✨19-TIKAM✨

891 116 6
                                    

[10.30 a.m. | Bangkok,Thailand]

Semua staff sedang sibuk mengemas peralatan,pakaian dan alat mekap kerana  mereka perlu bertolak balik ke Korea hari ini.

Aku menguruskan semua dokumen ahli dream sebelum bertolak balik bagi mengelakkan sebarang masalah timbul.

"Ala kejapnya kat sini. Rasa macam baru semalam sampai,dah kena balik Korea semula" Jisung mengeluh.

"Takpelah next year kita datang lagi" Mark meletakkan tangannya di bahu jisung.

"Check balik barang penting semua dah ada?Passport?Phone?" Aku bertanya kepada setiap ahli dream.

"Siap bos!" Chenle menjawab sambil ketawa kecil. Ahli lain hanya mengangguk.

"Hyemin" Jaemin tiba2 memanggil aku. Aku menoleh ke arahnya. Dia menarik aku ke sudut bilik bagi mengelakkan orang lain ternampak.

"Nah hadiah" dia menghulurkan kotak kecil kepadaku.

"Apani?" Aku memandangnya pelik. Aku membuka kotak kecil tersebut,terdapat seutas gelang biru cair bercorak didalamnya.

"Eh ni.." aku terkejut. Gelang tersebut hampir sama dengan gelang aku sebelum ni. Cuma terdapat sedikit corak yang berbeza.

"Semalam aku perasan gelang yang kau selalu pakai tu tiba2 takda. Aku ingat gelang tu hilang kot tiba2,so aku belila yang baru. Tengok ni sama dengan aku punya"
dia menunjukkan gelang di tangannya tetapi berwarna pink. Mukanya teruja menunjukkan gelangnya kepadaku.

"Aigoo gomawo,jap gelang couple ke ni? Haha comelnya. Tapi kenapa kau punya warna pink? Patutnya pink aku yang pakai" aku sengaja mengusiknya.

"Taknak,aku lagi suka warna pink"

"Dasar mamat pink" aku tergelak kecil. Jaemin hanya mencebik.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

[Incheon International Airport,Korea]

Suara Nctzen sudahpun kedengaran di pintu keluar. Ahli dream dan staff lain berjalan keluar dari balai pelepasan.

Aku mengeluh.Inilah masa yang paling aku tak suka. Kena hadap dengan peminat2 mereka.

Bukannya sebab aku tak suka peminat mereka,tetapi sesetengah peminat yang tidak reti menjaga privacy idol mereka.

Jenis peminat yang suka tolak2 dan mengambil gambar ahli dream terlalu dekat menyebabkan mereka menghalang jalan untuk ke pintu keluar.

Di lobi airport sudah dipenuhi dengan peminat nct dream,kedengaran jeritan dan sorakan nama2 ahli nct dream di luar pintu serta flash camera memenuhi ruang tersebut.

Aku berjalan di sebelah jaemin dan ahli dream dalam kelompok bulatan,manakala cik Song berada di belakang dan kami dijaga oleh beberapa orang bodyguard bagi menjaga keselamatan ahli dream. Staff2 lain hanya mengikut berjalan di belakang.

Setelah kami semua keluar dari pintu balai pelepasan, suara2 peminat mula jelas. Lobi airport menjadi riuh dengan suara jeritan mereka.

Aku sebagai manager perlu menjaga keselamatan mereka daripada ditolak dan disentuh oleh peminat2 ketika ingin keluar dari airport.

Badanku kadang2 rasa ditolak kasar dari arah tepi dan belakang oleh peminat2 mereka walaupun sudah ditahan oleh bodyguard. Aku berasa amat rimas tetapi hanya mampu tahan dalam hati.

"Kau ok?" Tiba2 jaemin membisik ke telingaku. Walaupun dia memakai mask muka,tapi aku masih dengar dengan jelas suaranya.Dia nampak aku tak selesa dari tadi.

"Aku ok je,jangan risau" aku cuba tersenyum,mengawal ekspresi wajahku.

Mataku melilar memandang sekeliling ke arah ahli dream,sebagai langkah berjaga-jaga kalau ada apa2 berlaku. Keselamatan idol merupakan 'priority' ketika ini.Pintu luar airport mula kelihatan.

Ketika hanya beberapa langkah lagi untuk kami sampai ke pintu luar,tiba2 aku terdengar seseorang menjerit memanggil nama jaemin dengan kuat dari arahku.

Aku memandang ke tepi,mencari empunya suara yang menjerit tetapi tidak jelas akibat ramai peminat berkumpul.

Tiba2,seorang perempuan dengan memakai mask hitam menolak-nolak peminat yang lain dari belakang dan berjalan menghala ke arahku dan jaemin dengan menggenggam sesuatu.

Aku terpandang tangannya. Mukaku terkejut.
Dia pegang..pisau?!

Langkahnya semakin pantas.

"Na jaemin,aku takkan maafkan kau!" Dia menjerit sebelum mengeluarkan pisau dari genggamannya.

Aku memandang wajahnya. Matanya memandang ke arah jaemin.

Aku menjerit nama jaemin dan menolaknya ketepi. Aku cuba untuk menghalang perempuan tersebut namun malangnya,pisau  tersebut selamat mendarat di perutku terlebih dahulu.

Kakiku mula lemah.Aku terbaring di atas lantai dengan darah yang banyak keluar dari tusukan di perutku.

Suasana mula menjadi kelam-kabut dan kedengaran suara jeritan akibat terkejut.
Ahli dream dan staff2 lain turut sama terkejut dan mula mengelilingiku.

"Park hyemin!" Jaemin menjerit namaku. Matanya mula bertakung.

"Panggil ambulans!"

Dia memegang perutku bagi menghentikan pendarahan.

"Park hyemin,tolongla bertahan" jaemin mula menangis.

"Takpe,aku ok.." aku cuba tersenyum walaupun perutku berasa amat sakit akibat tusukan tersebut. Waktu seakan berhenti ketika ini.

Dalam suasana begini,tiba2 semua kenangan bersama Jaemin dan ahli nct dream mula bermain di hadapan mata,seperti 'flashback'.

Pandanganku mula kelam.Bunyi suara memanggil-manggil namaku serta suara jeritan semakin hilang dari pendengaran.Serta-merta pandanganku menjadi gelap.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
[Taman permainan,2008]

"Yah nana" Park hyemin memanggil jaemin yang sedang leka bermain pasir.
Icecream di tangannya diletak tepi.

"Apa?" Jaemin berhenti dari mengorek pasir dan memandang Hyemin.

"Kalau tiba2 aku takda nanti,kau jangan lupakan aku tau"

Jaemin memandangnya pelik.
"Kau nak pergi mana? Kan kau dah janji taknak tinggalkan aku sorang2" mukanya kelihatan kecewa.

Hyemin tergelak kecil.
"Tak pergi mana2. Aku cakap 'kalau' je" .

"Cepat janji dengan aku,kau takkan lupakan aku,dan aku takkan lupakan kau sampai bila2" Hyemin mengeluarkan jari kelingkingnya yang kecil itu.

"Ok janji. Kita akan berkawan sampai bila2 tau" Jaemin mengaut jari kelingking hyemin bersama.

Mereka berdua tergelak kecil sesama sendiri.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

FATE | Na JaeminWhere stories live. Discover now