Bab 21

33 2 2
                                    

Tiba - tiba Adrian laju berjalan dan menerkam lengan Ellna tetapi tidak sekasar tadi.Sungguh dia rasa ingin tahu siapa gadis didepanya itu.

"Tolonglah,cukup seksa aku.Aku tak ada ganggu kau pun.Aku dari tadi jadi mangsa korang .Hantar aku balik..."kata Ellna sambil menahan tangis dan sakit..

'Aku yang lemah atau dia yang kuat sangat..asal pegang lengan pun macam nak patah riuk tangan ni..'bisik hati Ellna .

Adrian mematung seketika sambil melihat muka Gadis itu ,dan dia mengeluarkan sesuatu di poketnya.

Rantai yang mempunyai Permata Ailes diangkat depan muka gadis itu sambil muka selambanya melihat Ellna.

"Aku tanya simple,and kau hanya jawab.Senang bukan?Soalan terakhir aku,macam mana permata ni ada dekat kau?"soal Adrian tenang tetapi mendatar sambil melepaskan lengan Ellna dan masuk ke poket .

Ellna memandang Rantai dia di tangan Andrian dan cuba meraih rantai itu tetapi dengan pantas ditarik menjauhi dirinya..Dia memandang muka Andrian tidak puas hati di katilnya.

Perlahan Ellna melepaskan keluhan,sebelum berkata perlahan.

"Aku punya.Rantai itu aku yang punya.Mama aku beri.Dari kecil memang rantai itu sentiasa melekat dengan aku dan tak boleh dileraikan.Bagi aku rantai aku semula.Itu bukan hak kau.."bicara Ellna ditekankan di hujung dan cuba mengambil semula rantai dia.

Andrian berdiri tegak dan memandang tajam gadis itu.

"Kau kata ni HAK kau?Ini adalah hak kami...kau tak tahu Permata ni yang kami cari sejak lama ..Apa niat kau hah?!!Dari mana kau dapat permata ni?"suara Andrian makin meninggi ,setelah lama pencarian permata itu.Rupanya dengan gadis itu,sungguh bertuah dia menjumpai awal tetapi kenapa gadis itu boleh sentuh permata itu?

"Aku kan dah kata,rantai aku tu dah lama dengan aku.Ibu aku bagi sebelum dia meninggal.Kenapa kau marah aku hah?!"tegas suara Ellna kerana semakin terikut emosi.

Adrian mengelengkan kepala perlahan.

Dia betul betul tidak percaya dengan kata Gadis itu kerana Permata Ailes merupakan permata kehidupan yang tidak boleh disentuh sembarangan kecuali keturunan diraja Vampire tetapi hanya yang layak boleh menyentuhnya...Kerana Permata itu hanya memilih orang yang layak.Jika sembarangan orang menyentuhnya berniat jahat,warna permata itu bertukar hitam pekat,dan mengeluarkan kuasa jahat dari neraka.Tetapi kenapa warna permata itu nampak asli malah berwarna kuning kehijauan  apabila gadis itu yang pegang tetapi bila Andrian yang memegang permata itu bertukar warna merah.

Andrian tidak mahu menyakitkan mindanya dan dia perlu bergerak cepat dari kawasan tempat itu untuk mengamankan negara mereka.Ya dia perlu pergi membawa permata Ailes itu.

"Aku tak mahu banyak songeh,permata ini milik aku kerana ini milik kerajaan aku!"tegas Andrian lalu berjalan keluar bilik sambil memegang erat Rantai itu.

Ellna terkejut dan dengan cepat berdiri dan memegang lengan Andrian di depan pintu.Dia cemas.

"Jangann...tolong,rantai ini penting bagi aku..Jangan jauhkan dari aku..Please..aku akan ikut cakap kau,tapi jangan jauhkan rantai itu..."kata Ellna penuh harapan memandang lelaki itu.

Wajah Andrian mendatar dan menarik kuat lengannya dari pegangan gadis itu.

"Kau bukan sesiapa bagi aku,nanti aku akan hantarkan kau pulang.Tapi yang pasti kau tak akan ingat pasal hal semua ini.."balas Andrian terus menoleh depan dan berjalan .

Ellna berlari ke depan Andrian..Dia melihat tepat wajah lelaki itu dan dia mengeluarkan wajah tegang dia juga.

"Kau akan mati kalau berdekatan dengan Rantai itu dengan masa yang lama..Dia takkan terima kau!Kumohon bagi aku semua rantai itu.Aku perlukannya!"tegas Ellna dan cuba menghalang laluan lelaki itu.

Di laluan lain pula,pengikut setia Andrian melihat proses perbincangan mereka dari tadi,dia melihat gadis itu dengan tertarik.

"Add,dia berkata benar.Tiada yang boleh menipu kemampuanku.Kurasa dia tidak berkata bohong.."suara Andrew menghentikan peperangan mata antara mereka berdua.

Ellna menoleh ke arah lelaki tadi.Dia masih pelik bagaimana dia boleh sangkut dengan mereka.Tetapi yang penting Rantainya!

"Baiklah,aku percaya .Tapi dia masih tak berhak dengan permata ini!Ini bukan milik dia..aku yang akan jaga permata ini dan  ak..."kata kata Andrian terhenti apabila,pengikut dia yang lain menghubungkan telepati minda.

"Putera,kita diserang oleh mereka!"telepati itu diterima..Wajah Adrian menegang marah.

Dia berlari dengan laju ke arah bawah rumah dan menemukan pengikutnya,diikuti oleh Ellna dan Andrew.

#THANKS SO MUCH FOR SUPPORTER YANG MASIH STAY WITH THIS STORY...SORRY SAYA SANGAT BZ ...

He Is A VampireWhere stories live. Discover now