bab 2

2.4K 100 18
                                    

"Kita kene bepecah cari suri."kata muaz.

"Tak,kita tak boleh berpecah.takut akan jadi benda yang sama.baik kita cari sama-sama."kata aniq.

"Betul tu."kata hani pula.

Muaz mendengus geram sudahlah kekasih hatinya iaitu suri dalam bahaya.

"Ialah jom kita cari."muaz mengalah.

-----------------------------------------

Di alam sana.

"Arghh!"suri menjerit sakit.badannya berasa sengal dan perit.kepalanya juga sakit.sudahlah kakinya berdarah akibat dicengkam kuat.makhluk apalah yang seret dia sampai di sini.

Suri menoleh kiri dan kanan.tiada siapa-siapa di situ.

Suri menggagahkan tangannya memegang pokok untuk berdiri dan mencari kawannya.

Tetapi gagal. Dia jatuh kembali.suri mengalirkan air matanya.

"Ha..ni.."

Lalu dia pengsan.

------------------------------------------

Di alam realiti

"Ha..ni.."

Hani tersentak.dia mendengar suatu suara yang amat dia kenali.

"Suri.."

Hani dapat rasakan yang suri di sorokkan oleh makhluk halus.sudahlah hutan ini keras.

30 minit berlalu..

"Suri!"

"Suri mana awak!"

"Surii!"

Suri tersedar.dia mendengar ada suara kawan-kawannya memanggilnya.suara itu sangat dekat dengannya.tetapi suri langsung tidak nampak kelibat kawannya.

"To..longgg."tersekat-sekat suri bersuara.

"To..long"samar-samar sahaja suara suri di telinga hani.terasa macam dekat je.

"Aniq cuba kau azan.mana tahu kita jumpa suri."arah hani.

Habis sahaja azan.suara suri mula kedengaran jelas.

"Hani!"panggil suri dengan kuat.

Tadi dia ada dengar aniq azan.kuatlah juga.tapi dia langsung tak nampak kelibat aniq.lepas habis je azan tu baru suri nampak kelibat rakan-rakannya lalu memanggil mereka.

"Suri!"hani mendekati suara yang didengari tadi.

Rupa-rupanya suri terselindung daripada pokok besar.Tadi hani ada juga mencari suri di sana,tetapi tiada pula.selepas azan yang dilaung oleh aniq baru suri kelihatan.

"Hani..tolong aku."suri bersuara dalam tangisan.

"Weh korang suri ada kat sini!"kata hani.

Semua terkocoh-kocoh mendekati hani.

"Suri!"muaz mendekati suri.

Hani mengambil sapu tangannya.dia melilit,membaluti bahagian kaki suri yang tidak henti-henti mengalirkan darah.

Semasa melilit kaki suri,hani sempat membaca ayat kursi dan diurut-urut bahagian kaki suri bagi menghilangkan rasa sakit.

Suri mengelap matanya dengan lengan bajunya.

"Suri saya harap awak boleh tahan.kita akan berehat dahulu sebelum cari siti."kata hani.

"Apa?!hani tak t-tak takut ke.dah malam ni.lagipun suri t-tengah sakit.jomlah kita balik.suri t-takut lah.k-kita b-balik ya?nanti kita buatlah aduan polis."kata suri terketar-ketar.

Hani mengeluh."okay kita balik."kata hani lemah.dia risau akan keselamatan siti tetapi dia juga risau akan keselamatan kawan-kawannya yang lain.sudahlah suri tercedera.hailah nasib.

"Jom hani tolong papah suri."kata hani.

"Weh korang jom lah balik dulu"kata hani.

"Jom!"jawab mereka serentak.mereka pun dalam keadaan takut sekarang ni.sudahlah dalam hutan.malam-malam pula tu.gelap saja.

Dekat setengah jam diorang berjalan.tetapi tidak dapat-dapat keluar dari hutan tersebut.

"Aku rasa kita sesat lah"kata mika.

Kalau korang perasan,mikaeel sorang je ber'aku kau'.okay sambung balik cerita dia.

Suri mula menggigil ketakutan."hani....aku..takut.."kata suri.

"Suri jangan takut,lagi kita takut lagi dia suka.kita kena kuat.kita kena hilangkan rasa takut kat diri kita.jangan bagi rasa takut menguasai kita,sebaliknya kita berlindung dengan ayat suci al-quran."nasihat hani lembut.

Aniq bersuara."aah,aku pun rasa kita dah sesat."aniq mula ber'aku kau'dengan rakan-rakannya. rasa stress menyelubunginya.

Okay author rasa nak guna ber'aku kau' pula.nanti author akan tukarkan 'awak saya' kepada 'aku kau' mulai bab 3 dan bab seterusnya.harap semua okay.jangannn marahhh.

Suri tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.dia menangis teresak-esak.

"Hani..m-macam mana ni"kata suri dengan sedunya.

Hani berdiam diri.dia buntu.dia hanya mampu berdoa dan memohon pertolongan dari Allah sahaja.semua ini dirancang oleh Allah.mungkin ini adalah ujian buat mereka semua.mungkin juga ada hikmah disebaliknya.semuanya terserah kepada Allah.

Diorang tidak berhenti mencari jalan pulang.akhirnya mereka kembali tempat mereka tadi.seakan-akan ada benda yang menghalang mereka untuk pulang.

Mika mengeluh.dia sudah penat dengan semua ni.ibu bapanya mesti risau akannya.terutama sekali adiknya yang kurang upaya.dia rindu akan adiknya itu.

Dah setengah jam mereka mencari jalan keluar tetapi masih tidak menjumpainya.sudahlah siti hilang entah kemana.

"Hani.."

Hani tersentak.itu bukan ke suara siti.dimana dia.hani rasa siti mahu pertolongan darinya.hani rasa seakan-akan dapat berkomunikasi dengan siti walaupun siti tiada di hadapanya.

'Siti dimana kau'kata hani,hani membaca ayat-ayat yang tertentu untuk berkomunikasi dengan siti melalui fikirannya dengan izin-Nya yang satu itu.

'Tolong aku hani..aku...takut'

'Kau kat mana siti?'

'Aku..aku tak tahu..tolong aku hani.aku..takut..'

'Okay.sekarang ni bagi gambaran tempat kau berada.'

'Macam..macam rumah usang.tempat ni luas.aku kena kurung weh..bilik tingkap ni ada satu je dan tingkap ni terkunci macam tak nak bagi aku keluar...aku tengok luar tingkap semua hutan..aku takut we..tolong aku...'

'Okay kau bawa bertenang.nanti aku beritahu kawan yang lain..'

'Cepat tau hani.aku takut.'

'Okay..kau tunggu tau.ha lagi satu..macam mana kau boleh ada kat situ.'

Tiada balasan dari siti.

Talian komunikasinya dengan siti seakan terputus disitu.seakan-akan ada benda yang mengacau mereka dari berkomunikasi dengan lebih lagi.

Hani terdiam.

"Korang."panggil hani.

Semua berpaling menghadap hani.

"Apa?"jawab mereka serentak.

"Kita ada misi."














Hutan  ✔ Where stories live. Discover now