bab 3

2.1K 87 4
                                    


"Mana lah si hani ni tak balik lagi.dah lewat malam ni."kata puan halina iaitu ibu hani dengan nada risau.

Puan halina mengambil wuduk lalu menunaikan solat hajat.dia berasa risau kepada anaknya.dia hanya mampu berdoa dan meminta pertolongan dari Allah.

"Ya Allah aku memohon kepada Mu.Kau lindungilah anakku. sesungguhnya Enkaulah tempat kami berlindung.
.jauhilah perkara seperti anasir-anasir jahat daripada keluargaku.aku memohon kepadamu Ya Allah.Engkau perkenankanlah doa sang ibu kepada anaknya.Ya Allah."doa sang ibu beserta tangisan.dia takut kehilangan orang yang tersayang buat kali ke 2.

Guruh mendentum.kilat menyambar.hujan turun dengan lebatnya.

"Ibu..."kata hani.dia berasa rindu akan ibunya.

Hani dan kawan-kawannya berlindung di salah satu pokok yang sesuai untuk berteduh.

Hani sempat membaca ayat pendinding dan salah satunya surah Yaasiin ayat ke-9.'wa ja'alnā mim baini aidīhim saddaw wa min khalfihim saddan fa'agsyaināhum fahum lā yubsirūn(a)' yang bermaksud 'Dan kami jadikan di hadapan mereka sekat (dinding)dan di belakang mereka juga sekat,dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.'

Mereka pun berteduh.tetapi yang peliknya,hujan tak kena pun pada mereka.seakan akan ada dinding yang menghalang supaya tidah membasahi mereka.Hebatnya kuasa Allah.

Mereka juga sempat memohon pertolongan-Nya supaya melindungi hamba-hambanya dikala mereka dalam kesusahan.

Doa semasa hujan itu kan mustajab.

Mereka membuat keputusan supaya berehat sebentar.

"Nah air"hani memberi suri bekalan airnya setelah dia minum.

"Terima kasih."kata suri.

"Macam mana luka kau tu"kata hani.

"Alhamdulillah dah tak sakit."kata suri sambil tersenyum manis.

"Meh aku tengok"kata hani sambil membuka kain yang membaluti kakinya.

"MasyaAllah luka tu dah hilang lah suri,parut pun tak de."kata hani tersenyum lebar.hebatnya kuasa Allah.dia tersenyum syukur.

"Alhamdulillah."kata suri dengan senyuman yang ceria.

"Weh korang kita nak buat apani"kata aniq.

"Ingat misi kita kena selesaikan"kata hani.dia sudah memberitahu kepada kawan-kawanya bahawa siti bercakap dengan izin-Nya melalui fikiran.
Mereka juga faham.kadang-kadang dia berasa kagum dengan hani kerana dia ada keistimewaanya tersendiri.

Mereka mengangguk.diorang cuba untuk membuang rasa takut dan menggantikan dengan keberanian.hani banyak kali berpesan kepada mereka benda yang sama iaitu berani dan jangan perasaan takut menguasai kita.

Mereka tidak putus-putus memohon pertolongan dari Allah supaya diberi pentunjuk.

Hujan sudah berhenti.langit dipandang sepi.hanya bintang yang menjadi perhiasan langit dikala malam.

"Jom korang,kita pergi cari siti"kata hani.

"Jom"kata mereka serentak.

Liar sahaja mata memandang kelibat rumah usang yang dikatakan siti.

Tiba-tiba..

"Arggggggghhhh"

Mika menjerit.

Semua terkejut lalu mencari jeritan yang didengari tadi.

"Mika.."kata aniq lalu mendekati mikaeel yang terduduk membelakanginya itu.

Hani,suri dan muaz juga turut mendekati mika.

Aniq memegang bahu dan memusingkan mika ke arahnya.

"Mika..kau kenapa.."kata aniq.

"Pergi kau dari sini!ni tempat aku!"jerit mika.

Aniq terduduk.

Muka mika pucat dan matanya putih.urat-urat mika juga timbul.seakan-akan kena rasuk.

Mika menyerang aniq.

Aniq terkejut."tolongggg!"jerit aniq.

Mika masih menyerang aniq.badan aniq dicakar-cakar sehingga berdarah.

Hani dan lain sudah kelam kabut.

"Muaz,pergi tarik mika tu."arah hani.

Tanpa berlengah lagi muaz mendekati mika lalu menariknya.dia memegang mika kuat.tapi apakah daya mika lepas dari pegangannya itu.mika terus menyerang muaz pula.

Aniq pula sedang memgang kesan cakaran yang dicakar oleh mika tadi.sakit.

Muaz menyebut kalimah Allah.
"Ya Allah,Allahuakhbar!!!!"

Mika menggulupur.

"Muaz cepat pengang dia!jangan bagi dia terlepas!"arah hani lagi.

Suri pula hanya menjadi pemerhati.dia hanya mampu memohon pertolongan Allah sahaja.

Hani duduk di belakang mika. lalu membaca surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.diikuti ayatulkursi dan surah Al-Falaq.

"Aku berlidung kepada Tuhan yang menguasai subuh.Daripada kejahatan makhluk-Nya.Dan daripada kejahatan malam apabila gelap gelita.Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki!"
Hani membaca maksud surah Al-Falaq dengan kuat dan menepuk kuat di belakang mika.

"Arggggghhhhhhhh"mika menjerit.

Lalu mika pengsan.

"Alhamdulillah."muaz mengucap syukur.

Hani juga mengucap syukur kerana dia dapat mengeluarkan syaitan itu dari badan mika.dia sebenarnya belum lagi belajar cara-cara untuk menyembuhkan kerasukan dalam badan orang tetapi dia cuba,dan dengan izin Allah,boleh juga.

Mika masih tidak sedarkan diri.

Aniq mengambil air meneral dan memabaca sedikit ayat al-quran lalu direnjiskan dimuka mika.

Mika membuka mata perlahan-lahan.badannya berasa sengal-sengal dan terasa lemah.

"Kau okay tak?"soal muaz.

"Apa dah jadi?"kata mika pula.

"Kau kena rasuk."kata aniq.

"Eh?betul ke?"tanya mika lagi.

"Eh!tak lah..ishhhh!betullah!"kata muaz pula geram.

"Hehehehe.sorry."

Muaz mendekati aniq.dia membaca ayat untuk penyembuhan serta ayat-ayat suci al-quran yang lain dan menghembuskan di tangannga lalu menggosok dibahagian luka aniq.

"Arggh!"aniq menjerit.

"Tahan sikit."kata muaz pula.

Aniq mengetap gigi menahan sakit dan berzikir di dalam hati.

Dengan izin Allah sakit tersebut berkurangan dan kesan cakaran itu lama lelamaan surut.

"Alhamdulillah."muaz menyucap syukur.

Semua disitu terasa penat dan lelah kembali akibat kejadiaan tersebut.semua kembali duduk di bawah pokok.

Tiba-tiba kaki hani ditarik kuat.
"Allah!"

"Hani!!!"







Hutan  ✔ Where stories live. Discover now