omc 12 - from her 💜

221 8 1
                                    

"iya, selamat berhoneymoon"

Seulgi ketawa kecil selepas mendengar jeritan dari seberang telifon sebelum panggilan mereka tamat. Sudah 2 hari berlalu, kata Wendy dia tidak sempat untuk membuat panggilan kerana sibuk dan penat dalam sama waktu.

Satu jam juga mereka berbual melalui panggilan mengunakan khidmat wifi dan data. Wendy meminta Seulgi menceritakan apa yang terjadi 2 hari lalu dimana dia ditarik keluar oleh Jimin. Wendy sudah dengar semuanya dari Suga tapi dia juga masih ingin dengar dari mulut Seulgi sendiri.

Dari jauh, Wendy mula geram dengan Suga yang mana merancang hal dianggap gila tapi Seulgi mengatakan dia tidak apa², malah terasa senang setelah mendengar luahan dari Jimin pada malam tersebut. Meskipun begitu, hatinya masih lagi tersisa rasa pedih. Jika Jimin risau, dan takut sekalipun, apa Jimin tidak boleh katakan semua itu, setidaknya Seulgi tidak terasa terbeban.

Fikir Seulgi, Jimin membencinya kerana sudah menerima perkahwinan ini hingga tidak sanggup melihat wajahnya, bercakap, menjawab panggilan dan makan apa yang Seulgi masak sebelum ini. Dua hari selepas kejadian dia mendengar luahan hati Jimin, menerima pelukkan hangat serta kucupan mesra dari Jimin. Perasaan marah dan sakit sedikit memudar. Sekarang dia hanya mahu menguji lelaki itu, hanya sedikit saja.

Seulgi mahu tahu sampai mana Jimin mahu memujuknya.

Seulgi tersenyum menatap telifonnya, semalam ada nombor yang sudah lama tidak naik pada skrin telifonnya setelah dia menukar nombor telifon baru. Nampaknya Jimin masih menggunakan nombor yang sama dan Seulgi, sudah pasti dia masih menyimpan nombor tersebut. Ada satu mesej yang mana mengucap selamat malam. Hanya 'selamat malam' tapi cukup Seulgi tersenyum.

Tadi Wendy mengatakan bahawa Suga ada meminta nombornya. Dari cerita Wendy, sudah pastinya Wendy tidak bagi awalnya setelah mendengar cerita dari pihak Suga tapi bila dipujuk, Wendy berkata dia terpaksa atau dia akan tahu akibatnya.

Lamunan Seulgi mati saat suara Minji berbunyi. Kelihatan Minji sudah bangun dari tidur petangnya malah kini sudah meniarap cuba memanggil Seulgi. Sudah rutin harian Minji untuk tidur waktu petang dan bangun dengan keadaan lapar. Seulgi yang melihat Minji mula merangkak kearahnya mula memanggil si kecil itu.

" Minji dah bangun ya.. Anak mama dah bangun ya? "

Minji yang kini sudah dalam pegangan Seulgi mula menaik turun pinggulnya, gembira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Minji yang kini sudah dalam pegangan Seulgi mula menaik turun pinggulnya, gembira. Suara ketawa gadis kecil itu mula memenuhi ruang kecil tersebut saat Seulgi menghujani wajahnya dengan ciuman bertubi². Mama, dia memutuskan untuk membahasakan dirinya sebagai mama kerana perkataan itu yang keluar dari mulut si kecil tersebut. Sudah lama tapi mungkin disebabkan Jimin juga, dia memutuskan panggilan untuk dirinya, Mama.

"Jom, tukar pampers lepastu makan ye?"

--

" Annyeonghaseyo"

Yeri menunduk hormat setelah namanya diperkenalkan oleh Puan Jo untuk si suami dan juga si anak yang mana baru saja sampai dari Jepun. Yeri hanya mampu terdiam, satunya awkward duanya dia baru tahu suami dan anak Puan Jo itu berada di Jepun selama ini. Ketiga, anak Puan Jo itu lelaki dan lebih tua darinya 5 tahun.

one more chance +pjmksgWhere stories live. Discover now