P 2

200 22 2
                                    

    Setelah tiba di rumah Iman, kelihatan rumahnya kosong sahaja.

   "Rudy, awak kata Mak Cik Aisyah tunggu kita tadi. Ni rumah saya macam tak ada orang je" kata Iman.

   "Alah. Rasanya Mak cik Aisyah tu dalam tandas kut. Dah jom masuk" jawab Rudy sambil tersenyum.

   Tiba tiba selepas Iman masuk, kawan kawan pun mengucapkan selamat pulang.

   "Selemat pulang Iman!" ucap mereka serentak. Iman terkejut dan berasa teharu.

   "Korang semua buat ni untuk saya?" tanya Iman.

   "Eh. Ini semua rancangan Rudy. Dia rancang nak buat majlis ni sempena kepulangan kau" jawab Heidi.

   Pipi Iman mula merah mendengarkan jawapan itu. Rudy hanya senyum sambil tertunduk malu. Selepas itu mereka pun memotong kek. Kek itu dibuat oleh Mishal dan Raudhah sebelum Iman pulang. Selesai saja majlis itu mereka yang lain meminta untuk pulang. Yang tinggal hanya Mishal, Khai, Rudy dan Heidi. Mereka mahu mengemas. Mereka juga ingin berbincang tentang tempat yang sesuai untuk berkhemah bersama Iman. Ini di rumah Iman lebih tenang.

   "So which place we want to go?" tanya Heidi. Masing masing mereka sedang berfikir tempat yang sesuai.

   "Apa kata kita pergi Gunung Jerai?" cadang Mishal.

    "Eh Mishal, gunung tu bukan orang kata penempatan bunian ke? Bahayalah pergi sana" jawab Khai.

   "Alaa aku teringin la nak rasa pengalaman berkhemah kat sana" kata Mishal.

   Rudy yang tadi hanya mendiamkan diri mula bersuara.

   "Baiklah. Kita pergi sana. Kita boleh selesaikan sekali tugasan yang Cik Hanie bagi tentang tempat bersejarah di Malaysia. Keputusan aku muktamad" jawab Rudy. Dia terus bangun dan pergi. Dia pergi mencari Iman.

10 minit kemudian

   "Iman! Mana kau?" panggil Rudy dengan nada suara lembut.

   Rudy jika bersama Iman dia pasti bersifat ramah dan soft spoken. Tapi bila bersama kawan kawannya dia seorang yang tegas, agak kasar dan baik. Setelah beberapa minit dia mencari Iman akhirnya Rudy terfikir satu tempat yang Iman selalu pergi.

   "Iman, jumpa pun awak. Masih tak boleh lupa hal tu?" tanya Rudy.

   "Ya. Kalau lah masa tu saya halang Kak Ahlaiah semua tu takkan jadi. Begitu juga Femida" cerita Iman sambil menangis.

   Air matanya mula mengalir. Iman menangis sambil menyembamkan mukanya pada bahu Rudy. Basah sedikit baju Rudy.

   "Dah la Iman. Semua tu takdir Allah. Kak Ahlaiah dan Femida dah tenang kat sana" kata Rudy sambil mengelap air mata Iman dengan sapu tangannya.

   Seketika itu Mishal, Khai dan Heidi meminta diri untuk pergi kerana masing masing ada kerja yang harus dilakukan. Iman pun mengiringi kawan kawannya hingga ke pintu.

   "Iman saya pun ada kerja ni. Saya balik dulu ya. Kalau ada apa apa telefon saja saya ya?" kata Rudy.

   "Baiklah abang Ru... Eh Rudy. Maaf" kata Iman sambil pipinya merah.

   Dia kemudian cepat cepat menutup pintu dan pergi ke biliknya. Rudy pun pergi dari rumah Iman. Sebelum pulang dia pergi ke sebuab cafe yang tidak jauh dari kawasan perumahannya. Sewaktu menuju ke kafe itu dia masih berfikir tentang apa yang dikatakan Iman tadi. 'Iman panggil aku abang Rudy. Iman suka aku juga ke?' getus hatinya. Tiba tiba Rudy hampir saja terlanggar sebuah kereta. Mujur dia tersedar dari lamunannya dan sempat mengelak kereta itu.

   "Alhamdulillah. Nasib tak arwah aku. Kalau tak..." kata Rudy.

   Setelah tiba di kafe itu, dia memakir motosikalnya di tempat yang disediakan. Dia kemudian masuk ke kafe itu dan memesan mee ayam dan milo ais. Sementara menunggu makanannya dia mengeluarkan sekeping gambar dari dompetnya. Kelihatan sepasang suami isteri bersama seorang bayi dan budak lelaki berada dalam gambar itu. 'Ayahkanda, Rudy rindu Ayahkanda. Kenapa Tuhan ambil Ayahkanda awal sangat? Kenapa? Bila Rudy boleh jumpa Ayahkanda?' getus hati Rudy. Air matanya mengalir deras.
Tak lama selepas itu seorang pelayan perempuan datang membawa makanan dan minuman yang dipesan oleh Rudy tadi. Pelayan perempuan itu perasan Rudy sedang menangis. Dia tahu Rudy sedang menangis kerana melihat gambar itu lagi.

   "Rudy.. Nah ambil sapu tangan Kak Laila. Jangan sedih lagi. Ayahkanda mesti sedih sekarang tengok Rudy macam ni. Rudy kena kuat untuk ayah Rudy" pujuk Kak Laila.

   Rudy pun mengambil sapu tangan itu dan mengelap air matanya. Rudy lalu menjamah makanannya. Setelah habis makan dia membayar bil makan dan minumnya di kaunter dan terus menaiki motosikal menuju ke rumah.

Pengembaraan KitaWhere stories live. Discover now