BAB 16

3.5K 171 5
                                    

"Faiq, saya nak kita jumpa esok dan berbincang lebih lanjut tentang masa depan kita nanti." Aku cuba memberanikan diri untuk berkata-kata. Lama juga otak aku mengambil masa untuk menyusun atur ayat sebelum menuturkannya. Takut salah cakap pulak. Aku tak nak Faiq terasa dengan kata-kata aku.

"Dah lama baru nak bincang? Kau tau tak sekarang ni aku ada pengganti lebih baik dari kau. Perempuan ni pun jauh lebih cantik dari kau dan paling penting perangai dia lebih bagus dari kau. Sekarang kau boleh pergi dengan lelaki kau yang cintakan sangat tu. Aku dengan perempuan ni akan bernikah tak lama lagi," ucap Faiq sambil memperkenalkan seorang perempuan yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. Perempuan itu macam aku kenal.

"Apa ni? Awak tau tak yang saya sanggup buat keputusan untuk tidak memilih Hilman tapi ini yang awak balas? Awak memang dari dulu kan suka mempermainkan perasaan saya!" Air mataku sudah tak dapat diseka lagi. Pedihnya hati tak dapat diungkapkan.

"Kau tu sombong sangat, kau fikir kau bagus sangat ke sampai semua orang tergila-gilakan kau? Dahlah Nabihah jom balik." Balasan jawapan daripada Faiq cukup melukakan hati aku.

"Faiq, tolonglah jangan buat saya macam ni, tolong jangan kahwin dengan perempuan tu," rayuku tanpa segan silu di hadapannya dan perempuan yang merupakan bakal isterinya.

"Esha! Esha! Esha!" Suara milik Ryana begitu hampir di telingaku. Tiba-tiba aku dapat rasakan sebuah penampar hinggap di pipi. Rasa berbahang pipiku. Mataku terbuka luas merenung tajam wajah Ryana.

"Sakitlah woi!" Aku memegang pipiku yang masih rasa sakit.

"Hang dah kenapa? Mabuk ka, dok panggil Faiq! Faiq! Faiq! Tolonglah bising kut. Jangan-jangan hang rindukan dia kan sebab tu hang tidur pun boleh termimpikan Faiq kan." Ryana sudah mengukirkan senyuman mengejek.

"Mana ada aku mimpikan Faiq. Nabihah mana?" soal aku sekadar menukar topik.

"Nabihah dah balik, Faiq kirim salam dekat hang. Dia mohon sangat janganlah hang block nombor dia. Dia nak bincang dengan hang cara baik. Eh, hang sebenarnya mimpi apa tadi?"

"Aku mimpi yang...."

"Hang mimpikan yang Faiq ada perempuan lain kan?" Ryana masih dengan senyuman mengejeknya.

"Macam mana hang boleh tau?" Mulut aku terlopong mendengar jawapan dari Ryana. Ya Allah, malunya kenapa aku boleh mimpikan mamat tu!

"Hang mengigau tadi, aku dah lama dok perhatikan hang. Itulah senja macam ni hang membuta buat apa bukannya nak pi solat ka," bebel Ryana.

"Aku tak boleh solatlah, uzur. Hang dengar semuanya ke tadi?"

"Aku dengar semuanya. Aku dah agak yang hang masih cinta Faiq kan? Itulah hang ego sangat terimalah dia tu, dia tu setia orangnya. Hang takkan menyesal punya. Nasib tu mimpi aje kalau betul-betul macam mana? Aku rasa terus hang dah lari balik kampung sambil nangis," ejek Ryana sambil tertawa yang tak terhenti. Suka sangat nampak.

"Diamlah, aku nak naik ataslah. Menyesal tidur dekat sofa ni kan dah ada 'mak cik bawang' dengar aku punya igauan tu." Aku segera mendaki anak tangga untuk naik ke bilik dan membiarkan Ryana yang masih tak putus ketawa. Apa yang kelakar sangat tak taulah.

Masuk sahaja ke dalam bilik aku terus merebahkan tubuh di atas katil. Tanganku laju menyeluk poket seluar mengambil telefon bimbit. Skrin telefon aku tenung lama sambil berfikir.

Nak telefon ke tak nak? Nak tak nak? Nak tak nak? Ala... telefon ajelah. Pantas jari aku menekan bahagian panggilan. Tak lama kemudian aku dapat mendengar suara serak dalam talian.

"Assalamualaikum."

"Walaikumussalam," balas aku sedikit tergagap. Terus lupa nak cakap apa.

"Akhirnya kau dah unblock aku, sekarang boleh aku tau jawapan dari kau?" Belum sempat aku nak bercakap Faiq nak minta jawapan. Kalaulah Faiq tau, nak dapatkan jawapan ni lagi susah dari nak dapatkan jawapan untuk soalan matematik tambahan semasa di sekolah dulu. Pening kepala dibuatnya.

"Saya nak jumpa awak untuk berbincang tentang ini tapi bukan sekarang esok mahupun lusa. Saya nak kita jumpa minggu depan dekat Restoran Tomyam yang baru buka tu. Masa tu saya akan bagi jawapan pada awak. Bagi saya masa untuk fikir masak-masak. Awak tau kan kahwin ni bukannya mudah, nak pikul tanggungjawab baru lagi."

"Aku faham, aku harap kau dapat bagi jawapan yang menyenangkan hati aku nanti. Kau pernah dengar tak penantian adalah sebuah penyeksaan jadi aku nak sangat penantian aku tu berbaloi." Jawapan dari Faiq seolah-olah terlalu berharap. Ya Allah, takutnya aku tak nak hampakan perasaan sesiapa.

"Saya pun harap sangat awak jangan terlalu berharap dengan saya. Saya tak nak awak kecewa." Aku cuba memancing perasaannya. Agak-agak apa reaksi dia?

"Walau apa pun terjadi saya tetap akan kahwin dengan awak, muktamad." Suara milik Faiq berubah menjadi tegas lalu talian terus dimatikan. Amboi marah sangat nampaknya. Tak sabarnya nak jumpa dia minggu depan.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora