BR ❤ 30

2.2K 173 11
                                    

Omg first time cerita macamni reached 30 chapters!! Horey to myself 😹

Majlis pengebumian mak Elena berjalan lancar. Semua tetamu dah beransur pulang namun Elena masih di sisi kubur maknya. Dia tak sangka secepat ini semuanya berlaku. Dia baru je dapat rasa kasih sayang mak selepas setahun mak koma. Dia baru je meluahkan perasaannya yang sedih tentang Irham dan Hafez sepanjang maknya koma semula.

Kenapa secepat ini Allah tarik nyawa maknya?
"Elena," satu suara menyapa dari belakang. Elena nampak sepupunya, Amelia sedang tersenyum manis ke arahnya. "Jom balik."


Elena mengeluh perlahan. Dia tak rasa nak balik lagi. Dia cuma nak luangkan masa dengan mak lebih lama je. Tolong la faham tentang tu.

"Amy, korang balik la dulu. Nanti kami bawak Elena balik." Tiba-tiba datang Dhiana entah dari mana cuba menyelamatkan Elena buat masa sekarang. Elena pandang Dhiana dan kemudian Amy. Amy memuncung kejap kerana permintaannya ditolak mentah-mentah tapi kemudian dia mengangguk.

"Amy bagitau ibu ye. Ok bye bye."

Kemudian dia dengan riangnya berlalu pergi menuju ke arah maknya. Elena mengeluh lagi. Amelia, sepupunya yang sebaya. Satu-satunya sepupu yang dia ada sebenarnya sebab mak dua beradik. Mak dan ayah Amelia. Amelia pulak takde adik beradik, macam Elena. Keluarga belah ayah dia tak pasti. Dia tak pernah jumpa dengan mereka.

Keluarga si Amelia pun, dia jarang jumpa. Jumpa bila mak Elena sakit dimasukkan ke wad. Kalau tak, tak nampak jugak mereka.

Mereka bukan sombong cuma mereka tak cukup wang untuk datang ke Selangor. Mereka dari Kelantan. Berapa kos nak bayar kalau naik flight? Drive?

Elena pandang pakciknya yang kelihatan segak berbaju melayu. Segak pun, lelaki itu dah masuk umur 47. Isterinya pula baru 45 tahun mungkin, entahlah.

Yang penting, pasti penat kalau nak memandu dari Kelantan ke sini.

hari ini pun mereka upah tour guide.

Dhiana duduk di sebelahnya diikuti dengan Hafez dan Akif yang datang entah dari mana. Sepanjang majlis dia tak nampak dua manusia tu.

"Family kau nak balik dah." Hafez memberitahu. Elena angguk perlahan. Matanya yang merah merenung kubur maknya.

"Elena," Elena berdecit perlahan. Serabut dengan orang yang sibuk memanggilnya. Dia menoleh mencari phnca suara. Pakciknya yang segak berbaju melayu berdiri di depannya.

"Betul ni nak balik dengan kawan?" Elena pandang kawan-kawannya sebelum memandang pakciknya semula.

"Jomlah balik." Elena berkata seraya berdiri. Dhiana membuntangkan matanya manakala Hafez dah tersenyum. Hafez dah dapat agak sebenarnya Elena pasti nak balik. Budak tu kan lembut hatinya. Mana sampai hatinya nak kecewakan keluarga sendiri.

Elena mengemas pakaiannya yang bertimbun dalam almari. Dia memilih baju yang masih elok lalu diletakkan ke dalam bagasi yang dah berhabuk sekian lama. Tak lama lepastu dia duduk merenung biliknya yang bakal dikosongkan petang nanti.

Seperti yang dia agak, dia akan ikut keluarga saudaranya ini ke Kelantan. Peluangnya untuk kembali ke sini adalah sangat tipis. Buat apa dia nak datang sini kalau rumah ni pun akan dijual?

Tiada perkara yang penting di sini.

"Elena," ibu saudaranya datang menjenguknya di dalam bilik. Wanita itu mengambil tempat di sebelahnya. "Elena okay kan ikut ibu balik?"

