taeyong sambung gelak

tbc

sabar sabarrrrr

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now