BAB 7

3.9K 296 9
                                    

Cikgu Alaika memang gila!

"Awak memang tak ada kerja lain ya,cikgu Alaika? Datang tempat berlecak dengan pakaian yang macam ni. Siap berkasut tumit tinggi lagi." Kata Najwan dengan nada suara yang sedikit meninggi.

Murid-murid yang sedang fokus menjalani latihan pun boleh hilang fokus apabila mendengar suara guru mereka. Semua daripada mereka mula memandang ke arah cikgu Najwan dan Alaika. Alahai perkara memalukan apa yang kau tengah buat ini?

Alaika mengetap bibir. Kan dia sudah cakap, kedua-dua guru lelaki ini sama sahaja. Dua kali lima.

Pandangan Cikgu Alaika tidak lagi berada di atas wajah Cikgu Najwan .
Tidak berani rasanya hendak bertentangan mata lagi.

Najwan bawa Alaika keluar dari kawasan padang. Jarak dari tengah padang agak jauh memandangkan sekolah mereka memiliki padang yang luas. Mereka berjalan beriringan untuk keluar dari situ dengan keterpaksaan menyeberangi padang yang sungguh berlecak. Lebat betul hujan semalam.

"Maaf pasal tadi." Lembut suara itu mengutarakan kata maaf. Alaika agak terkejut dengan kata maaf yang tiba-tiba keluar dari mulut Najwan. Alaika terus melihat wajah cikgu Najwan dan memberikan senyuman kepada guru lelaki itu.

"Tak ada apalah. Salah saya sebenarnya." Ujar Alaika. Dia sudah dapat melupakan hal tadi walaupun dia sempat menangis dalam hati.

"Memang pun." Erk! Baru tadi minta maaf kan?

Alaika ikut senyum bila melihat cikgu Najwan senyum nipis tetapi tidak memandang dirinya. Mereka pantas berjalan untuk keluar dari padang.

"Hm, kotornya!" Alaika merungut bila kasut tumit tinggi berwarna biru tua kegemarannya sudah dikotori oleh lecak. Dia terus memeriksa beg tangannya kalau-kalau ada tisu untuk dia mengelap kesan kotoran.

"Nah." Najwan menghulurkan sapu tangan miliknya. Pada mulanya Alaika agak terpingga tetapi selepas itu dia segera menolak.

Takkanlah sapu tangan yang bersih itu mahu dikotori oleh lecak pulak?

"Tak perlulah. Saya boleh bersihkan guna air kat paip sana." Lagi-lagi Alaika menolak. Tak sanggup rasanya nak mencemarkan sapu tangan tersebut.

"Kalau awak tak nak lap, saya lapkan." Cakap Najwan selamba dan mula merendahkan dirinya. Alaika dah membulatkan mata, segera dia ikut perlakuaan Cikgu Najwan.

"Tanggalkan kasut." Arah Cikgu Najwan. Tangannya sudah bersedia untuk mengelap kasut tumit tinggi tersebut.

"Tak apa. Saya boleh buat sendiri." Jawab Alaika. Dia cuba untuk mengambil sapu tangan daripada tangan cikgu Najwan namun pantas sekali cikgu Najwan menyorokkannya. Sejujurnya memanglah cikgu Alaika suka apabila cikgu Najwan bersikap kelakian seperti ini tetapi Alaika berasa amat malu dan tak sanggup!

"Tanggalkan, saya nak lap." Keras dan tegas. Terpaksalah Alaika mengalah.

Alaika memerhatikan seraut wajah milik cikgu Najwan di sebelahnya. Selepas perebutan kasut dan sapu tangan tadi mereka memilih untuk duduk di bangku yang memang tersedia di kawasan sekolah itu.

Rasanya keputusan untuk menyeberangi lecak di padang adalah keputusan yang baik. Kalau Alaika tidak bersikap berani seperti tadi pasti dia tidak dapat melihat sisi lain cikgu Najwan. Ya, yang kuat memaksa!

Kalau diikutkan, banyak yang Alaika ingin bualkan dengan cikgu Najwan. Tetapi dia tidak tahu dari mana dia patut mulakan.

Dari makanan kegemaran? Minuman kegemaran? Warna kegemaran atau hobi yang cikgu Najwan lakukan pada waktu lapang?

"Kenapa pilih bidang perguruan? Sedangkan sebelum ni awak ada kerja yang lebih baik." Cikgu Najwan mula membuka bicara. Dia pandang cikgu Alaika sekejap sebelum meneruskan membersih kasut tumit tinggi di tangannya.

"Emm. . . Sebab saya minat. Dari kecil lagi saya nak jadi cikgu dan saya sukakan suasana sekolah yang meriah. Kerja ofis ni penat. Asyik duduk je." Beritahunya jujur.

"Cikgu Najwan pulak, kenapa jadi cikgu?"

Najwan tidak terus menjawab soalan tersebut. Dia fokus membersihkan kasut tumit tinggi itu lagi. Bila dia rasakan cukup puas hati melihat kasut tumit tinggi itu, dia serahkannya kepada Alaika dan mengambil satu lagi kasut tumit tinggi.

"Sebab permintaan daripada arwah ayah saya. Arwah ayah memang nak sangat saya jadi cikgu sama macam dia. Sebab tu saya jadi cikgu." Tenang sahaja nada suara cikgu Najwan. Tiada langsung riak kesedihan pada wajah itu. Mungkin cikgu Najwan sudah dapat menerima kepergiaan ayah tercinta.

Sedang Alaika mendengar cerita cikgu Najwan dengan tekun tiba-tiba cikgu Najwan memandang dirinya. Alaika yang memang setia memandang terus mengalihkan pandangan. Segan!

"Arwah ayah jadi cikgu kat sini juga. Ibu jumpa arwah ayah pun kat sini." Najwan menguntum senyuman buat jantung Alaika berdegup lebih pantas. Salur darah seakan mengembang sehingga naik ke permukaan wajah. Agak-agak merah tak wajah cikgu Alaika sekarang?

"Dan saya rasa ada hikmah kenapa saya jadi cikgu hari ni."

Semakin hangat wajah cikgu Alaika. Apa maksud di sebalik kata-kata tersebut. Patut atau tidak dia bertanya kepada cikgu Najwan? Macam mana jika cikgu Najwan katakan dia kuat perasaan? Mesti malu!

Alaika NajwanWhere stories live. Discover now