03 > Bersebab

10.4K 630 27
                                    

i will not accept the reality of our story ”

———












AROMA tomyam yang dimasak oleh mak Tam membuatkan perut Iffat menjerit kelaparan . Mak Tam yang sedang bertukus lumus menyediakan hidangan itu diperhati lama.

" Mak Tam tak penat ke hari-hari masak , adik kesian tengok mak Tam . Adik nak tolong tapi takut hancur pula dapur ni nanti " Iffat bermain-main dengan hujung rambutnya.

Mak Tam tersenyum memandang ke arah Iffat yang sedang duduk di atas kerusi di kaunter dapur sambil memandang ke arahnya.

" Bila tengok Iffat dengan Shah makan rasa penat mak Tam terus hilang, yang ada cuma rasa senang hati saja bila tengok kamu berdua gembira " hati Iffat tersentuh.

" Dari dulu mak Tam jaga adik , layan kerenah adik, masak untuk adik . You're the best lah mak Tam! " Mak Tam menggelengkan kepalanya.

Sudah masak dengan perangai dan kerenah Iffat . Mak Tam berlalu ke belakang untuk mengambil kuali di dalam stor dan meninggalkan Iffat sendiri .

" Mak Tam mana toilet? " bahu Iffat dicuit membuatkan Iffat menoleh ke belakang.

" Aw-awak nampak saya ni macam mak Tam ke? " soal Iffat gagap membuatkan lelaki tadi ketawa kecil.

" Lah , Iffat rupanya! " Iffat menggulingkan bola matanya. Ada ke patut dia yang cantik dan ramping itu di samakan dengan mak tam.

" Dekat mana toilet? Tak pasal-pasal terlepas dekat sini nanti , awak juga yang susah nak kena lap " Iffat membuat mimik muka geli dengan percakapan yang tidak bertapis lelaki itu. Kalau bocor dekat situ kau lap lah sendiri.

Selesai sahaja membuang , Han keluar dari toilet. Dia mendapati Iffat masih lagi duduk di kaunter dapur dan setia menemani mak Tam yang sedang memasak hidangan untuk makan tengah hari.

" Hai,  tengok saja ke? Takkan tak tolong mak Tam? Anak dara apa duduk melangut je ni? " Iffat kemam bibir menahan geram.

Nak dibalas takut termakan dengan kata-kata sendiri. Nak jujur? Mesti kena kutuk kaw-kaw punya.

" Why do you bother? "

" Ke sebenarnya kau tak reti masak? " tebaknya .

Wajah Iffat berona merah . Memang itupun Hakikatnya! Dia memang tak reti nak masak, tak reti nak buat kerja rumah. Semuanya bergantung kepada mak Tam .

" Han , lamanya kau membuang " Irshah masuk ke dalam dapur dan menghampiri Han yang bersandar pada kaunter dapur dan disebelahnya terdapat Iffat yang sedang menundukkan wajahnya.

" Han , she's my sister " Kata Irshah dan memberi renungan tajam dengan penuh maksud yang tersirat.

" Ya, i know. Saja kacau dia " Balas Han selamba. Matanya masih lagi memerhatikan Iffat yang memandang ke arah lain.

" Kalau kau nak tahu, dia memang tak pandai masak , nak kemas rumah apatah lagi " Kata-kata Irshah yang tiba-tiba itu membuatkan Iffat memandang tajam ke arahnya.

" Iffat " panggil Irshah dan melangkah menghampiri Iffat.

" Stop! Jangan dekat! Abang dengan mama sama je! " Bicara Iffat dingin dan berlalu pergi. Bahu Irshah dirempuh kasar oleh Iffat .

" Bro , kau kenapa nak malukan dia? She's your sister and kau tak perlu bagitahu semua tu dekat aku. Dia pun ada perasaan juga Shah , dia juga manusia biasa " Han menegur perbuatan Sahabatnya.

" You don't know what happened to her , ada sebab kenapa aku buat dia macam tu " Irshah tersandar lemah pada dinding.

" Aku cuma nakkan yang terbaik untuk dia Han " Irshah tersenyum kelat.















To Be Continued,

Next update :
30 vote 30 comment

Agak-agak kenapa Irshah buat macam tu dekat Iffat? 😶

2.0 | Jangan Sakiti Aku ✔Where stories live. Discover now