Elena tersenyum nipis sebelum mengangguk. Wanita itu sedari semalam lagi menyoal pekara yang sama. Risau benar wanita itu.

"Ibu minta maaf sebab selama ni macam tak kisah pasal kamu tapi sebenarnya kami sekeluarga sangat risaukan Elena." Elena angguk tanda dia faham. Dia tak kisah pun sebenarnya tentang ni. Kalau keluarga ni tak datang sekalipun, dia tak kisah sebab sebenarnya dia hampir terlupa bahawa dia ada saudara lagi. Tengok lah, selama ni author ada mention ke Elena ada saudara? Tak.

Cuma kalau mereka tiada, Elena memang takde tempat bergantung.

mungkin kak Mira dan abang Luq akan tolong tapi setakat mana? Sampai bila mereka nak tolong? Mereka juga perlukan duit untuk kahwin nanti.

Sebabtu Elena setuju.

"Erm sorry ayah ganggu tapi dah ready?" Tiba-tiba pakciknya pula masuk ruang perbualan mereka.

Elena gigit bibir sambil mengangguk. Tangannya laju mencapai bagasinya.

Bye rumah.

Keluar sahaja daripada rumah tercinta buat 18 tahun dia hidup, Elena nampak Hafez, Dhiana dan Akif sedang menantinya dari luar pagar rumah. Elena meletakkan barang-barangnya dengan cepat ke dalam van sebelum menyapa mereka.

Dhiana kelihatan muram dengan muka dah merah seolah-olah baru sahaja lepas menangis. Elena pantas memeluk sahabatnya yang seorang itu. Sahabat yang dahulunya saling membenci akhirnya berkawan baik.

Mata Elena beralih pula kepada Akif yang memandang drama perempuan sejak tadi.
"Kif, jaga Dhiana elok-elok." Akif tergelak sambil membuat simbol okay dengan jari manakala Dhiana mencubit lengan Elena. Elena ketawa. Entah kenapa dia rasa mereka berdua ni berjodoh. Ups.

Akhir sekali, Hafez.

Elena hanya memandang Hafez lama, kerana dia tak tahu nak pesan apa pada lelaki yang banyak berjasa pada dia sepanjang dia sekolah di Ravion High. Dengan Hafez, dia pandai. Dengan Hafez, dia tahu apa rasanya suka dan terluka. Dengan Hafez, dia berjaya belajar erti persahabatan.

Macam mana dia nak lupakan baiknya seorang Hafez Ashraf?

"Elena, no need to say anything." Ujar Hafez apabila Elena masih berdiam diri. Sebenarnya Hafez sendiri rasa berdebar untuk menanti kata-kata Elena.

Elena senyum walaupun payah. Dia memang tak mampu nak kata apa tapi dia perlu.

Dia tarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dia berkata,

"Tunggu aku. Stay with me."

Hafez pandang Elena dengan keliru. Bukan ke dia dengan Irham--

"We are bestfriend Hafez. Apa pun yang jadi, please stick with me. Aku harap kita dapat satu uni nanti."

Hafez senyum namun nampak sangat dipaksa. Best friend. Satu istilah yang dia tak mampu nak ubah. Dia sedar dia dah takde dalam hati gadis itu lagi.

Gadis itu hanya untuk Irham Akhmal.

Elena melambai ke arah mereka sebelum memasuki van. Saat van keluar dari pagar rumah, tiba-tiba Elena meminta untuk berhenti.

"Nak pergi tandas buat kali terakhir boleh tak?"

Semua orang tepuk dahi termasuk kawan-kawan elena. Author pun tepuk dahi sekali.


Weh, Broken Rules dah 30 chapters omg !!

Sempena 30 chapters ni, aku nak cakap sorry sebab after this aku takkan update dah :(  i'll be busy next year sebab aku stay asrama and jarang balik rumah lepasni as i am a spm candidates next year 😭

But no worries, lepasni aku update jugak (mungkin) for give you guys hints what happen to Elena. So stay tuned!!

Lots of love,
luniaadilah 💞

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now