16:Saingan

31K 1.9K 50
                                    

Khalil tersenyum sinis sebaik sahaja dia selesai melakukan kawad kaki. Dia pasti, dia boleh menang. Apa sahaja yang dia inginkan pasti berhasil.

Sekarang tiba giliran PKBM untuk tampil menunjukkan kekuatan mereka dalam kawad kaki. Rizq menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.

"Guys... Aku harap korang buat betul-betul macam latihan yang kita buat. Ingat! PKBM tak pernah kalah. Kalau kita kalah, aku maybe tarik diri. Faham?! "Ucap Rizq dengan menggunakan suara yang kuat.

Terkejut wafi apabila Rizq mengatakan yang dia akan tarik diri dalam pertandingan itu. Biar betik?! Wafi bertekad yang dia akan lakukan yang sehabis baik.

"P. K. B. M tidak pernah gentar. Akan lakukan apa sahaja untuk memperoleh kemenangan!! "Sambut semua ahli PKBM. Sambutan itu memberi semangat kepada si ketua pelatun untuk menjalankan tugasnya.

"Baik! Persembahan yang amat dinanti-nantikan oleh kita. Unit yang mendapat johan pada setiap tahun. Unit yang telah banyak menyumbang nama kepada sekolah kita. Unit ini telah diketuai oleh saudara Rizq Haikal sebanyak 31 anggota termasuk ketua pelatun. Dipersembahkan... PKBM!!! "Laung si pengacara majlis.

Beserta laungan itu, banyak pelajar yang menjerit menyokong unit itu terutama sekali pelajar perempuan. Hanin menjeling adik-adik junior yang galak memerhati suaminya.

"Aku yakin min.. Mesti PKBM menang punya.. Setiap tahun takde siapa yang boleh lawan diorang. "Ujar adik junior itu kepada kawannya yang dipanggil min. "Tambah pula, ketua pelatun diorang tu handsome doe.. Tapi sayang... Dia dah ada girlfriend.. "Tambah dia lagi. Yang mulanya senyum teruja sekarang sudah masam mencuka sambil memuncungkan mulutnya ke depan.

Min menggosok belakang kawannya yang mungkin putus harapan itu. "Tapi... Itu bukan penghalang untuk aku terus sokong dia. Aku yakin diorang menang! "Ujarnya lagi.

Min menggeleng kepalanya. Hanin yang mendengar Agak cemburu apabila perkataan girlfriend yang disebut. Dia tahu itu Asyikin dan bukan dia. Maybe.. Keseluruhan pelajar sekolah ni tahu yang Rizq couple dengan Asyikin.

Hanin terus memandang hadapan. Malas dia nak mendengar lagi. Dia lihat Rizq gagah dalam memberi arahan kawad. Kadang Rizq ni boleh menjadi contoh untuk dia melatih ahli puteri islam.

Sokongan padu yang tidak henti-henti dari para pelajar membuatkan Rizq bangga dengan persembahan dilakukan. Dia tidak senyum dulu sebab keputusan pemenang nanti baru boleh membanggakan dirinya.

Seusai pertandingan kawad kaki pada tengah hari itu, semua pelajar dikehendaki makan dan solat dahulu sebelum keputusan diumumkan.

Rizq yang sudah berpeluh membuang topi yang dipakai, lalu dikibaskan di hadapan mukanya. Dia duduk di tepi longkang.

"Bro, serius ah kau nak tarik diri kalau kalah? "Soal wafi lalu melabuhkan punggung di tepi Rizq.

Rizq hanya mengangkat bahunya. Malas dia nak jawab. Itu sekadar untuk menaikkan semangat mereka sahaja.

Wafi kembali memandang hadapan apabila tiada balasan dari Rizq. Dia kehilangan kata.

Dia menepuk bahu Rizq lalu bangun. "Jom makan then kita pergi solat. Nanti lambat pulak! "Ajak Wafi.

Rizq mengeluh malas lalu bergerak ke dewan makan.

°°°

Kelihatan Isma terkedek-kedek lari ke arah Hanin. "Anin, anin, anin... "Panggil dia laju. Lagaknya macam orang lari beratus meter saja.

Hanin pelik. "Apalah kau ni? Boleh relax tak? "Tegur Hanin apabila Isma yang tersengih-sengih di hadapannya.

"Err... Sebenarnya... Aku nak cakap dengan wafi. Boleh tak, kau tolong bagitau dia kejap? "Ujar Isma sambil mengebil-ngebilkan matanya berkali-kali. Nak buat muka comel letteww..

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now