14:Ice breaking

32.1K 2K 361
                                    

"Baik, pada malam ini.. Kita akan buat ice breaking. Jadi, saya harap semua bersedia untuk sesi ini. "Ujar pengacara majlis. Sesi ini yang Hanin rasa berdebar sikit. Janganlah dia kena buat apa-apa.

"Baik, saya nak kamu semua duduk dalam unit masing-masing. Saya bilang sampai lima. Kalau lambat masuk kumpulan kita denda. Okey, kita mula. Satu... "

Semua ahli bergegas lari masuk dalam unit masing-masing.

"Lima... "

Tepat-tepat awatiff dan afina sampai dalam unit mereka. Kus semangat!

"Nampaknya... Malam ni kita tak payah denda sesiapa.. Bagus, Bagus. "

Pengacara majlis ni macam nak cari kesalahan orang je. Masing-masing sabar menanti acara seterusnya.

"Anin... Kau ketua. Kalau kena apa-apa, kami hantar kau. "Seloroh Afina. Hanin dah menjeling tajam.

"Ouh... Kalau ketua ja mesti semua kena naik atas lah? !"Marah Hanin sambil menjeling tajam ke arah mereka.

Mereka berdua tersengih lalu diam. "Janganlah marah.. Kak! "

"Siapa kakak korang hah?! Nak mintak penampar ke apa ni?! "

Hanin terusan menjeling dan memandang hadapan.

"Baik... Saya nak.. Semua unit berpecah. Dalam setiap unit bilang nombor satu sampai lima. Setiap orang mesti ada nombor. Mula sekarang! "Arah pengacara majlis.

Hanin mendapat nombor satu. Salah satu sebabnya, dia kena mula dulu sebab dia ketua. Ish! Asyik-asyik alasan yang sama.

"Masa untuk masuk kumpulan masing-masing.. "Ujar pengacara majlis lagi. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan pentas.

Sekali lagi, semua ahli berlari masuk ke dalam kumpulan masing-masing.

"Nombor satu... Mana nombor satu...? "Jerit Hanin. Dia tak boleh nak lari sangat sebab banyak sangat orang. Rasa sesak.

Tiba-tiba dia nampak Rizq melambai ke arahnya. Hanin menunjuj dirinya tanda adakah dia? Rizq mengangguk. Lega Hanin rasa.

"Awak nombor satu ke? "Soal Hanin untuk memastikan lagi. Melihat anggukan daripada Rizq, dia tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya dia satu kumpulan dengan suaminya. Rasa lega.

Terus muka Rizq berubah apabila asyikin dan Khalil satu kumpulan dengannya.

"Tak sangka Anin kumpulan satu jugak! "Ujar Khalil tiba-tiba. Hanin berpura-pura senyum. Dia tau Rizq dah tak senang duduk.

"Tak payah nak bermesra kat sinilah! "Marah Rizq apabila Khalil cuba-cuba untuk bermesra dengan Hanin.

"Yang kau sibuk pesal? Aku kat sini, Anin kat sini tak ke jodoh namanya tu? "Khalil makin cuba untuk menyalakan api Rizq. Dia tersenyum sinis.

Rizq dalam hati dah menyumpah. Jodoh tahi kau! Bini akulah bodoh!!! Gumam dia dalam hati.

Baru Rizq nak mula membalas. Asyikin menegur. "Dahlah you... Biarlah diorang.. Kan ke I kat sini! "

Naik berbulu telinga Hanin mendengar suara manja Asyikin. Meluatnya... Nak saja dia cilikan mulut perempuan tu! Woii laki akulah bongok..... Maki Hanin dalam hati.

Rizq tersenyum. Oh! Dengan Minah tu boleh pulak kau nak senyum.. Kalau dengan dia, dalam satu hari pun susah. Gumam Hanin dalam hati dengan perasaan sebal.

"Baiklah, semua dah masuk kumpulan masing-masing kan? So, saya nak dua orang perempuan yang kamu semua rasa paling cun dalam unit masing-masing untuk ke atas pentas. Saya nak kamu semua decide sekarang! "

Semua pelajar dah berbisik antara satu sama lain.

"You... I rasa I sesuailah kalau naik atas pentas. Kan, cikgu kata yang paling cun.. Okey tak kalau I naik? "Soal Asyikin dengan gaya yang paling gedik dan rasa menyampah bila tengok. Macam manalah.. Rizq boleh tahan.

