•1•

4.3K 271 39
                                    

|Endlessly it's trying to destroy me|


!!!Bukk!!!

Seorang perempuan berambut perang jatuh ke lantai yang beralaskan karpet warna merah.Walau kakinya diikat dengan dawai besi yang dipenuhi duri² tajam, dia tetap cuba untuk bangun.

Badannya yang penuh dengan luka² dan calar itu membuatkan seluruh badannya terasa pedih yang teramat.Tetapi ia ditahan kerana kesakitan dan keperitan yang amat teruk akan menimpanya.

Perempuan itu cuba menguatkan diri untuk bangun sekali lagi.Malangnya dia sekali lagi gagal.

Kakinya kini baru terasa sakit.Ya..Dia sudah ingat bahawa sebelum kakinya diikat dengan dawai besi yang penuh dengan duri,tapak kakinya telah dikelar sepanjang 5 cm.Walau bunyi nya tak berapa teruk tetapi kepedihannya membuatkan perempuan itu mendengus kesakitan .

Darah semakin laju mengalir keluar dan ia meresap ke dalam karpet yang berwarna merah itu.

Perempuan itu kembali membaringkan badannya.

Dia sudah tidak tahan dengan keperitan ini.Sudah berhari-hari dia diseksa.Diseksa secara mental dan fizikal.

Walau ia hanya 4 hari tetapi terasa seperti 4 tahun.Ia amat menyeksakan.
Bagaikan berada di neraka.

Dia berada dalam sebuah bilik .Bilik yang dipenuhi dengan darah.Termasuklah darahnya. Kesan darah yang sudah kering masih melekat di dinding dan di lantai.

Perempuan itu menangis mengeluarkan air mata.Kadang² dia menjerit.Ingin saja dia mati di situ kerana seksaan ini amat memedihkan.

Tiba²

Selepas perempuan itu menjerit dengan kuat.

Kelihatan tombol pintu dipulas dari luar bilik itu.

Perempuan itu kembali senyap dan cuba menahan tangisnya.

Seorang lelaki yang segak memakai sut berwarna hitam mendekati perempuan tersebut.

Senyuman terukir di bibirnya.

Apabila lelaki tersebut berdiri tepat di depan perempuan itu, dia mencangkung untuk melihat keadaan perempuan itu.

Perempuan itu senyap dan tak terkata.

"Sakit??"

"Tolong..lepaskan saya.Bagi saya peluang..Lepaskan saya.."rayu perempuan itu kepada lelaki tersebut.

"Itu bukan jawapan untuk pertanyaan saya..Sekali lagi saya tanya..Sakit??"

Perempuan itu angguk perlahan.

Lelaki itu terus senyum dan tangan kanannya menyelak rambut perempuan itu yang menutupi separuh wajahnya.

"Tak apa..Sakit sekejap je.Lepasni awak akan bebas dari kesakitan ni."kata lelaki itu sambil mengusap rambut perempuan itu.

"J..jadi..e..encik akan lepaskan saya?"tanya perempuan itu.

Lelaki itu mula berdiri dan membuka ikatan dawai besi di kaki perempuan itu.

• Psycho • | BAEKHYUN |Where stories live. Discover now