Bab 9

137 6 4
                                    

                    Dheiya melangkahkan kakinya menyusuri koridor bangunan itu. Tujuannya hanya satu iaitu mencari kondominium sepupu Aina untuk mengambil barang sahabatnya itu. Ini kerana sahabatnya itu sedang berada di kampung halaman menjenguk neneknya.

          Langkah dipercepatkan kerana dia tidak mahu lewat pulang ke rumah memandangkan hari sudah lewat malam. Laluan yang sunyi itu membuatkan kakinya melangkah lebih laju sambil mata melilau memandang sekeliling. Tiba-tiba suasana sunyi itu digantikan dengan bunyi muzik yang rancak dan suara-suara yang bergelak ketawa. Terbeliak matanya melihat keadaan kondominium yang tidak ubah seperti kelab malam.

          Telapak tangan kanan diangkat menutupi hidung dan mulut sebaik sahaja asap rokok menerjah deria baunya. Tanpa dia sangka seorang lelaki melihat dia dari jauh sambil mengukir senyum sinis. Matanya memandang tubuh Dheiya yang berbaju kurung.

          Lelaki itu mengorak langkah menghampiri Dheiya yang semakin menjauhi kawasan kondominiummya itu. Apabila tiba di tempat yang sedikit sunyi, tangannya menghalang laluan Dheiya. "Hi, beautiful." Senyum miang terpamer di hadapan mata Dheiya. Tubuhnya mula bergetar menahan rasa takut yang mula menyelubungi diri. Dia cuba melepaskan diri tetapi awal-awal lagi lelaki itu mengepungnya.

          "Lepaskan saya, encik," ujar Dheiya dengan suara yang sedikit terketar. Air mata mula bertakung di tubir mata. Namun lelaki itu hanya tersengih-sengih.

          "Lepaskan kau? Rugilah aku nanti. Apa kata kau ikut je aku. Kita boleh have fun." Tangan mula bergerak hendak menyentuh gadis di hadapannya.

          Dheiya mula cemas. Dengan kudrat yang ada dia menepis tangan lelaki itu. "Tolonglah, encik. Lepaskan saya," rayunya. Pipi sudah dibasahi air mata yang tidak henti-henti mengalir.

          Tanpa mempedulikan rayuan Dheiya dia cuba merangkul tubuh kecil itu. Dheiya yang sudah buntu terus menjerit meminta tolong. Tangan milik lelaki itu ditepis sedaya-upaya. Dia tidak rela diperlakukan seperti ini.

          "Tolong!" Dirinya yang sudah terduduk bersandarkan dinding terus-terusan menjerit meminta pertolongan. Mata dipejam rapat sambil tangan bekerja menghalang lelaki itu daripada menyentuhnya.

          "Hoi! Apa kau buat?!" Terdengar sahaja suara lantang itu Dheiya terus mengangkat wajah. Mata yang tadinya terpejam rapat kini terbuka ingin melihat siapakah yang menolongnya. Hampir berhenti degupan jantungnya apabila gerangan itu ialah bosnya.

          Lelaki tadi memandang Tengku Ezrique. "Kau apa hal? Nak jadi hero? Berambuslah sebab dia ni aku punya. Aku dah rasa dah perempuan ni. Kau cari lain je lah." Terangkat hujung bibirnya. Mengoyak senyum sinis. Jemarinya mengelus lembut pipi Dheiya yang basah.

          Bergerak rahang Tengku Ezrique mendengar kata-kata dari lelaki itu. Tidak menunggu lama dia maju ke hadapan dan melayangkan penumbuk di pipi lelaki playboy itu. Bukan dia tidak tahu siapa lelaki itu. Syed Haikal. Setiap hujung minggu ada saja aktiviti haram yang dibuatnya. Oleh kerana malas mencampuri hal orang lain dia membiarkan sahaja lelaki itu. Tetapi sekarang ia melibatkan pekerjanya dan dia tidak ada alasan lagi untuk berkompromi.

          Syed Haikal yang jatuh tersungkur dipandang tajam. Belum sempat lelaki itu bangun penumbuk Tengku Ezrique sudah mendarat di pipinya. Darah yang mengalir dikesat. Tapak kasut Tengku Ezrique yang mendarat di atas perutnya menghalang dia untuk bangun. "Sekali lagi kau buat kacau dekat sini nahas kau aku kerjakan. Aku takkan teragak-agak call pejabat agama untuk serang kegiatan haram kau ni," tegas Tengku Ezrique memberi amaran. Perut Syed Haikal ditekan kuat dengan kakinya kemudian dia bergerak menghampiri Dheiya yang sudah teresak-esak menangis.

          Tubuh Dheiya didirikan dan air mata di pipi milik gadis itu dikesat dengan ibu jarinya. Kemudian pinggang gadis itu dipaut apabila melihat keadaan Dheiya yang lemah. "Kau ikut aku." Tanpa membantah Dheiya menurut.

          Syed Haikal yang terbaring hanya melihat mereka berjalan meninggalkan kawasan kondominiumnya. Sesaat kemudian dia disapa oleh kawannya, Johan. "Kau apa hal, bro? Siapa lelaki yang belasah kau tu?" Matanya turut melihat pasangan yang melewati koridor.

          "Tak silap aku nama dia Tengku Ezrique. Jahanam betul jantan tu. Kalau tak dah lama aku dapat awek cun tadi tu," ucap Syed Haikal tidak berpuas hati. Sekali-sekala dia meringis kesakitan.

          Johan sudah tersenyum jahat. "Aku tahu macam mana nak balas dendam."

Cinta Hati Tengku Mata KelabuWhere stories live. Discover now