✨20-MIMPI✨

927 127 20
                                    

Aku tersedar dari tidur,muka dan badanku dibasahi peluh. Nafas naik turun dengan laju.Aku duduk di atas katil cuba untuk menenangkan diri.

"Ap...apa .Apa jadi?A..aku,aku mimpi je ke?" Aku memandang sekeliling.Bilik yang dipenuhi dengan buku dan poster kpop serta gambar keluarga.

Ini.. bilik aku.Aku memandang tanganku. Gelang biru masih elok dipakai di tangan.

Ingatanku mula berputar,mengingati kejadian yang baru berlaku dalm mimpi.

Aku memegang perut. Pelik,aku rasa sakit sedikit pada bahagian perut tetapi tiada apa2 bekas.

Kejap,ni semua mimpi je ke?

Aku mula menangis.Hatiku sebak.Aku menangis semahu-mahunya.

Kenapa semua ni cuma mimpi?!

"Hyemin,ok tak ni?" Tiba2 Puan Park masuk ke bilik hyemin dengan muka terkejut.Dia memeluk sambil menepuk bahu hyemin lembut,cuba untuk menenangkannya.

Air mata makin deras selepas melihat omma. Jadi selamni,semua tu hanya mimpi ? Apa yang jadi dekat aku?Apa yang jadi dekat ahli nct dream? Aku menjadi bingung.

Apa yang telah terjadi?

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Aku melabuhkan punggung di hujung katil. Poster dan album nct dream dipegang erat. Aku menghela berat.

Fikiranku mula melayang. Apa dah jadi malam tadi? Takkan semua tu hanya mimpi?

Aku melihat satu persatu wajah ahli nct dream pada poster di tanganku.
Tiba2 air mataku mengalir sendiri apabila melihat gambar lelaki berambut pink,Na jaemin. Aku tak tahu kenapa hatiku tiba2 sakit dan rasa sebak melihat gambarnya. Air mata dibiar mengalir,aku memeluk poster dengan erat.

"Awak,kenapa dengan anak kita tu?" En Park memandang isterinya dengan wajah sedikit pelik.

"Entahla saya pun tak tahu.Malam semalam dia menangis teruk,saya tanya dia,tapi dia diam je. Ingatkan dia mimpi buruk .Tapi tiap kali dia tengok gambar idol kpop dia tu,tiba2 dia nangis.Risau saya " Puan Park memandang dengan wajah penuh risau.

Mereka memandang sesama sendiri dengan perasaan risau bercampur pelik. Jarang betul mereka lihat satu-satunya anak perempuan mereka berperangai pelik sebegini.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

"Hyemin" Puan Park menolak daun pintu dan masuk ke dalam bilik hyemin.Dia duduk perlahan lahan di sebelah hyemin dengan wajah risau.

"Hyemin ok?Kalau ada masalah bagitau omma" dia mengusap lembut rambut anaknya.

Hyemin menggeleng sambil tersenyum.
"Takde apalah omma,hyemin ok je" hyemin cuba untuk tersenyum .

Puan Park hanya mengangguk walaupun dia tahu anaknya menyimpan sesuatu namun sukar untuk diluah.

"Omma" Hyemin memeluk ibunya erat. Air matanya cuba ditahan.

"Kenapa ni hyemin? Risau omma tengok" Puan Park menepuk perlahan bahu anaknya.

"Takda apa. Cuma rasa macam dah lama tak peluk omma" Hyemin tersenyum. Dia bersyukur semuanya hanya mimpi kerana dia amat sayangkan keluarganya.

"Kalau ada apa2 bagitau omma tau"

Hyemin mengangguk dan meleraikan pelukan. Dia menyambung mengulangkaji pelajaran.

Memandangkan final examnya hanya tinggal lagi beberapa minggu,dia perlu melupakan segala perkara yang tak penting dan perlu fokus dengan pelajaran.

Dia mengeluh panjang.

Dia cuba untuk melupakan mimpi tersebut perlahan-lahan walaupun semuanya seperti realiti.

"Tu cuma mimpi je hyemin" dia menghela sendiri. Sudah berapa kali ayat itu diulang namun dia sukar untuk menerima.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

"Weh hyemin,tengok ni,idol group yang kau minat baru buat comeback" Lee Sora,kawan baikku memanggil sambil menunjukkan MV yang baru dikeluarkan oleh ahli nct dream .

Aku hanya memandang skrin di telefonnya.
Pandanganku kosong.

Sejak kejadian tu,atau boleh dikatakan mimpi tu,aku cuba untuk tidak minat terhadap nct dream lagi. Entah kenapa aku tak mahu ingat balik mimpi tu. Perit rasanya.

Mataku asik memandang mereka menari.Tetapi dalam masa yang sama aku berasa bangga dengan mereka.

Aku teringat mimpi aku menjadi manager mereka. "Ah bestnya kalau aku jadi manager diorang betul2" bisikku dalam hati. Aku pun tak tahu mimpi tu adalah mimpi buruk atau mimpi baik bagiku.

Tiba2,skrin menunjukkan muka jaemin yang sedang menari sambil rap.Mataku terpaku seketika.

Tiba2 hatiku menjadi sakit.Aku memegang dada,cuba untuk menenangkan diri. Nafas ditarik beberapa kali.

"Yah hyemin,gwenchana?" Sora memandangku terkejut.

"Hah?Kenapa?"Aku memandangnya pelik.

"Kau..kenapa kau nangis?" Muka sora mula cuak.Dia takut kalau2 dia ada terlepas cakap atau mengguris hati hyemin sampai buat dia menangis.

Aku memegang pipiku.Air mataku mengalir lagi secara tiba2.

"Aku ok.Tak tau kenapa tiba2 nangis,masuk habuk kot"Aku hanya tersenyum kepada sora dan keluar untuk pergi ke tandas.

Ah hyemin kau ni kenapa asik nangis je.
Kenapa aku asik nangis bila tengok muka jaemin?

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

[Sungai Han]

Aku memegang gelang biru yang kupakai selama ini.Teringat masa pertama kali beli gelang ni di kedai antik berdekatan kawasan perumahanku.

"Gelang yang temukan jodoh.Tsk" aku menggeleng perlahan sambil tersengih.

Bila fikir balik,mungkin betul apa yang dikatakan makcik kedai antik tu. Mungkin gelang ini bukan gelang biasa.

Gelang ni yang menyimpan segala memori aku dengan ahli nct dream dan jaemin,mungkin.

Aku menarik nafas panjang dan menghela perlahan. Gelang biru tersebut kutenung lama.

"Semoga tanpa gelang ini,hidup aku makin tenang" aku menggenggam erat gelang tersebut sebelum dicampak ke ke dalam sungai Han.

Pandanganku sayu memandang gelang tersebut makin lama hilang dari pandangan,tenggelam dalam air.

Aku menghela lega. Semuanya telah berakhir sekarang. Aku perlu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Langkahku perlahan melangkah pergi meninggalkan kawasan tersebut. Kini aku perlu 'move on' dari semua mimpi tersebut.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Author note:Hello gais! Maaf sis mengambil masa yang lama untuk update sebab agak busy ye haha. Hm nampaknya ff ni hampir sampai ke penghujungnya T_T Anyway,jangan lupa vote ye kawan2,saya sayang anda semua muah hshsh kbai

FATE | Na JaeminWhere stories live. Discover now