"Boleh you... You kan paling cun kat sini.. "Jawab Rizq. Melayan betul jantan ni kan..

Khalil tersenyum sinis. "Kalau kau kata awek kau cun.. Bakal awek aku lagi cunlah.. Anin.. Anin naik pentas jugak ye? "

Hanin menggeleng.

"Fine! Kita tengok siapa yang lagu meletop atas tu.. Lagipun belum tahu lagi kan, cikgu nak buat apa?! "Kata Rizq berbaur cabaran.

Lagipun dia tahu, Hanin lagi cantik. Bakal awek? Berangan jelah.. Anin tu bini aku bodoh! Jerit Rizq dalam hati.

"Masing-masing rasanya dah tahu nak hantar siapa dah, kan? So, saya jemput awek cun naik ke pentas sekarang! "

Semua pelajar perempuan yang dirasakan paling cun melecun dijemput naik ke pentas. Adanya yang tersenyum malu, ada juga yang tersenyum bahagia. Bangga mungkin orang pilih mereka sebagai paling cun. Tetapi bagi Hanin, dia tidak rasa apa-apa.

"Okey.. Saya nak setiap orang menyebut perkataan 'bang-bang.... I kata jangan-janganlah.... ' dengan lenggok yang paling manja sekali dengan gaya masing-masing. "Arah pengacara majlis sambil membuat suara yang paling manja. Ramai pelajar yang sudah ketawa dengan lakonan tersebut. Rasa lawak sebab pengacara majlis kan lelaki.

"Kita mulakan dari hujung saya.. Sila perkenalakan diri sekali... "

Asyikin dengan bangganya menyambut mikrofon dan mula memperkenalkan diri.

"I rasa ramai kot yang kenal I. "Asyikin ketawa manja apabila mendengar siulan dari pelajar lelaki dan mereka berkata kenal. Dia rasa bangga dan teruja dalam satu masa.

"Kalau dah kenal.. I nak teruskan. Bang-bang... I kata jangan... Janganlah.... "Ujar Asyikin dengan suara yang dia rasakan paling manja dan menggoda. Dia tersenyum gedik apabila mendengar sesetengah pelajar lelaki berkata 'oh! I'm fall in love with her... '. Walaubagaimanapun, matanya tetap memandang si pujaan hati.

"Wow.. Gaya yang cukup hebat!! "Puji si pengacara majlis sebelum menjemput ahli yang kedua.

Hanin melangkah ke tengah pentas. Matanya tepat memandang ke hadapan. "Okey... Nama saya Hanin Sofea binti Zainal, boleh panggil saya Anin or kak Anin bagi adik-adik junior. Saya daripada kelas 5 Sains 1. Cukup dah kot sampai situ.. "

"Kak Anin... Cantikkk!! "Jerit pelajar-pelajar junior. Hanin tersenyum nipis. Hailah, adik-adik.

"Okey.. Saya mula ye... Bang-bang... I kata jangan..... Janganlah.... "Kata Hanin sambil matanya tepat memandang Rizq. Saja nak menguji Rizq. Kot-kot rasa tergugat. Dia nampak Rizq melarikan pandangannya. Hanin tersenyum mengejek.

"Gila... Cun!! "Jerit lagi pelajar di bawah pentas. Apa? Cair ke hati diorang semua. Rasanya biasa saja.

Apabila mendapat sambutan hangat begitu.. Asyikin dah rasa tergugat.

Setelah selesai semua... Hanin dinobatkan sebagai pemenang untuk acara itu kerana mendapat banyak perhatian dan sokongan.

Rizq dah terdiam. Dia tak nafikan yang suara Hanin tadi memang manja dan mencairkan hati lelakinya. Rasa tergugat juga dengan ancaman Khalil. Jadi, dia kena lebih bijak untuk mengambil hati Hanin sebelum terlepas ke tangan Khalil.

"Baik.. Selesai sudah, sesi ice breaking kita pda malam ini! Jadi semua pelajar boleh masuk ke khemah masing-masing untuk tidur.. "

Ramai yang meregangkan urat dahulu sebelum bangun berdiri. Semua pelajar bergerak ke khemah masing-masing untuk rehatkan diri..

Vote and comment, please.... 😉

Much love,

Peanut..

Jodohku,Classmate Ku?✅Onde as histórias ganham vida. Descobre agora