✨4-LIPAS✨

1.5K 183 14
                                    


Air mata mula mengalir.Dadaku sebak,pelbagai perasaan bercampur,sedih,geram,risau.Fikiranku kusut.
Aku rasa,hampir semua memori ingatanku hilang,kalau tidak kenapa aku boleh lupa bagaimana aku boleh ada disini.

Adakah ini cuma khayalan?
Atau disebabkan kuasa magik?

Ah,merepek.

Aku segera mengelap air mataku.Tiba2 baru aku perasan gelang berwarna biru cair di tanganku.

Bila masa aku beli gelang ni?Aku mula pelik."Takkan gelang ni yang buat aku ada kat sini?" Aku tertanya sendiri.

Ah merepek! Takkan gelang biasa macamni ada kuasa magik?
Sedarlah hyemin,ni bukan cerita dogeng eh!

Aku menongkat dagu kembali. "Aduh lama betul,sampai bila aku nak duduk dalam ni hm" aku mengeluh.

Tiba2 kakiku terasa geli,seperti ada benda kecil hinggap di kaki.Awalnya aku hanya membiarkan,mungkin tersentuh hujung baju atau seluar kot,aku menyedapkan hati.

Namun lama kelamaan benda tersebut bergerak dan naik hingga ke paras lutut,seperti ada haiwan kecil hinggap.

Akibat gelap,aku terpegang binatang tersebut untuk tengok binatang apa sebenarnya.

Kaki tajam,
Ada sesunggut,
Badan keras,
Jap ni macam...

OHMYGOD LIPAS!!!

Aku menjerit akibat terkejut dan pantas membaling lipas jauh dariku.Aku segera menolak pintu almari untuk keluar.

Segala bulu tangan meremang,geli terpegang lipas tersebut.Eww jijiknya!

Aku menoleh kebelakang.Tanpa kusedar,rupanya semua sedang memandang aku dengan muka tercengang.

Aku pandang jaemin,dia menepuk dahinya sambil menggeleng.

"Sorry bro aku tak sengaja" aku tersengih kecil.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

[Mark Pov]

Aku segera menarik renjun masuk ke bilik dan terus mengunci pintu.Muka renjun jelas menunjukkan dia terkejut dan terpinga pinga.

Aduh mampuih gue macamana nak bagitau dia ni!

"Hyung siapa perempuan ni?Bila masa dia masuk?Perempuan mana korang bawak balik ni?Dia n-"

"Ok jap kau bertenang dulu.Jangan kuatkan suara nanti yang lain dengar", aku menekup mulutnya supaya dia diam.Selepas semuanya mula reda,aku menurunkan tanganku dari mulut renjun.

Aku menceritakan segala yang berlaku dari awal agar renjun tidak salah faham.

Ddaeng ni kalau satu dorm tau ni mahu jadi makin huru hara!

"Biar betul?habistu macamana korang nak bawak diani keluar?" Renjun bertanya sambil melihat hyemin.

"Biar dia keluar sendiri" jaemin mencelah sambil berpeluk tubuh.
Jaemin masih marah kat hyemin lagi la tu.

Aku memandang hyemin,mukanya masih keliru dan risau.Eh jap,dia nangis ke tadi?Matanya nampak sembap.

Mukanya nampak sedih membuatkan aku berasa sedikit kasihan.Aduh,aku paling lemah bab2 macamni,memang tak boleh tengok orang sedih lagi2 perempuan.

Aku mengeluh panjang.Pikir sesuatu mark,pikir!

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Chenle mana?"
"Balik rumah parents dia"

"Jeno?"
"Tidur lagi"

"Haechan?"
"Jogging dengan jisung"

"Ok clear.Sekarang aku dah ada plan macamana nak bawak hyemin keluar" Mark tersenyum nipis.Jaemin dan renjun mengangguk.

Aku mula risau.
Balik?aku tiba2 lupa alamat rumahku.Dahla takda duit,phone pun takde macamana aku nak balik ni.

Walaupun masih risau,aku tetap kena keluar dari sini.Aku hanya mampu mengikut perancangan mereka.

Dahla diorang ni idol,kalau fans diorang tau aku tinggal dengan diorang ni habis aku!

"So,hyemin kena pakai hoodie biar tutup muka dia so guard tak nampak.Aku akan cover hyemin dan korang jalan depan kitorang,nanti kat pintu masuk tu acah2 macam korang tengah tunggu manager nak ambik korang.arrasso?" Mark menerangkan panjang lebar.
Jaemin dan renjun mengangguk setuju.

"Sorry hyemin kitorang tak boleh biarkan kau lama2 kat sini,takut nanti member dan manager kitorang tau,lain jadinya nanti",mark hanya mampu tersenyum nipis kepadaku.

"Gwenchana.Maaf sebab susahkan korang", aku menunduk sedikit.

"Nah,pakai ni.Nanti aku akan jalan sebelah kau biar guard tak syak apa2.ok?" Mark menghulurkan hoodie berwarna hitam kepadaku.

Aku mengangguk lantas menyarungkan hoodie tersebut.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

FATE | Na JaeminWhere stories live. Discover now