43

1.5K 152 10
                                    

"Sekejap!"

Taeyong berlari anak mendapatkan pintu yang dari tadi diketuk tanpa henti

"Eomma"

"Apa yang lambat sangat kamu nak buka pintu ha?" suara Puan Junhee sedikit tinggi kerana geram. Taeyong menggosok tengkuknya

"Tak nak bagi eomma masuk ke?" Taeyong segera membuka pintu dengan luas

"Masuklah"

Puan Junhee menapak ke dalam sambil matanya memerhati sekeliling. Dia duduk di sofa berhadapan tv

"Eomma nak air? Tae buatkan" Taeyong sedia mengambil gelas

"Tak payah. Eomma dah minum sebelum datang sini" balas Puan Junhee. Gelas segera dikembalikan ke tempat asalnya

Taeyong mendekati ibunya. Dia duduk di sofa bertentangan

"Mana girlfriend kamu tu? Kata dah mengandung" ucap Puan Junhee tanpa memandang Taeyong. Taeyong sedikit terkejut

"Macam mana eomma tahu?"

"Eomma ada je upah orang tengok-tengokkan kamu. Kamu je tak tahu" selamba Puan Junhee

Sejurus itu, Minyoung keluar dari bilik dengan masih berpakaian tidur dan rambut serabai. Dia berjalan ke dapur

Gelas diambil dan air kosong dituang ke dalam gelas. Kemudian air itu diteguk laju

"Baru bangun? Sedar la diri dah nak jadi mak orang. Macam mana nak jadikan menantu macam ni?" sinis sindiran Puan Junhee

Taeyong hanya mendiamkan diri

"So aunty dah boleh terima Min jadi menantu aunty la ni?" soal Minyoung dengan teruja. "Tak ada maknanya aku nak terima kau. Perangai tak senonoh" Puan Junhee menjeling

Minyoung mencebik

"Kamu masih tak berbaik dengan Hyeri ke?" pandangannya dihalakan ke arah Taeyong. Taeyong menggeleng. Puan Junhee mengeluh

"Cuba la pujuk dia balik. Jangan biarkan. Dia tengah mengandung anak kamu tu" pesannya dan menjeling Minyoung

"Eomma balik dulu. Ingat, keluarga mertua kamu tak tahu pasal ni. Semua masalah ni Hyeri tanggung sendiri. Kalau diaorang tahu, memang habislah kamu" sambungnya dan dia keluar dari rumah Taeyong

Taeyong menghela nafas berat

"Oh so family Hyeri tak tahu pasal ni? Haha imagine if diaorang dapat tahu.. agak-agak apa yang akan jadi?" Minyoung gelak sinis

Taeyong hanya berdiam dan memandang Minyoung tajam

skip

"Datang~!"

Hyeri membuka pintu utama dan senyumnya melebar

"Eomma!" dia segera memeluk ibu mertuanya itu. "Aigoo rindunya eomma kat Yeriiii" Puan Junhee mengusap belakang Hyeri

"Masuklah" pelawa Hyeri selepas meleraikan pelukan

"Eomma duduk dulu, Hyeri buatkan air" arah Hyeri dan menunjukkan senyuman yang manis. Puan Junhee menurut dan mengambil tempat di sofa

Hyeri kembali ke ruang tamu dengan membawa secawan teh dan diletakkan di meja kecil berhadapan sofa

"Gomawo" Puan Junhee tersenyum dan menghirup sedikit teh itu

"Besar dah kandungan Yeri" dia mengusap perut Hyeri yang menampakkan bonjolan. Hyeri senyum

"Barang-barang baby dah beli?" Hyeri menggeleng. "Takpe, nanti eomma bawa Hyeri pergi beli ya?" Hyeri angguk

"Eomma teringin nak tengok kamu dan Taeyong bersama semula.." ucap Puan Junhee yang membuatkan Hyeri sedikit tersentak

Hyeri memandang ibu mertuanya pelik

"Eomma tahu apa yang jadi pada kamu berdua" Puan Junhee mencari anak mata Hyeri. "Maafkan Taeyong, sayang"

"Hati Yeri sakit lepas apa yang dia dah buat kat Yeri.. Dia curang, dan sekarang ni Minyoung dah mengandung. Tak mustahil itu anak dia juga.." luah Hyeri. Matanya berkaca

Puan Junhee menggenggam tangan Hyeri

"Kamu pasti itu anak Taeyong?" soalnya lembut sambil menatap anak mata menantunya itu

Hyeri terdiam. Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Dia percaya itu bukan anak Taeyong tetapi otaknya kerap mengatakan bahawa itu anak suaminya bersama perempuan itu

"Eomma.. Kalau betul anak dalam kandungan Minyoung tu anak Tae.. Biarlah Yeri yang undurkan diri" air mata laju menuruni pipi tetapi diseka oleh Puan Junhee

"Kamu tak boleh macam tu. Walau macam mana sekali pun, kamu kena fight demi anak kamu, demi rumahtangga kamu"

Pipi Hyeri dielus lembut. Hyeri segera memeluk tubuh Puan Junhee dan menangis di dalam dakapan wanita itu. Belakang badannya diusap lembut

skip

pak!

"Apa benda ni?"

Beberapa keping gambar dihempas ke atas meja oleh Jeno

"Mana kau dapat gambar-gambar ni?"

"Mana aku dapat tak penting. Yang penting sekarang ni apa yang kau dah buat?!" suara Jeno naik satu oktaf

Bahu Minyoung terhinjut. Tak pernah lagi adiknya tengking dia sebegini. Tahulah dia bahawa Jeno betul-betul marah

"Kau tahu tak dia ni siapa? Suami kepada kawan aku sendiri"

"Oh so Hyeri tu kawan kau la? Tch" Minyoung berdecit

Jeno meraup mukanya kasar

"Benda yang kau dah buat ni memalukan tahu tak. Kalau gambar ni sampai dekat tangan yang salah macam mana?"

"Papa dengan mama kan ada pengaruh besar kat seluruh dunia so buat apa nak risau" Minyoung menggulingkan matanya

"So you're telling me that money can solve everything?" Jeno memandang Minyoung tajam. "Aku tak sangka hati kau sebusuk ni. Sanggup kau rampas kebahagiaan orang lain kan?"

"Bukan salah aku. Lelaki tu sendiri yang datang kat aku nak buat macam mana" jawab Minyoung selamba. "Macam ni la, kau tak payah sibuk hal aku dan jangan kacau aku. Aku tahu apa yang aku buat" Minyoung mengambil beg tangannya dan keluar dari rumah itu

Jeno merengus geram

"Dasar tak sedar diri"

tbc

aku tau aku kejam sbb tak update bapak lama hehe saja wat korg tersiksa hahahahaha

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now