38

1.5K 157 6
                                    

TOK TOK TOK!!

"Hyeri? Ada apa ni?" soal Haechan yang masih dalam keadaan mamai

"Bawa aku ke hospital" ucap Hyeri dengan nada tergesa-gesa. "Hospital? Kenapa? Kau nak bersalin dah ke?" (soalan dia buat aku gelak)

"Ishhh kepala engko! Vernon accident la!" laung Hyeri

"Ha?!"

"cepat la pakai baju kita pergi hospital!"

"Okay okay!"

Skip

Hyeri berlari masuk ke ruang hospital. "Hyeri jangan lari! Ingat kandungan kau tu!" laung Haechan

"Nurse, kat mana bilik pesakit Hansol Vernon Choi?" soalnya kepada nurse yang bertugas di kaunter. "Pesakit kat dalam wad no96" balas nurse itu

"Kamsahamnida" ucap Hyeri dan sambung berlari. "Ya Ampunnnn dia ni memang tak fikir anak ke?" Haechan menepuk dahinya dan segera mengejar Hyeri

Hyeri merempuh masuk ke dalam wad Vernon. "Vernon!" dia mendekati katil dimana Vernon terlantar

Air mata mula membasahi pipinya. "Vernon ya... Bangun la... Jangan tinggalkan aku.. Hiks" esakan kecil keluar dari mulutnya

"Kita baru je jumpa balik.. Jangan la pergi.. Hiks" Haechan hanya menjadi pemerhati. Dia meletakkan tangannya di bahu Hyeri

"Jangan la macam ni Hyeri.. Aku pasti dia okay" Hyeri mengelap air matanya yang masih mengalir

Lama juga mereka berada di situ

"Jom balik" Hyeri menggeleng. "Tak nak. Aku nak tunggu kat sini sampai dia sedar"

Haechan mengeluh. "Jangan la macam ni.. Kau perlukan rehat juga" Hyeri masih berdegil. Keluhan dilepaskan sekali lagi dari mulut Haechan

"Okay, aku bagi kau stay sini. Pagi nanti aku datang balik" Hyeri mengangguk. Haechan mengusap rambut Hyeri dan keluar dari wad itu

Skip

Vernon mula membuka matanya kerana terasa sesuatu ditangannya

Matanya terpaku ke arah Hyeri yang tertidur duduk dengan berlapikkan lengan sebagai bantal. Dia cuba menyentuh kepala Hyeri tetapi Hyeri cepat tersedar

"Vernon.. Kau dah sedar!" Hyeri segera memeluk Vernon. Air matanya menitis lagi. Vernon terkaku. Perlahan-lahan dia membalas pelukan Hyeri. Bibirnya melakar senyuman kecil

"Hey, kenapa kau nangis ni?" soal Vernon setelah Hyeri melepaskan pelukannya. Hyeri menumbuk dada Vernon. "Aduh sakitlah! Asal ni?"

"Aku suruh tidur rumah Haechan kau tak nak! Tengok apa yang jadi!" nadanya sedikit marah. Vernon tergelak kecil

"Sikit je la ni. Aku dah sedar pun kan" balas Vernon. Hyeri mengelap air matanya kasar. Vernon memerhatikan wajah Hyeri

Mata sembab, hidung merah. Tapi dia tetap comel. Vernon tersenyum kecil

"Kau kenapa senyum-senyum?" soal Hyeri garang. "Laa senyum pun salah?" merajuk la tuu

Haechan masuk ke dalam wad Vernon. "Dah sedar" ucapnya sambil melangkah merapati mereka. "Nah" Haechan menghulurkan satu beg pakaian

Hyeri menyambut hulurannya sambil memandang Haechan pelik. "Aku tahu kau mesti nak jaga dia lagi en? So aku packed sikit baju kau supaya kau tak ulang-alik dari rumah ke sini" terang Haechan

"Gomawo"

"Okay lah, aku pergi dulu. Dah lambat ni. Bye" Haechan keluar dari wad itu

Langkahnya terhenti apabila dia ternampak Taeyong dan Miyoung masuk ke bilik doktor. Dia menunggu di situ sehingga mereka keluar

"Dalam perut kau tu, bukan anak aku kan?" jelas suara Taeyong yang sinis. Haechan mencuri dengar

"Apa you cakap ni? Ni anak you la!" balas Miyoung tidak berpuas hati. "Pasti? Setahu aku, aku tak buat apa-apa pun dengan kau lagi" Taeyong memandang Miyoung sinis

"Apa you merepek ni?"

Taeyong mendekatkan mukanya ke telinga Miyoung. "Jangan ingat, aku tak tahu apa yang kau buat selama ni"

Taeyong berjalan meninggalkan Miyoung

"Mengandung jugak" bisik Haechan sendirian

Skip

"Weh aku nak jajjangmyeon laaaa" rengek Vernon dan menolak mangkuk berisi bubur

"Tak boleh. Kau sakit kan? Buat cara sakit" tegas Hyeri. "Alaaaaa aku tak nak bubur ni. Dah la tak rasa apa" Hyeri menggeleng kepala

"Kalau kau makan bubur ni, aku belanja kau jajjangmyeon bila kau sihat nanti" sesi memujuk bermula

"Tak nak. Aku nak sekarang"

"Sebelum aku sumbat mangkuk ni dalam mulut kau, lebih baik kau makan" akhirnya Hyeri menggunakan ugutan. Vernon merengus

"Fine. Aku makan"

"Haii Vernon! Macam mana keadaan awak harini?" soal seorang nurse yang masuk membawa sedulang ubat

"Eh akak nurse.. Okay je" Vernon berubah menjadi gatal. Hyeri memandang mereka silih berganti. "Dia tak nak makan tadi nurse. Saya ugut nak sumbat mangkuk tu baru la dia makan" adu Hyeri kepada jururawat itu

Jururawat itu tergelak kecil. "Comel la akak nurse ni" puji Vernon secara terang-terangan. Manakala jururawat itu sudah tersipu malu

Hyeri menyekeh kepala Vernon. "Ingat sikit sakit tu. Tahu nak menggatal je" Vernon menjeling Hyeri


Tbc

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now