Tengku Ezrique Khuzairi.... Lelaki yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis di luar sana. Namun hatinya tidak tertarik dengan semua itu. Akibat ditipu dan dipermainkan oleh seorang wanita, hatinya terus menjadi beku. Serik mahu bercinta lagi. Tetapi semenjak kehadiran seorang gadis yang sedikit sebanyak menggetarkan jiwanya membuatkan dia tidak tentu arah, hatinya tidak keruan. Dialah Dheiya Clarissa.... Dheiya Clarissa.... Hatinya seperti batu permata. Cantik, berkilau, menawan tetapi keras dan mahal. Tiada seorang pun yang pernah memegang gelaran 'Kekasih kepada Dheiya Clarissa'. Semua ini kerana dia tidak mahu menanggung rasa sakit apabila dipermainkan oleh lelaki seperti apa yang telah terjadi pada sahabatnya. Tetapi bila 'Tengku mata kelabu' muncul, hidup Dheiya seperti berpusing 360 darjah. Bila berdekatan, hatinya dilanda ribut taufan. Bila menatap mata kelabu milik lelaki itu, hatinya bergetar hebat bagai dipalu. Dialah Tengku Ezrique Khuzairi... Satu kejadian telah menimpa mereka yang menyebabkan terjalinnya ikatan suami isteri. "Encik tahu tak yang dia ni sebenarnya gay?!" "What?!" Namun, perkahwinan itu terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain lebih-lebih lagi Diana iaitu kakak kepada Dheiya yang membencinya sejak pemergian kedua orang tua mereka. Bukan perkahwinan namanya jika tiada rintangan dan dugaan yang melanda. Disaat hati mula merasakan kehangatan cinta, mereka diuji. Kemunculan 'Cik Opera Cina' dan Lily Clara yang cuba meraih perhatian Tengku Ezrique menjadikan semuanya kacau-bilau. Kepercayaan yang Dheiya taburkan buat sang suami semakin hilang. Tengku Ezrique pula resah bila sang bidadari semakin menjauhkan diri.